PELAKON meningkat naik, Sadiq Jamil mendedahkan neneknya, seniwati terkenal Datuk Sarimah Ahmad, 82, tidak pernah menggalakkan dirinya untuk menceburi bidang lakonan.
Sadiq, 26, berkongsi perkara itu ketika disoal tentang sama ada mahu meneruskan legasi neneknya yang merupakan seorang legenda dalam dunia hiburan.
“Saya minat berlakon daripada kecil lagi. Saya rasa secara tak langsung bila saya tengok nenek saya dekat televisyen saya rasa benda tu special.
“Nenek saya tak pernah pun menggalakkan, dan mula-mula masa saya masuk sekolah seni tu nenek saya macam mengeluh juga sebab ada seorang lagi ahli keluarga masuk dunia seni.
“Saya buat benda ni sebab saya minat dan sekarang bila saya dah lalui dunia ni, saya buat untuk diri saya sendiri,” katanya ketika ditemui Gempak.
Bercerita lebih lanjut, Sadiq ketika ditemui pada tayangan perdana X-Change yang berlangsung di TGV Sunway Velocity Mall sempat berkongsi tentang bapanya, M Jamil yang sudah berkahwin untuk kali keempat pada tahun 2016.
Kematian Ibu
Menurut Sadiq, dirinya tiada sebarang masalah hidup bersama keluarga baharu selepas kematian ibu kandungnya.
"Ayah saya sebenarnya dah kahwin empat kali, dah lama sejak mak saya meninggal dunia dan saya gembira lihat dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang. Saya pun sayang dengan keluarga baharu saya.
“Isteri pertama saya tak pernah jumpa; isteri kedua saya dah anggap macam mak saya sendiri; ketiga pula ibu saya tetapi dah meninggal dunia; sekarang mak tiri baharu dan kami sekeluarga tiada masalah," kongsinya.
Sekadar info, Sadiq membintangi siri drama premium terbitan Astro Shaw yang berjudul X-Change sebagai Capik.
Selain Sadiq, X-Change menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Rosyam Nor, Angeline Tan dan Marissa Yasmin selain muka baharu sebagai teraju utama antaranya, Arfie Shah dan Hariz Hamdan
Saksikan X-Change mulai 12 Julai ini setiap Jumaat di Astro Premier atau strim di Astro GO dan sooka. -Gempak
Gempak
Thu Jul 04 2024

Sadiq Jamil mendedahkan neneknya, seniwati terkenal Datuk Sarimah Ahmad, 82, tidak pernah menggalakkan dirinya untuk menceburi bidang lakonan. -Gempak
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

'Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon
Sadiq berkongsi perkara itu ketika disoal tentang sama ada mahu meneruskan legasi neneknya yang merupakan seorang legenda dalam dunia hiburan.