Sebelum menjejakkan kaki ke Penjara Kajang, penulis menyangka mungkin Abdul Halim menyambung pelajaran hanya kerana sekadar mengisi masa yang terluang atau mungkin tiada apa lagi yang mampu dilakukan di penjara yang serba kekurangan.
Namun ternyata ia menyimpang dari semua itu.
Halim sememangnya manusia yang benar-benar sedang memburu ilmu, ternampak kecekalan di matanya. Lenggok bahasa tubuhnya bukan seperti insan yang pernah berputus asa kerana dipenjarakan.
Hampir empat jam penulis menghabiskan masa bersama Halim di penjara Kajang.
Banyak yang dikongsikan kisah hitam kehidupannya yang lampau.
Mendengarnya mampu menimbulkan keinsafan kepada sesiapa sahaja, namun itulah roda kehidupan.
BACA: Sarjana dari penjara
Secara peribadi, penulis merasakan kesukaran dan perit getir yang diharungi oleh Halim mungkin menjadikan pemuda itu begitu tajam pemikirannya, psikologinya dan sangat fokus kepada pembelajarannya.
Orang yang buta huruf dahulunya, kini pemegang ijazah sarjana.
Tercetus dalam pemikiran kita, sampai ke mana yang mampu dibawa Halim dengan sarjana yang dimilikinya?
Halim bukan seperti banduan lain yang tahu bila tarikh bebas.
Namun baginya, itu bukanlah matlamatnya memburu ilmu.
Mengenalinya membuatkan mana-mana insan akan mengetahui betapa besarnya jiwa dan impiannya untuk mencedok ilmu sebanyak mungkin selagi peluang itu diberikan.
Naib Presiden (Akademik) Universiti Terbuka Malaysia (OUM) berkata, tidak mustahil selepas ini Halim akan ditawarkan untuk menyambung pelarannya ke peringkat doktor falsafah.
Malah, Halim turut sama menyatakan hasrat tersebut ketika penulis bertanyakannya hal yang sama.
Hasratnya tersimpan utuh, untuk membuka gerbang perniagaan jika satu hari nanti diberi keampunan untuk bebas memandangkan dia adalah tahanan limpah sultan (banduan yang dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah tetapi tidak dijatuhkan hukuman mati atas sebab banduan tersebut masih di bawah umur atau ditakrifkan sebagai kurang siuman).
Ia melambangkan betapa besarnya impian dan cita-cita Halim sekalipun dia sendiri tidak mengetahui tarikh bebasnya.
Mungkin suatu hari nanti Halim layak menerima pengampunan tersebut dan mengejar segala cita-citanya bagi menebus setiap kesilapannya yang lampau, segalanya mungkin ...
Raja Hisyam Raja Zaid
Fri Jan 20 2017
![Sarjana dari penjara: Menanti pengampunan demi mengejar impian Sarjana dari penjara: Menanti pengampunan demi mengejar impian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/51479894645_PRISONJAIL.jpg)
Perit getir yang diharungi Halim menjadikan pemuda itu begitu tajam pemikirannya, psikologinya dan sangat fokus kepada pembelajarannya. - Gambar hiasan
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Ketua Hak Asasi Manusia PBB rayu agar konflik di Gaza dihentikan Ketua Hak Asasi Manusia PBB rayu agar konflik di Gaza dihentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717499145_TBVolkerTurk.jpg)
Ketua Hak Asasi Manusia PBB rayu agar konflik di Gaza dihentikan
Volker Turk berkata, kebanyakan yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
Jenazah ibu MB Kedah selamat dikebumikan
Jenazah ibu Menteri Besar Kedah, Allahyarham Meriam Ahmad, 74, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pau kira-kira pukul 5.45 petang Khamis.
MOT sedia sokong pembinaan lapangan terbang di Gebeng
Kementerian Pengangkutan sedia menyokong rancangan Kerajaan Pahang untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan, kata Menterinya, Anthony Loke.
