Jumlah penduduk warga tua di Malaysia dijangka meningkat 15 peratus kepada 5.6 juta orang menjelang 2030, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Beliau berkata pertambahan golongan berkenaan berikutan perubahan kemudahan kesihatan yang semakin maju berbanding 50 tahun lepas, sekali gus meningkatkan jangka hayat seseorang untuk hidup lebih lama.
Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan harus bersiap sedia menghadapi peningkatan populasi warga tua di negara ini, dengan menggalakkan pembangunan kediaman berkonsepkan pusat penjagaan kesihatan.
"Pada masa ini, jangka hayat golongan wanita meningkat kepada 67 tahun manakala golongan lelaki meningkat kepada 72 tahun. Jadi tidak mustahil pada masa akan datang permintaan kediaman jenis pusat penjagaan akan turut meningkat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat 'Eden On The Park Nursing Care Residence' di sini, pada Khamis.
Dr Hilmi berkata penjagaan kesihatan haruslah mampan agar kesejahteraan hidup golongan warga tua berada pada tahap memuaskan pada masa akan datang.
"Konsep diperkenalkan di Eden On The Park ini salah satu contoh terbaik dengan menyediakan kemudahan kediaman penjagaan kesihatan inklusif seperti penjagaan perubatan dan harian yang menyeluruh.
"Bukan hanya menawarkan perkhidmatan dari segi penjagaan yang rapi, di sini juga menawarkan kediaman khas yang selamat dengan persekitaran tenang dan nyaman untuk warga tua menghabiskan waktu lapang mereka dengan aktiviti menyihatkan," katanya.
Beliau seterusnya berharap lebih banyak kediaman berkonsepkan penjagaan kesihatan diwujudkan di seluruh negara memandangkan populasi warga tua di Malaysia kian meningkat.
Eden-on-the-Park adalah Premis Penjagaan Perawatan Premium yang menawarkan rawatan berkonsepkan kediaman untuk jangka panjang dan pendek serta pemulihan bagi warga tua.
Sebanyak 71 bilik lengkap dengan sistem kejururawatan 24 jam yang mewah dan selesa disediakan di premis berkenaan, selain terdapat perkhidmatan penjagaan sepanjang hari daripada penjaga terlatih dan jururawat, penjagaan pemakanan berkualiti, penjagaan rumah, dobi, aktiviti sosial dalaman dan lain-lain.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2018
penjagaan kesihatan haruslah mampan agar kesejahteraan hidup golongan warga tua berada pada tahap memuaskan pada masa akan datang. - Gambar fail
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
Dr Hilmi umum letak semua jawatan dalam UMNO dan BN
Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya meletak semua jawatannya dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa hari ini selepas kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum
Isu Hospital Balik Pulau: 'Bakhtiar tak baca surat khabar, tak tengok TV' - Dr Hilmi
Calon PKR bagi Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik mengkritik Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya yang didakwa memungkiri janji PRU13.
PRU14: Projek tambak laut Pulau Pinang batal jika BN menang - Dr Hilmi
Kata calon BN Parlimen Balik Pulau, Datuk Dr Hilmi Yahaya, projek tebusguna tanah seluas 4,500 ekar yang akan dilaksanakan Kerajaan Negeri DAP akan mengganggu ekosistem kehidupan laut.
Kementerian Kesihatan cipta penawar Hepatitis C
Penawar itu mampu merawat 500,000 pesakit di negara ini dan dengan penemuan itu, orang ramai boleh mendapatkan rawatan pada kadar yang teramat murah iaitu RM1,200 berbanding negara lain RM320,000.
Empat institusi mental, 33 hospital kerajaan sedia perkhidmatan psikiatri
Kerajaan menyediakan fasiliti perkhidmatan psikiatri di empat institusi mental dan 33 hospital kerajaan di seluruh negara.
KKM akan kaji masukkan pneumokokal dalam program imunisasi
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, buat masa ini tiada keperluan mendesak untuk memasukkan vaksin berkenaan ke dalam NIP.
GST bukan punca kemurungan 300,000 rakyat Malaysia
Statistik menunjukkan 1.8 peratus daripada anggaran 30 juta rakyat Malaysia pada ketika ini mengalami masalah kemurungan.
Lesen doktor tawar suntikan Vitamin C boleh dibatalkan
Mereka yang mendapatkan suntikan Vitamin C tidak berdafatar terdedah kepada risiko kemudaratan kepada wajah dan tubuh.
Kementerian Kesihatan pertimbang wujud pusat rawatan jantung Pantai Timur
Kementerian meneliti perkara itu dan akan melaksanakannya secepat mungkin agar dapat memberi kemudahan kepada pesakit dari Zon Timur supaya mereka tidak perlu ke IJN untuk mendapatkan rawatan.
Populasi warga tua dijangka meningkat kepada 5.6 juta menjelang 2030
Jumlah penduduk warga tua di Malaysia dijangka meningkat 15 peratus kepada 5.6 juta orang menjelang 2030, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.