Pengampunan itu diberikan kepada 2,278 banduan yang menerima pengurangan hukuman penjara, manakala 182 banduan lain menerima pembatalan hukuman penjara atau denda, atau kedua-duanya, lapor Agensi Berita Xinhua.
Selain itu, 16 banduan yang dihukum kerana kesalahan ekstremisme dan keganasan turut menerima pengampunan selepas menamatkan program pemulihan.
The Throne Day yang disambut setiap tahun pada 30 Julai, memperingati ulang tahun pertabalan Raja Mohammed VI pada 1999.
Pengampunan diraja secara tradisinya diberikan semasa perayaan kebangsaan utama atau perayaan keagamaan, menekankan peranan raja dalam sistem keadilan dan usaha perdamaian masyarakat di negara itu.
-- BERNAMA