KDN lulus hampir 14,000 permohonan
Kementerian Dalam Negeri telah meluluskan hampir 14,000 permohonan kewarganegaraan setakat ini, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Raja Maghribi ampunkan 2,476 banduan Raja Maghribi ampunkan 2,476 banduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722305882_KingMohammedVI.jpg)
Raja Maghribi ampunkan 2,476 banduan
Pengampunan diberi kepada 2,278 banduan yang menerima pengurangan hukuman penjara, manakala 182 lagi menerima pembatalan hukuman.
![Polis sahkan terima laporan kes liwat banduan Polis sahkan terima laporan kes liwat banduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718448965_HukumSebatPenjara.jpg)
Polis sahkan terima laporan kes liwat banduan
Polis mengesahkan bahawa ada menerima laporan berhubung banduan didakwa meliwat rakan banduan lain di Penjara Pusat Kota Kinabalu di sini.
![Berhati-hati pilih kawan, jauhi dadah - Bekas penghuni penjara Berhati-hati pilih kawan, jauhi dadah - Bekas penghuni penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718328573_banduan.jpg)
Berhati-hati pilih kawan, jauhi dadah - Bekas penghuni penjara
"Berhati-hati dalam memilih kawan dan jauhi dadah," nasihat seorang bekas penghuni penjara warga emas kepada masyarakat di luar.
![Indonesia sokong pendekatan Malaysia bantu bangun 'peradaban' banduan Indonesia Indonesia sokong pendekatan Malaysia bantu bangun 'peradaban' banduan Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714396355_JabatanPenjara.jpg)
Indonesia sokong pendekatan Malaysia bantu bangun 'peradaban' banduan Indonesia
Penjara bukan semata-mata tempat menghukum tetapi mentransformasikan ia sebagai institusi pendidikan yang memberi peluang kepada penghuni.
![Ambil banduan bekerja, majikan bantu ubah masa depan Ambil banduan bekerja, majikan bantu ubah masa depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659616390_TBpenjara.jpg)
Ambil banduan bekerja, majikan bantu ubah masa depan
Peluang kedua bagi memperbaiki kesilapan dan mengubah masa depan dengan menawarkan pekerjaan kepada banduan memberikan seribu makna kepada golongan ini.
!['Tahun ini kali ke-18, sambut raya di sebalik tirai besi' 'Tahun ini kali ke-18, sambut raya di sebalik tirai besi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673518377_TBSIMBAHASID.jpg)
'Tahun ini kali ke-18, sambut raya di sebalik tirai besi'
Jadi banduan akhir ini memang ada tekanan, siapa yang boleh terima kalau hukuman kita ni akan pergi ke tali gantung?
![Biskut resipi Tunku Azizah dihasilkan banduan laris dijual Biskut resipi Tunku Azizah dihasilkan banduan laris dijual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711858343_TBTunkuAzizah.jpg)
Biskut resipi Tunku Azizah dihasilkan banduan laris dijual
Ramai sanggup mendapatkan pelbagai biskut yang dijual di penjara Bentong, biarpun harganya mahal kerana menggunakan bahan premium dan berkualiti tinggi.
!['Tiada layanan istimewa kepada Najib' 'Tiada layanan istimewa kepada Najib'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711681033_TBNajibjpg.jpg)
'Tiada layanan istimewa kepada Najib'
Semua banduan diuruskan mengikut peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
![Banduan jadi penoreh getah profesional di Kelantan Banduan jadi penoreh getah profesional di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710142417_TBPENOREHGETAHMONSOO.jpg)
Banduan jadi penoreh getah profesional di Kelantan
Penjara Kelantan bakal melahirkan lebih ramai penoreh getah profesional dalam kalangan banduan melalui latihan di bawah Program Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL).
![Banduan derma gaji bekerja di penjara bantu warga Palestin Banduan derma gaji bekerja di penjara bantu warga Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71701073428_TBpalestine.jpg)
Banduan derma gaji bekerja di penjara bantu warga Palestin
Hantaran Mashouf mengenai sumbangan Hamza itu pantas menjadi tular dengan lebih 24,000 suka dan mendapat lebih 8,200 ciapan semula.