RABAT: Raja Maghribi Mohammed VI telah mengarahkan pelaksanaan operasi bantuan perubatan kemanusiaan untuk penduduk Palestin di Gaza, lapor agensi berita Maghreb Arabe Press (MAP) yang memetik Kementerian Luar Negeri, Kerjasama Afrika dan Ekspatriat Maghribi.
Bantuan itu terdiri daripada 40 tan produk perubatan, termasuk peralatan untuk merawat kecederaan luka terbakar serta kecemasan pembedahan dan traumatologi, serta ubat-ubatan penting untuk dewasa dan kanak-kanak, menurut kenyataan kementerian.
Raja telah bersetuju untuk menanggung sebahagian besar daripada bantuan itu daripada dana peribadi baginda.
Bantuan Maghribi akan dihantar melalui laluan darat yang sama digunakan untuk operasi bantuan makanan yang dilaksanakan atas arahan baginda semasa Ramadan lepas.
Operasi kemanusiaan berskala besar ini mencerminkan komitmen dan keprihatinan baginda terhadap perjuangan Palestin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024
![Raja Maghribi arah bantuan perubatan kemanusiaan untuk Gaza Raja Maghribi arah bantuan perubatan kemanusiaan untuk Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719315572_RajaMaghribiMohamm.jpg)
Operasi kemanusiaan berskala besar ini mencerminkan komitmen dan keprihatinan Mohammed VI (gambar) terhadap perjuangan Palestin.
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
Parti Buruh berada di depan berbanding Parti Konservatif
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tersebut boleh berubah jika berlaku peralihan undi atau 'swing vote' menjelang hari pengundian.
Blinken tepis dakwaan Biden tidak berupaya pimpin AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken kesal dengan kritikan yang dilemparkan terhadap prestasi Joe Biden di pentas debat perdana bertemu Donald Trump Jumaat lalu yang disifatkan sebagai tidak bermaya.
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
87 angka kematian direkodkan akibat dirempuh
Sekurang-kurangnya 87 mangsa meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di sebuah acara keagamaan di utara India, Uttar Pradesh pada Selasa.
Singapura 'sedia secara prinsip' iktiraf Palestin
Dr Vivian Balakrishnan berkata penyelesaian dua negara adalah 'satu-satunya jalan berdaya maju' untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap konflik, yang diperjuangkan oleh Singapura secara konsisten.
Kerajaan gesa rakyat Malaysia di Asia Barat daftar segera
Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau Asia Barat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif ke Malaysia 2-5 Julai
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), semasa lawatan tersebut, Sheikh Al-Azhar akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana.
![Raja Maghribi arah bantuan perubatan kemanusiaan untuk Gaza Raja Maghribi arah bantuan perubatan kemanusiaan untuk Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719315572_RajaMaghribiMohamm.jpg)
Raja Maghribi arah bantuan perubatan kemanusiaan untuk Gaza
Raja Maghribi Mohammed VI telah mengarahkan pelaksanaan operasi bantuan perubatan kemanusiaan untuk penduduk Palestin di Gaza.
![Raja Maghribi Mohammed VI arah bantuan kemanusiaan untuk Palestin Raja Maghribi Mohammed VI arah bantuan kemanusiaan untuk Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690690941_KingMohammedVI.jpg)
Raja Maghribi Mohammed VI arah bantuan kemanusiaan untuk Palestin
Raja Maghribi Mohammed VI mengarahkan penghantaran bantuan makanan kemanusiaan untuk penduduk Palestin di Gaza dan Kota Suci Baitulmaqdis.
![Raja Maghribi beri pengampunan kepada 2,052 banduan Raja Maghribi beri pengampunan kepada 2,052 banduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690690941_KingMohammedVI.jpg)
Raja Maghribi beri pengampunan kepada 2,052 banduan
Raja Maghribi Raja Mohammed VI berkenan memberikan pengampunan kepada 2,052 banduan sempena memperingati hari baginda menaiki takhta.