Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya meletak semua jawatannya dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa Jumaat selepas kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Perkara itu diumumkan Dr Hilmi dalam satu kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata jawatan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau itu akan dipangku oleh timbalannya Datuk Dr Muhamad Farid Saad.
"Kini, sudah sampai masanya saya mengundurkan diri dari arena politik. Saya memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang mengabadikan diri sebagai wakil rakyat di Parlimen Balik Pulau dan di peringkat persekutuan ada salah dan silap yang telah dilakukan.
"Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa yang berusaha sebaik mungkin untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat," katanya.
Dr Hilmi bagaimanapun menjelaskan beliau kekal menjadi anggota UMNO dan bersedia membantu semua pihak demi kepentingan rakyat.
"Saya mendoakan UMNO akan kembali bangkit dan terus membela untung nasib orang Melayu dan seluruh lapisan masyarakat di negara ini," katanya.
Pada PRU14, 9 Mei lepas, calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Bakhtiar Wan Chik menewaskan Dr Hilmi yang juga penyandang kerusi Parlimen Balik Pulau dan calon PAS Muhammad Imran Muhammad Sa'ad dengan majoriti 6,464 undi selepas memperoleh 25,471 undi.
Dr Hilmi mendapat 19,007 undi manakala Muhammad Imran hanya 5,298 undi.
Pada PRU14, BN Pulau Pinang kehilangan lapan daripada 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu daripada tiga kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU13 dan hanya berjaya mempertahankan DUN Sungai Dua dan Permatang Berangan serta kerusi Parlimen Tasek Gelugor dan Kepala Batas.
PH pula memenangi 37 kerusi DUN dan 11 kerusi Parlimen manakala PAS menang satu kerusi DUN di Penaga. Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan 13 kerusi Parlimen, keseluruhannya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 18 2018
Dr Hilmi bagaimanapun menjelaskan beliau kekal menjadi anggota UMNO dan bersedia membantu semua pihak demi kepentingan rakyat. - Gambar fail
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.