KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau bersangka baik terhadap Mejar Mazlina Mazlan@Ramly dan memberi kepercayaan kepada wanita itu untuk menguruskan akaun peribadi serta akaun Yayasan Akalbudi (YAB) miliknya.
Ahmad Zahid, 69, berkata bekas Setiausaha Eksekutifnya itu turut diberi kepercayaan menguruskan pembayaran bil air serta elektrik dan pada setiap masa, beliau akan mendapatkan bantuan Mazlina untuk pelbagai urusan kewangan peribadi termasuk pembayaran kad kredit.
"Kebiasaannya, saya akan minta Mazlina jumlah debit atau kredit untuk kad-kad kredit milik saya sebelum pembayaran dibuat.
"Saya tidak berkesempatan menghubungi sendiri bank untuk bertanyakan mengenai penyata kad kredit kerana terlalu sibuk dengan tugas menguruskan negara. Jadi, saya beri kepercayaan kepada Mazlina untuk uruskan semua itu," katanya.
Beliau berkata demikian semasa membela diri atas 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik YAB.
Kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran sama ada beliau mengambil berat tentang pembayaran kad kreditnya, Ahmad Zahid menjawab "Ya, benar."
Raja Rozela: Jika benar, ada Datuk Seri minta daripada Mazlina untuk menunjukkan penyata kad kredit sebelum pembayaran dibuat?
Ahmad Zahid: Setiap kali saya memang minta dan beliau cakap ada tapi tidak pernah ditunjukkan kepada saya.
Raja Rozela: Tidakkah Datuk Seri ingin tahu berapa Datuk Seri berhutang dengan bank?
Ahmad Zahid: Setiap pembayaran dan pembelian ada resit, jadi saya tahu jumlahnya. Arahan saya adalah pembayaran itu guna akaun peribadi saya.
Pada prosiding sebelum ini, Ahmad Zahid menafikan cadangan pendakwaan bahawa beliau hanya ingin melepaskan tengkuk sendiri apabila menuding jari kepada Mazlina berhubung pembayaran kad kredit peribadinya menggunakan cek YAB.
Terdahulu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengesahkan beliau menggunakan enam kad kredit untuk membuat pembayaran bagi perbelanjaan peribadinya semasa lawatan rasmi ke luar negara bagi tempoh 2013 dan 2016 antaranya United Kingdom, Australia, Korea, Amerika Syarikat serta Itali selain beberapa pembelian di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Ditanya Raja Rozela adakah beliau berada di luar negara setiap bulan antara 2013 dan 2016, Ahmad Zahid menjawab "Ya" serta menerangkan bahawa ketika itu, beliau memegang jawatan Menteri Dalam Negeri (2013-2018) dan Timbalan Perdana Menteri (2015-2018).
"Hampir setiap bulan saya akan berada di luar negara untuk urusan rasmi," katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 05 2022

Ahmad Zahid berkata, beliau mendapatkan bantuan Mazlina untuk pelbagai urusan kewangan peribadi termasuk pembayaran kad kredit. - Gambar fail

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.