KUALA LUMPUR: Isu berkaitan komposisi satu pertiga kerusi Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat seperti yang termaktub pada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih di peringkat perbincangan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata penyelesaian perkara itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana ia perlu melalui banyak peringkat yang melibatkan pelbagai pihak, termasuk tiga jawatankuasa utama iaitu Jawatankuasa Urusetia MA63; Jawatankuasa Teknikal MA63 dan Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63.
Beliau berkata Jawatankuasa Teknikal MA63 yang dipengerusikan beliau sendiri akan membincangkan perkara MA63 berdasarkan topik, dan memberikan keutamaan kepada isu-isu yang tidak melibatkan masalah undang-undang mahupun teknikal yang mendalam.
"Apabila diputuskan di peringkat teknikal, barulah ia dibawa ke Majlis Tindakan Pelaksanaan untuk kelulusan terakhir, supaya dibawa ke Kabinet dan akhirnya dibawa ke kementerian-kementerian untuk membuat pindaan kepada segala undang-undang berkaitan.
"Jadi proses itu masih panjang. Kita juga kena dapatkan persetujuan Kabinet, lepas itu dibawa ke Parlimen, dan Parlimen pula memerlukan persetujuan dua pertiga. Kalau tidak disetujui, maka ia tidak boleh lulus," katanya kepada pemberita selepas program temu bual Naratif Khas Bersama Timbalan Perdana Menteri di Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi.
Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata agihan satu pertiga kerusi Parlimen kepada Sabah dan Sarawak penting supaya Semenanjung tidak akan dapat meminda Perlembagaan yang mungkin melenyapkan atau menghilangkan hak dua wilayah berkenaan seperti yang termaktub dalam MA63.
"Mengapa kerusi 30 peratus mesti diagihkan kepada Sabah dan Sarawak, (kerana) kalau (pinda) Perlembagaan, ada perkara yang mesti diputuskan dengan dua pertiga, (dan) jika (negeri-negeri) Semenanjung semua bergabung nak batalkan hak Sabah dan Sarawak, ia boleh dilaksanakan di Parlimen tanpa rundingan dengan Sabah dan Sarawak, sebab itu ia (komposisi kerusi bagi Sabah dan Sarawak) dituntut," katanya.
Selain tuntutan agihan kerusi Parlimen, beliau juga menjelaskan aspek penyerahan kuasa mengenai hal ehwal pendidikan dan kesihatan seperti yang termaktub dalam MA63 juga masih di peringkat perbincangan.
Berhubung slogan 'Sarawak First', Fadillah berkata ia diwujudkan bagi mengembalikan semangat rakyat Sarawak untuk membina serta membangun bersama Malaysia, dan meskipun wujud 'suara' untuk membawa keluar Sarawak dari Malaysia, kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited untuk kekal dalam negara ini.
Menyentuh mengenai Malaysia Madani, Fadillah berkata konsep yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bukan sahaja untuk mengukur pembangunan daripada aspek ekonomi serta fizikal, tetapi juga memberikan manfaat dalam konteks insaniah.
"Ia supaya (Malaysia Madani) menjadi satu budaya apabila pembangunan bukan sahaja daripada konteks fizikal tetapi bagaimana manfaatnya kepada konteks insaniah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 01 2023
![Satu pertiga kerusi Parlimen buat Sabah, Sarawak masih di peringkat perbincangan - Fadillah Satu pertiga kerusi Parlimen buat Sabah, Sarawak masih di peringkat perbincangan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81675287038_TBFADILLAHYUSOF.jpg)
Fadillah ketika hadir bagi sesi temu bual Program Naratif Khas terbitan Radio Televisyen Malaysia di Wisma Berita, Angkasapuri, Kuala Lumpur, malam tadi. -- fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Keserasian kepimpinan Sarawak, Sabah dengan Persekutuan harus diperkukuh - Ahmad Zahid Keserasian kepimpinan Sarawak, Sabah dengan Persekutuan harus diperkukuh - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719844488_TBZahidHamidi.jpg)
Keserasian kepimpinan Sarawak, Sabah dengan Persekutuan harus diperkukuh - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata Perdana Menteri berazam untuk memenuhi permintaan-permintaan kedua wilayah itu yang dibuat di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
![MA63: Ada tafsiran berbeza dari sudut bidang kuasa - Fadillah MA63: Ada tafsiran berbeza dari sudut bidang kuasa - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717917584_FadillahYusof.jpg)
MA63: Ada tafsiran berbeza dari sudut bidang kuasa - Fadillah
Beberapa tafsiran dari sudut bidang kuasa seperti sempadan dan tanah yang berbeza di peringkat negeri Sabah, Sarawak serta Persekutuan perlu dimuktamadkan oleh Kabinet, kata Timbalan Perdana Menteri.
