Penambahan Sistem Penguatkuasaan Kamera (AES) atau AWAS hanya untuk mendidik dan bukan berorientasikan keuntungan kepada kerajaan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, penguatkuasaan tegas adalah untuk membantu rakyat dalam mengurangkan kemalangan jalan raya, bukannya untuk menghukum sesuka hati.
"Kita mulakan dengan satu bab penguatkusaan tegas. Kita bukan hendak kutip hasil atau perangkap pemandu, sebaliknya kita hendak didik pemandu supaya memandu tidak melebihi had laju.
"Jadi tiada soal u-turn dalam hal ini. Kalau kita batalkan semua AES, maksudnya tiada penguatkuasaan yang efektif di lebuh raya. Sudah tentu banyak kemalangan akan berlaku jika tiada kamera, di mana pemandu akan memecut (kenderaan) dan sebagainya.
"Yang saya menentang dahulu kerana AES itu diswastakan, di mana sebarang saman akan dibayar kepada syarikat swasta, itu yang saya tidak setuju,'' jelasnya dalam temubual eksklusif bersama Astro AWANI.
Ujarnya, kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan telah mengambil beberapa inisiatif dalam mengurangkan beban pesalah jalan raya, antaranya membatalkan empat juta saman AES berjumlah RM600 juta.
"Selepas kita mula penguatkuasaan yang lebih tegas pada September (2018), Kementerian mendapati jumlah saman menurun. Ini bermaksud pengguna jalan raya bimbang disaman dan timbul kesedaran sekaligus mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya kemalangan maut," katanya.
Anthony berkata, beliau mengambil serius mandat yang diberikan kepadanya sebagai Menteri Pengangkutan.
''Kalau kadar kemalangan jalan raya tidak turun dalam masa lima tahun, tidak ada peningkatan keselamatan jalan raya, maka saya bertanggungjawab berdepan dengan pengundi (dalam pilihan raya umum akan datang). Itu penilaian saya sendiri,'' katanya.
Dalam pada itu, Anthony berkata, purata kehilangan jiwa ekoran kemalangan jalan raya setiap hari di negara ini juga perlu diturunkan.
"Statistik yang diperkenalkan kepada saya, purata 19 rakyat Malaysia meninggal dunia di jalan raya setiap hari. Itu satu angka yang cukup menakutkan dan saya tidak sanggup melihat angka ini meningkat. Itu sebabnya saya perlu tegas untuk mengurangkan kemalangan jalan raya," jelasnya.
Pengumuman bagi penambahan AES sebelum ini mendapat pelbagai reaksi masyarakat dan juga pemimpin politik.
Antaranya, Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar berkata beliau tidak bersetuju dengan cadangan penambahan AES itu.
Fareez Azman
Thu Feb 14 2019

ANTHONY: Jika saya gagal turunkan kadar kemalangan jalan raya dalam masa lima tahun, pengundi boleh membuat keputusan untuk menolak saya pada PRU akan datang.

Ops Campur periksa 308 premis, Akta Padi dan Beras diperhalusi - Armizan
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
AWANI Ringkas: Isu lulus kewarganegaraan kepada rakyat China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pemilik kenderaan boleh pertikai saman ekor
Nik Ahmad Kamal berkata penerima notis atau pemilik kenderaan yang tidak melakukan kesalahan boleh mempertikaikan saman di mahkamah.

Kerajaan berhasrat tambah kamera AWAS
Kajian yang dijalankan oleh MIROS mendapati, tahap pematuhan pengguna jalan raya kepada peraturan had laju dan isyarat lalu lintas di lokasi pemasangan kamera itu, mencecah 99 peratus.

PAC kesal laporan jawatankuasa berkaitan AES tidak dinyahklasifikasi sepenuhnya
Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata pihaknya telah mengesyorkan agar laporan yang diletakkan sebagai 'Rahsia Besar' itu dinyahfklasifikasi pada 23 Nov tahun lepas.

Penyumberluaran projek AES kepada swasta tidak wajar - PAC
Wong Kah Woh berkata projek itu sepatutnya dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sendiri dan bukan ATES serta Beta Tegap.

ASEAN, EAS perlu rumus hala tuju baharu bagi hadapi pandemik akan datang - PM
ASEAN dan negara peserta Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) seharusnya merangka hala tuju masa depan baharu sebagai persiapan menghadapi pandemik akan datang, kata Perdana Menteri.

PAC akan mula prosiding tiga isu baharu
PAC Parlimen berpendapat terdapat merit dalam ketiga-tiga isu untuk dibawa dalam prosiding Jawatankuasa ini.

UNSC perlu jujur tangani konflik Israel-Palestin - Muhyiddin
Perkara itu disuarakan perdana menteri pada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-15 hari ini.

Lebih 100 kanak-kanak di India mati akibat 'radang otak' selepas makan buah laici
Lebih 100 kanak-kanak di Bihar, India mati akibat daripada radang otak yang dipercayai berpunca daripada toksin yang terdapat pada buah laici.

Deklarasi Bangkok banteras bahan buangan laut dalam ASEAN
- Dalam usaha untuk membanteras bahan buangan marin di rantau ini, negara-negara anggota ASEAN hari ini bersetuju mengemukakan Deklarasi Bangkok untuk pertimbangan dan kelulusan pemimpin-pemimpin ASEA

Kementerian Pertahanan lapor SPRM berhubung projek AES
Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berkenaan pelaksanaan projek Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) oleh kerajaan terdahulu.