KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mencadangkan kerajaan untuk menggubal Akta Dana Politik dengan segera kerana menyifatkan dirinya sudah menjadi 'mangsa'.
Lantaran akta berkenaan belum digubal, Ahmad menjelaskan, terpaksa membayar kompaun sejumlah RM1.1 juta.
"Saya adalah mangsa... saya adalah mangsa kerana dana politik tidak diaktakan. Mujurlah semalam saya dibebaskan dan dilepaskan. Tapi kena bayar kompaun," katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat di sini, pada Khamis.
Sebaik penjelasan itu, Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mencelah meminta penjelasan mengenai sumber wang yang diperoleh Ahmad.
“Boleh minta laluan, kalau Pontian adalah mangsa, kenapa bayar kompaun?” soalnya.
Ahmad kemudian menjelaskan beliau pernah ditawarkan kompaun pada Oktober 2019 tetapi memilih untuk dibicarakan.
“Apabila saya telah ditawarkan kompaun, saya lawan kerana ada yang dikompaun 50 kali ganda Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Saya rasa Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad) pada ketika itu pun tidak tahu tentang perkara ini. Ada orang yang terima RM100,000 dikompaun 25 kali ganda, maka saya lawan ketika itu.
"Tapi saya melihat lambat betul proses, saya mengaku pada SPRM saya terima RM1.1 (juta) saya tidak mengaku saya terima RM2 (juta).
“Kemudian Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan menerima RM1.1 juta. Oleh kerana saya telah membayar, saya telah lepas dan bebas. Itu keputusan mahkamah yang patut kita hormati," ujarnya.
Pada Rabu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Ahmad daripada pertuduhan tidak mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi pernyataan palsu kepada SPRM.
Ia ekoran tindakan pendakwaan yang menarik balik kedua-dua tuduhan selepas ahli parlimen Pontian itu setuju membayar kompaun berjumlah RM1.1 juta.
Dalam kenyataan Firma Tetuan Shahrul Hamidi dan Haziq yang mewakilinya memaklumkan, Ahmad tidak hilang kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya walaupun membayar kompaun RM1.1 juta sebagai penyelesaian terhadap dua pertuduhan jenayah yang dihadapinya di mahkamah.
Menurut peguam beliau, jaminan itu diberikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa rundingan penyelesaian kes berkenaan dengan Jabatan Peguam Negara, sejak awal tahun ini.
Umavathi Ramayah
Thu Sep 30 2021

Ahmad Maslan menjelaskan, beliau terpaksa membayar kompaun sejumlah RM1.1 juta disebabkan akta berkenaan tidak digubal lagi. - Gambar BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.

Lebih ramai pakar tempatan perlu bangunkan perisian BIM - Ahmad Maslan
Lebih ramai pakar tempatan perlu membangunkan Perisian Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).

RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.

Pusat simulasi bencana pertama di Malaysia dijangka siap Februari 2025
Projek pembinaan tapak khas simulasi bencana bagi pasukan SMART di Pulau Meranti, Puchong dijangka siap pada Februari ini.

Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.

JKR laksana 559 projek KDN bernilai RM5.635 bilion
Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dan telah melaksanakan 559 projek untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah keseluruhan RM5.635 bilion hingga November tahun ini.

Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan
Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.

SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.

Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.