Setiap seorang daripada 100 rakyat Malaysia dikesan menghidap penyakit mental, skizofrenia, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Beliau berkata situasi itu membimbangkan kerana pesakit skizofrenia boleh bertindak mencederakan diri sendiri dan orang lain.
"Semakin ramai rakyat Malaysia menghidap skizofrenia kerana pesakit dan masyarakat sekeliling tidak memandang serius masalah berkenaan selain enggan mendapatkan rawatan.
"Masalah kesihatan mental terutama penghidap skizofrenia tidak boleh dipandang ringan kerana jika tidak dirawat, mereka boleh bertindak mencederakan orang lain, ini sangat berbahaya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kem I Want Sihat (KIS) sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2014 di sini, Ahad.
Skizofrenia ialah sejenis penyakit mental di mana pesakit mengalami gangguan perasaan, pemikiran, emosi dan tingkah laku yang menyebabkan mereka seolah-olah berada dalam dunia mereka sendiri.
Dr Hilmi berkata masyarakat juga perlu membuang stigma bahawa pesakit mental tidak boleh diubati atau diberi perhatian yang sewajarnya.
Katanya masalah berkaitan kesihatan dan penyakit mental perlu dibincang secara terbuka agar stigma terhadap isu itu dapat dikurangkan dan pesakit berkenaan tidak berasa malu untuk mendapatkan rawatan.
"Masyarakat terutama keluarga sepatutnya tidak menjauhkan diri daripada mereka sebaliknya terus memberi sokongan dan saya percaya sekiranya rawatan awal diberi, penyakit itu dapat dikawal dan pesakit akan pulih," katanya.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya menyasarkan untuk menambah jumlah pakar psikiatri daripada 300 kepada 900 orang dalam tempoh beberapa tahun akan datang bagi memastikan ia dapat menampung keperluan rakyat Malaysia.
Bagi merealisasikan sasaran itu, beliau berkata setiap tahun Kementerian Kesihatan menawarkan biasiswa kepada 50 doktor untuk menjadi pakar psikiatri.
"Pada masa ini, nisbahnya adalah seorang pakar psikiatri untuk 150,000 rakyat. Kita sepatutnya mempunyai nisbah pakar ini mengikut piawaian antarabangsa iaitu seorang pakar bagi 50,000 penduduk," katanya.
Dr Hilmi berkata jumlah mereka yang menghidap sakit mental di negara ini dijangka bertambah setiap tahun berdasarkan faktor tekanan hidup, pekerjaan, ekonomi dan rumahtangga.
"Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2006 mendapati mereka yang mengalami masalah mental adalah 11.2 peratus bagi dewasa dan 20.3 peratus untuk kanak-kanak dan remaja.
"Pada 1996, kita mencatat 10.3 peratus (dewasa) dan 13 peratus (kanak-kanak dan remaja)," katanya.
Bernama
Mon Oct 20 2014

Skizofrenia ialah sejenis penyakit mental di mana pesakit mengalami gangguan perasaan, pemikiran, emosi dan tingkah laku yang menyebabkan mereka seolah-olah berada dalam dunia mereka sendiri - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Dr Hilmi umum letak semua jawatan dalam UMNO dan BN
Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya meletak semua jawatannya dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa hari ini selepas kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum

Isu Hospital Balik Pulau: 'Bakhtiar tak baca surat khabar, tak tengok TV' - Dr Hilmi
Calon PKR bagi Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik mengkritik Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya yang didakwa memungkiri janji PRU13.

PRU14: Projek tambak laut Pulau Pinang batal jika BN menang - Dr Hilmi
Kata calon BN Parlimen Balik Pulau, Datuk Dr Hilmi Yahaya, projek tebusguna tanah seluas 4,500 ekar yang akan dilaksanakan Kerajaan Negeri DAP akan mengganggu ekosistem kehidupan laut.

Kementerian Kesihatan cipta penawar Hepatitis C
Penawar itu mampu merawat 500,000 pesakit di negara ini dan dengan penemuan itu, orang ramai boleh mendapatkan rawatan pada kadar yang teramat murah iaitu RM1,200 berbanding negara lain RM320,000.

Empat institusi mental, 33 hospital kerajaan sedia perkhidmatan psikiatri
Kerajaan menyediakan fasiliti perkhidmatan psikiatri di empat institusi mental dan 33 hospital kerajaan di seluruh negara.

KKM akan kaji masukkan pneumokokal dalam program imunisasi
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, buat masa ini tiada keperluan mendesak untuk memasukkan vaksin berkenaan ke dalam NIP.

GST bukan punca kemurungan 300,000 rakyat Malaysia
Statistik menunjukkan 1.8 peratus daripada anggaran 30 juta rakyat Malaysia pada ketika ini mengalami masalah kemurungan.

Lesen doktor tawar suntikan Vitamin C boleh dibatalkan
Mereka yang mendapatkan suntikan Vitamin C tidak berdafatar terdedah kepada risiko kemudaratan kepada wajah dan tubuh.

Kementerian Kesihatan pertimbang wujud pusat rawatan jantung Pantai Timur
Kementerian meneliti perkara itu dan akan melaksanakannya secepat mungkin agar dapat memberi kemudahan kepada pesakit dari Zon Timur supaya mereka tidak perlu ke IJN untuk mendapatkan rawatan.

Populasi warga tua dijangka meningkat kepada 5.6 juta menjelang 2030
Jumlah penduduk warga tua di Malaysia dijangka meningkat 15 peratus kepada 5.6 juta orang menjelang 2030, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.