KEBANJIRAN penonton dari luar negara pada konsert antarabangsa mampu menarik kemasukan pelancong luar selain membuka peluang perniagaan kepada para peniaga serta usahawan tempatan.
Menerusi ciapan di akaun Twitter, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuat naik screenshot kenyataan yang pernah dikeluarkannya sebelum ini yang menyatakan bahawa kerajaan ketika ini menumpukan kepada aspek industri pelancongan muzik.
“Konsert, persidangan dan pelbagai lagi yang tentunya membawa keuntungan. Sekiranya tidak dimanfaatkan, bagaimana kita nak raih dana berjumlah puluhan juta untuk penyelenggaraan aset-aset kita?
Beliau memberi contoh di mana persembahan Ed Sheeran di Stadium Bukit Jalil dipenuhi peminat, bukan setakat peminat dalam negara, malah dari Singapura dan Indonesia.
"Stadium dan peralatan disewa dan peniaga kecil juga dapat nikmatnya. Sama juga semasa Tokti (Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin) membuat persembahan di Axiata Arena, penuh dan ramai yang dapat nikmatnya," katanya lagi.
Beliau turut memberi contoh konsert artis luar yang pernah diadakan di negara jiran yang sekali gus menaikkan nama negara itu di persada hiburan antarabangsa.
“Lihat sahaja di Singapura, apabila Coldplay dan BTS memilih Singapura sebagai destinasi pilihan, Stadium Nasional mereka penuh. Tiket habis terjual kurang dari empat jam.
“Berpuluh ribu pelancong luar datang ke Singapura dan jelas negara itu dapat manfaat pelbagai dalam pelancongan.
"Dunia melihat Singapura bukan Malaysia," katanya lagi.
Beliau dalam pada itu melahirkan keyakinan Perbadanan Stadium Malaysia yang kini dikendalikan profesional bakal meraih keuntungan.
"Dahulu, kita rugi dalam RM20 juta setahun, waima kemudahan kita adalah antara yang terbaik di Asia.
“Kini, selepas rundingan beberapa kontrak berat sebelah dan setelah saya melantik lembaga pengarah yang baharu, kita akhirnya dalam landasan betul untuk mendapat laba," kata Syed Saddiq lagi.
Menurutnya, langkah yang diambil adalah bagi meletakkan negara sebagai pilihan utama dalam penganjuran acara di peringkat antarabangsa.
“Kita mesti berani berfikir di luar kotak. Saya tidak mahu Malaysia sekadar menjadi pilihan kedua atau ketiga.
"Saya mahu Malaysia menjadi pilihan nombor 1,” tambah Syed Saddiq.
Beliau turut memuat naik statistik yang memaparkan pencapaian ekonomi melalui acara hiburan yang menyumbang, antara lain, hasil kutipan cukai sehingga RM87 juta selain peluang pekerjaan sokongan.
Syed Saddiq berkata demikian sebagai menjawab kritikan beberapa artis tanah air yang membidas tindakannya menjemput kumpulan K-Pop terkenal BTS ke Kuala Lumpur tahun depan.
Ia respons terbaharu terhadap dua kritikan yang dilontarkan kepadanya sebelum ini oleh penyanyi rock terkenal tanah air Datuk Awie yang menganggap tindakan tersebut seperti seakan mahu membunuh karier artis tempatan yang kini bergelut untuk mencari rezeki.
Astro Awani
Fri Apr 26 2019
SYED SADDIQ: Saya mahu Malaysia menjadi pilihan nombor 1. -Gambar fail
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
'Saya mahu Malaysia jadi pilihan nombor 1' - Syed Saddiq jawab kritikan bawa artis luar
Langkah yang diambil adalah bagi meletakkan negara sebagai pilihan utama dalam penganjuran acara di peringkat antarabangsa.