Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali sejak awal yakin bahawa beliau akan berjaya dalam kes rayuannya.
Ibrahim berkata, keyakinan itu timbul kerana beliau tidak bersalah atas fakta kes tetapi tetap menghormati keputusan hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini.
"Syukur kepada Allah SWT kerana selama ini, saya tahu bahawa saya sebenarnya tidak bersalah.
"Prinsip saya mudah. Jika bersalah atau buat salah, mengaku saja. Tapi kalau tak bersalah terus berusaha mencari keadilan dan kebenaran.
"Hari ini kebenaran terbukti dan saya mendapat keadilan. Saya sentiasa menghormati Hakim dan Mahkamah.
"Saya tidak pergi ke Mahkamah untuk menegak benang basah dan sentiasa yakin dengan ketelusan perjalanan Sistem Kehakiman Negara kita," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan hukuman penjara dan denda RM20,000 terhadap Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali kerana menghina mahkamah.
"Walaupun saya telah menjalani hukuman penjara sehari, saya menerimanya dengan baik," katanya lagi.
Sementara itu Bernama melaporkan, panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Abdul Wahab Patail membenarkan rayuan Ibrahim untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati beliau bersalah kerana menghina mahkamah berhubung penerbitan sebuah artikel dalam laman web berkaitan bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V T Singham.
Singham ketika itu mengetuai panel hakim kes saman fitnah yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Melayu (M) Bhd dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak.
Dua lagi hakim yang mempengerusikan panel itu ialah Hakim Datuk David Wong Dak Wah dan Datuk Varghese George Varughese. Penghakiman sebulat suara itu ditulis hakim Varghese dan dibacakan di mahkamah terbuka oleh Timbalan Pendaftar Zaini Fishir@Fisal.
Dalam penghakimannya, Hakim Varghese berkata mahkamah berpendapat bahawa hakim Mahkamah Tinggi jelas terkhilaf dalam kedua-dua fakta dan undang-undang yang menyabitkan Ibrahim kerana menghina mahkamah.
Beliau berkata, pendapat Mahkamah Tinggi bahawa Ibrahim telah menghina mahkamah boleh dipertikaikan dan dengan itu hukuman berkenaan diketepikan.
Hakim Varghese turut memerintahkan denda RM20,000 yang telah dibayar oleh Ibrahim dipulangkan.
Beliau berkata rayuan Ibrahim adalah suatu kes yang layak dan sesuai serta wajar campur tangan oleh Mahkamah Rayuan.
Ibrahim dan Zainuddin Salleh, yang merupakan penulis artikel tersebut didapati bersalah pada 19 November tahun lepas kerana menghina mahkamah.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara menjatuhkan hukuman penjara sehari ke atas Ibrahim dan beliau telah menjalani hukuman berkenaan.
Sementara Zainuddin yang dijatuhi hukuman penjara empat minggu telah menjalani hukuman itu dan tidak merayu.
Pada 5 Mac tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Anwar untuk memulakan prosiding komital terhadap Ibrahim dan Zainuddin kerana menghina mahkamah berhubung penerbitan artikel dalam laman web Perkasa pada 7 Januari tahun lepas, yang didakwa telah mencemarkan imej Singham.
Astro Awani
Wed Dec 03 2014

Saya tahu saya tidak bersalah - Ibrahim Ali

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan Najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.

Mengenang Tun Daim: Saya kehilangan mentor - Syed Saddiq
Pemergian Tun Daim Zainuddin memberi kesan bukan sahaja kepada pemimpin veteran tetapi juga pemimpin muda seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

PRN: Putra tiada masalah guna logo PN - Ibrahim Ali
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) berharap dapat bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), dan diberi peluang oleh gabungan itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Putra perhalusi gabungan Amanah Merdeka Rakyat
Putra menolak gabungan itu sekiranya ia turut disertai oleh parti DAP.

Putra pertikai sidang media bersih nama Azam Baki, mahu kerajaan tubuh jawatankuasa bebas
Jawatankuasa bebas ini perlu diberi hak untuk menyelongkar segala maklumat dengan semua pihak dan diberi masa tiga bulan untuk menyediakan laporan siasatan.

PRN Melaka medan persiapan Putra ke gelanggang PRU15 - Ibrahim Ali
Langkah PUTRA bertanding pada PRN Melaka adalah sebagai persiapan parti itu untuk menghadapi PRU15, kata Presidennya Datuk Ibrahim Ali.

PRN Melaka: Putra umum calon bertanding di lima kerusi DUN
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) yang membuat penampilan pertama kali dalam pilihan raya akan mempertaruhkan lima calon bagi bertanding kerusi DUN pada PRN Melaka.

"Saya mengaku terima cek peribadi daripada Najib" - Ibrahim Ali
Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lim Guan Eng menang rayuan berhubung ganti rugi kes saman terhadap Perkasa
Mahkamah membenarkan kos RM50,000 diberikan kepada Lim, yang merupakan Setiausaha Agung DAP dan juga bekas Menteri Kewangan.

17 individu fail saman terhadap kilang cemar Sungai Gong
Tuntutan saman itu difailkan peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, yang mewakili 17 individu.