![[KOLUMNIS] Komitmen Kerajaan MADANI selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Komitmen Kerajaan MADANI selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717403791_TBMA.jpg)
[KOLUMNIS] Komitmen Kerajaan MADANI selesaikan MA63
Perjanjian Malaysia (MA63) kini menunjukkan perkembangan positif terutama dalam memenuhi tuntutan asas menerusi perjanjian itu.
![Perjuangan demi perpaduan, MA63 bersama Joseph Kurup sentiasa diingati - Fadillah Perjuangan demi perpaduan, MA63 bersama Joseph Kurup sentiasa diingati - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713533204_FadillahYusof.jpg)
Perjuangan demi perpaduan, MA63 bersama Joseph Kurup sentiasa diingati - Fadillah
Perjuangan demi mengukuhkan perpaduan negara dan merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bersama mendiang Tan Sri Joseph Kurup adalah antara kenangan abadi yang akan sentiasa diingati.
![Cadangan institusikan amalan berhubung pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman Sabah, Sarawak diteliti Cadangan institusikan amalan berhubung pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman Sabah, Sarawak diteliti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710161592_TBFADILLAHYUSOFTITAH.jpg)
Cadangan institusikan amalan berhubung pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman Sabah, Sarawak diteliti
Fadillah berkata itu sedang dibincangkan dalam platform perundingan Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63) dan Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63.
![MA63: Sembilan tuntutan asas selesai sepenuhnya MA63: Sembilan tuntutan asas selesai sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81706950897_FadillahYusof.jpg)
MA63: Sembilan tuntutan asas selesai sepenuhnya
Sebanyak sembilan perkara atau tuntutan asas berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah selesai sepenuhnya setakat ini.
![[KOLUMNIS] MA63: Pencapaian selepas dua tahun, satu kejayaan buat Sabah, Sarawak [KOLUMNIS] MA63: Pencapaian selepas dua tahun, satu kejayaan buat Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708242110_KUCHING.jpg)
[KOLUMNIS] MA63: Pencapaian selepas dua tahun, satu kejayaan buat Sabah, Sarawak
DEWAN RAKYAT pada 14 Disember 2021 meluluskan RUU meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63 bagi memberi pengiktirafan kepada tuntutan dan status istimewa Sabah dan Sarawak.
![Dua ahli baharu Jawatankuasa Teknikal MA63 dimuktamad bulan ini - Fadillah Dua ahli baharu Jawatankuasa Teknikal MA63 dimuktamad bulan ini - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81706950897_FadillahYusof.jpg)
Dua ahli baharu Jawatankuasa Teknikal MA63 dimuktamad bulan ini - Fadillah
Dua ahli baharu dalam Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKTMTPMA63) akan dimuktamadkan pada bulan ini.
![MA63: Pelaksanaan sepenuhnya hak Sabah dalam rundingan, perbincangan bawah MTPMA63 MA63: Pelaksanaan sepenuhnya hak Sabah dalam rundingan, perbincangan bawah MTPMA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51637928456_NIZAMAbuBakarTiti.jpg)
MA63: Pelaksanaan sepenuhnya hak Sabah dalam rundingan, perbincangan bawah MTPMA63
Pelaksanaan sepenuhnya hak Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 masih dalam perbincangan dan pelaksanaan di bawah MTPMA63 persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.
![Kongres PKR: 'Zaman Anwar terbuka bincang MA63' Kongres PKR: 'Zaman Anwar terbuka bincang MA63'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700987378_anwaribrahim.jpg)
Kongres PKR: 'Zaman Anwar terbuka bincang MA63'
Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat terbuka membincangkan, malah konsisten dalam memperjuangkan agenda Perjanjian Malaysia 1963.