Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, KDN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan sesekali alpa kerana walau satu nyawa sekali pun, ia adalah berharga.
Mengambil contoh kes tembak di Perlis dan Pulau Pinang melibatkan anggota polis, beliau berkata semua itu dalam radar catatan polis dan ikhtiar mengatasinya sedang giat dilakukan.
“Kita melihat kesemua aspek di mana seorang anggota yang nak diberikan kebenaran menggunakan senjata api dia tidak boleh sama sekali, ada tanda-tanda gangguan, tekanan dan sebagainya.
“Prosedur itu dibuat melalui ikhtiar program yang berterusan sebelum superiornya itu membenarkan senjata dimiliki.
“Jadi cara yang kita buat bukan sahaja memastikan program yang berterusan tetapi polisi yang kita nak buat itu mesti bersifat polisi berpandukan data.
“Sekarang ini pun sedang berlangsung kajian saringan kesihatan mental dan kesejahteraan psikologi polis dengan kerjasama USIM (Universiti Sains Islam Malaysia),” katanya.
Tambah beliau, sejumlah 109 kaunselor juga ditempatkan di Ibu Pejabat Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah selain 711 orang Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB).
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Khamis, respons kepada pertanyaan Wan Hassan Mohd Ramli (PN - Dungun).
Dalam soalannya, Wan Hassan mahu kerajaan menyatakan langkah bagi memastikan isu kesihatan mental dapat dibendung dalam kalangan anggota polis terutama yang memegang senjata api bagi memastikan anggota dapat menjalankan tugas dengan mental yang stabil.