Seramai 17 individu telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap sebuah kilang menyelenggara mesin dan jentera yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran sumber air di Sungai Gong, Rawang, Khamis lalu.
Tuntutan saman itu difailkan peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, yang mewakili 17 individu, selaku plaintif, pada jam 1.52 tengah hari menerusi sistem dalam talian ‘e-filing’ mahkamah.
Bercakap kepada pemberita di lobi mahkamah selepas itu, beliau berkata menerusi saman berkenaan, kesemua plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi spesifik, ganti rugi teladan, kos dan perkara lain yang dianggap wajar serta adil oleh pihak mahkamah.
Katanya, tuntutan saman itu dibuat selepas mengambil kira masalah dialami plantif antaranya suri rumah, peniaga dan ketua keluarga yang terjejas ekoran pencemaran sehingga menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual.
Beliau berkata pihaknya akan berusaha memanggil agensi terlibat antaranya Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, kerajaan negeri Selangor dan pihak berkuasa tempatan sebagai saksi plaintif bagi mengesahkan syarikat Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd bertanggungjawab atas insiden itu.
Turut hadir, plaintif pertama tuntutan saman itu iaitu Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Datuk Ibrahim Ali.
Sejak Khamis lepas, kira-kira lima juta penduduk di tujuh wilayah di Lembah Klang dan Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran insiden pencemaran di Sungai Gong.
Pencemaran itu disyaki berpunca daripada pelepasan bahan buangan daripada kilang berkenaan ke dalam sungai sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas.
Sabtu lalu, empat beradik yang juga pemilik kilang berkenaan berumur lingkungan 50 hingga 60 tahun ditahan polis untuk siasatan lanjut kerana disyaki terbabit dalam insiden pencemaran itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 08 2020

Tuntutan saman itu difailkan peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, yang mewakili 17 individu, selaku plaintif, pada jam 1.52 tengah hari menerusi sistem dalam talian e-filing mahkamah. - BERNAMA
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan Najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.

Mengenang Tun Daim: Saya kehilangan mentor - Syed Saddiq
Pemergian Tun Daim Zainuddin memberi kesan bukan sahaja kepada pemimpin veteran tetapi juga pemimpin muda seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

PRN: Putra tiada masalah guna logo PN - Ibrahim Ali
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) berharap dapat bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), dan diberi peluang oleh gabungan itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Putra perhalusi gabungan Amanah Merdeka Rakyat
Putra menolak gabungan itu sekiranya ia turut disertai oleh parti DAP.

Putra pertikai sidang media bersih nama Azam Baki, mahu kerajaan tubuh jawatankuasa bebas
Jawatankuasa bebas ini perlu diberi hak untuk menyelongkar segala maklumat dengan semua pihak dan diberi masa tiga bulan untuk menyediakan laporan siasatan.

PRN Melaka medan persiapan Putra ke gelanggang PRU15 - Ibrahim Ali
Langkah PUTRA bertanding pada PRN Melaka adalah sebagai persiapan parti itu untuk menghadapi PRU15, kata Presidennya Datuk Ibrahim Ali.

PRN Melaka: Putra umum calon bertanding di lima kerusi DUN
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) yang membuat penampilan pertama kali dalam pilihan raya akan mempertaruhkan lima calon bagi bertanding kerusi DUN pada PRN Melaka.

"Saya mengaku terima cek peribadi daripada Najib" - Ibrahim Ali
Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lim Guan Eng menang rayuan berhubung ganti rugi kes saman terhadap Perkasa
Mahkamah membenarkan kos RM50,000 diberikan kepada Lim, yang merupakan Setiausaha Agung DAP dan juga bekas Menteri Kewangan.

17 individu fail saman terhadap kilang cemar Sungai Gong
Tuntutan saman itu difailkan peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, yang mewakili 17 individu.