SANDAKAN: Indonesia menyokong segala pendekatan diambil Malaysia khususnya Sabah melalui Jabatan Penjara Malaysia dalam membangunkan 'peradaban' warga republik itu yang menjadi penghuni penjara di negara ini.
Konsul Jenderal bagi Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu Rafael Walangitan berkata usaha Malaysia itu menjadikan penjara bukan semata-mata tempat menghukum tetapi mentransformasikan ia sebagai institusi pendidikan yang memberi peluang kepada penghuni termasuk warga negara berkenaan mengikuti pembelajaran ataupun latihan kemahiran.
"Kami sangat menyokong segala perkara yang dilakukan oleh Malaysia khususnya Kerajaan Negeri Sabah dalam banyak hal kepada banduan Indonesia seperti program pemulihan, kami lihat meskipun berada di dalam penjara tetapi kondisi mereka sangat luar biasa baik, dijaga dengan baik.
"Kami melihat banyak aktiviti mereka adalah bermanfaat bahkan kalau mereka bisa keluar dari penjara ini, mereka bisa menyambung hidup dengan baik melalui kemahiran yang dipelajari atau diperoleh di penjara seperti membuat kuih, memasak dan bermain muzik yang boleh mendatangkan pendapatan untuk mereka apabila pulang ke kampung halaman di Indonesia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja dan menghadiri majlis ramah mesra Konsulat Republik Indonesia bersama warga negara itu sempena Aidilfitri di Penjara Sandakan hari ini.
Rafael turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Malaysia untuk banyak perkara misalnya banduan Indonesia yang 'terancam' hukuman mati tetapi setelah semakan, ia diganti dengan penjara seumur hidup.
"Ini satu langkah positif yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dan kami hargai, ertinya selepas ini banduan itu diberi peluang, diberi kesempatan bina diri jadi lebih baik kerana hukuman diturunkan," katanya.
Pengarah Penjara Sandakan Ab Nasir Sarahan pula berkata program pemulihan dalam penjara meliputi semua penghuni termasuk warga asing.
"Pemulihan kita adalah dinamik, kita akan sentiasa mencari peluang baharu bagi program pemulihan banduan ini supaya ia lebih berkesan," katanya kepada pemberita pada majlis sama.
Beliau berkata ketika ini, terdapat sejumlah 143 penghuni warga Indonesia di Penjara Sandakan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Usaha Malaysia itu menjadikan penjara bukan semata-mata tempat menghukum tetapi mentransformasikan ia sebagai institusi pendidikan yang memberi peluang kepada penghuni.
Malaysia, Jepun muktamad kerjasama bangun sektor tenaga hidrogen Mei ini
Malaysia dan Jepun bakal memuktamadkan kerjasama bagi membangunkan sektor tenaga baharu, hidrogen menjelang Mei ini.
Jurugambar sambilan didakwa cederakan pereka fesyen Razman, Razmi
Seorang jurugambar bebas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan pereka fesyen, Razman dan Razmi, Rabu lalu.
Simpanan Shariah: KWSP perkenal akses lebih pantas, pengaktifan bulanan
Penambahbaikan berkenaan juga membolehkan pendaftaran Simpanan Shariah dibuat secara serta-merta untuk ahli baharu.
Insiden kematian kucing: Pihak universiti jalankan operasi dalaman tangani anjing liar
ACP Ku Mashariman berkata, pihak universiti itu sentiasa memaklumkan kepada polis mengenai tindakan mereka untuk membasmi anjing liar.
PABM tekad pastikan sukan angkat berat kekal bebas isu doping
Pemeriksaan mengejut oleh ADAMAS adalah antara inisiatif berterusan persekutuan itu bagi memastikan insiden doping tidak berulang.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pendidikan di bawah perkongsian strategik baharu
Anwar dan Ishiba membincangkan pelbagai inisiatif dalam sektor pendidikan termasuk penubuhan kampus cawangan University Tsukuba di Malaysia.
Empat lelaki cedera diserang sekumpulan individu bersenjatakan parang di Nilai
Kejadian membabitkan empat lelaki berumur 44 hingga 59 tahun diserang pada kira-kira pukul 10 malam.
Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Jepun
Hubungan Malaysia-Jepun bertambah kukuh dengan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.
Raja Permaisuri Perak berkenan lancar buku 'Women In Energy'
Buku itu bertujuan untuk meraikan sumbangan wanita dalam membentuk peralihan tenaga di Malaysia.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Ahad
Kawasan yang terlibat adalah Rompin, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Bunuh isteri gara-gara video TikTok
Suspek menampar pipi mangsa berkali-kali, selain memukulnya di bahagian kepala, badan dan paha selain menghentak kepala mangsa pada dinding.
Gelandangan didakwa bunuh rakan
Seorang gelandangan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya yang juga gelandangan, bulan lepas.
Wanita warga Thailand didenda RM9,000 miliki 34kg minyak masak bersubsidi
Wanita itu didakwa dalam keadaan menimbulkan syak dan niat munasabah untuk melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Pelajar maut selepas didenda 'squat jump' 100 kali
Suspek bakal dikenakan hukuman penjara maksimun 15 tahun penjara.
Berkemampuan, disiplin tinggi pikat majikan gaji bekas banduan
Permintaan pekerja daripada golongan Orang Diparol dan Orang Bebas Berlesen di Melaka meningkat susulan kemampuan dan disiplin tinggi yang ditunjukkan mereka dalam pekerjaan.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
Ugut, khianat, cederakan kekasih: Penjual burger dihukum penjara enam bulan, denda RM1,000
Tertuduh turut diperintah menjalani hukuman penjara empat bulan jika gagal membayar denda.
Lelaki gagal rayuan, kekal dipenjara 10 tahun, dua sebatan kerana merompak
Seorang lelaki gagal dalam rayuan terakhirnya apabila Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan kerana melakukan rompakan berkumpulan.
Lelaki didakwa jalankan aktiviti pinjaman wang tanpa lesen
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menjalankan perniagaan memberikan pinjaman wang tanpa lesen, Isnin lepas.
Amang seksual: Guru tuisyen kena penjara enam tahun, tiga sebatan
Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang guru tuisyen dipenjara enam tahun dan disebat tiga kali kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, empat tahun lepas.