PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan mengembalikan semula keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali membayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana fitnah.
Dalam keputusan majoriti 2-1, panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan membenarkan rayuan Lim untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Hakim Datuk Harmindar Singh Dhaliwal yang menyampaikan keputusan itu berkata seorang pegawai awam, sama ada menyaman atas kapasiti jawatan rasmi atau peribadi, tidak dilarang daripada membawa tindakan untuk mendapatkan ganti rugi atas fitnah.
Nallini setuju dengan Harmindar sementara Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli sebaliknya.
Mahkamah membenarkan kos RM50,000 diberikan kepada Lim, yang merupakan Setiausaha Agung DAP dan juga bekas Menteri Kewangan.
Abdul Rahman berkata Lim memfailkan saman fitnah itu atas kapasiti jawatan rasminya.
Hakim itu berkata Lim, yang memfailkan tindakan itu atas kedudukan rasminya, tidak diwakili dengan sewajarnya oleh pegawai undang-undang kerajaan sebagaimana mengikut Akta Prosiding Kerajaan dan menambahkan bahawa tidak terdapat kebenaran rasmi yang dikemukakan oleh firma guaman yang mewakilinya.
Lim, pada 2012, memfailkan saman fitnah terhadap tujuh responden dengan mendakwa bekas Ketua Penerangan Perkasa Allahyarham Ruslan Kassim telah menyiarkan kenyataan di laman sesawang Perkasa pada 1 Okt 2011, yang membayangkan beliau (Lim) membahayakan keselamatan negara dengan mendedahkan rahsia negara kepada Singapura.
Pada 26 Mac, 2015, Mahkamah Tinggi mendapati The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), bekas Pengarang Kumpulannya Datuk Syed Nazri Syed Harun, Utusan Melayu dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Datuk Abdul Aziz Ishak, Perkasa, Ibrahim dan Ruslan Kassim bertanggungjawab terhadap fitnah berkenaan.
Mahkamah Tinggi pada 2015, memerintahkan Perkasa membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 manakala NSTP dan Utusan masing-masing diperintahkan membayar RM200,000.
Pada 5 Mac 2019, Lim hanya meneruskan permohonannya di Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap Perkasa, Ibrahim dan Ruslan. Namun, pada awal prosiding rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 22 Sept tahun lepas, Lim menarik balik tindakan undang-undangnya terhadap Ruslan yang meninggal dunia.
Lim juga menarik balik permohonan kebenaran merayu terhadap NSTP dan Utusan Melayu pada 5 Mac 2019 setelah media arus perdana itu bersetuju untuk membayar ganti rugi masing-masing sebanyak RM200,000 yang diputuskan Mahkamah Tinggi kepadanya (Lim).
Lim memperoleh kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada Julai 2019.
Prosiding berlangsung secara dalam talian.
Bernama
Fri Feb 26 2021

Pada 5 Mac 2019, Lim (kiri) hanya meneruskan permohonannya di Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap Perkasa, Ibrahim (kanan) dan Ruslan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

'Zaman Guan Eng dah berlalu, jangan 'menyiku' sahabat' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Lim Guan Eng untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan parti komponen Kerajaan Perpaduan.

Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.

Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.

Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.

Mahkamah tolak rayuan Guan Eng terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ketepi samannya
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng gagal dalam rayuannya berhubung saman fitnahnya terhadap naib presiden MCA Datuk Tan Teik Cheng dan akhbar The Star.

Kes terowong dasar laut: Saksi utama demam, bicara kes Lim Guan Eng tangguh
Perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng ditangguhkan berikutan saksi utama pendakwaan cuti sakit kerana demam.

Kes terowong: Hakim tegur peguam Lim Guan Eng tanya soalan sama berulang kali
Hakim yang mendengar perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng menegur pihak pembelaan agar tidak mengemukakan soalan sama berulang kali.

Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.