Seorang sarjan polis wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM18,500, dua minggu lepas.
Bagi pertuduhan pertama Rasyidah Onn, 26, didakwa cuba memperoleh suapan RM6,500; pertuduhan kedua didakwa bersetuju menerima suapan RM6,000; dan pertuduhan ketiga didakwa memperoleh suapan RM6,000 daripada individu sama iaitu Ahmad Firdaose Ramlan.
Tertuduh yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah dekat sini, didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan ke atas adik Ahmad Firdaose iaitu Ahmad Zainal Ramlan bersama tiga rakan lain kerana memiliki air ketum.
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut melalui panggilan telefon di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka di sini masing-masing pada 11.13 pagi dan 2.27 petang, 16 Mac lepas.
Bagi pertuduhan ketiga Rasyidah didakwa melakukan kesalahan itu di Pizza Hut Delivery, KM 15-1, Tingkat Bawah, Jalan Perniagaan Jelatang 1, Pusat Perniagaan Jelatang, Alor Gajah dekat sini pada 4.35 petang hari yang sama.
Bagi semua pertuduhan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.
Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membenarkan Rasyidah diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan dan menetapkan 27 April ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa SPRM Ong Cheng Hian manakala tertuduh diwakili peguam James S. Thanjong Tuan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2017
Bagi semua pertuduhan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama. Gambar hiasan
"Segala tindakan dipertimbangkan" untuk balas dendam terhadap Iran - Menteri Pertahanan Israel
Israel dakwa mempunyai keupayaan untuk menyerang sasaran yang dekat dan jauh serta telah membuktikannya.
"Kesakitan yang tidak tertanggung" dalam konflik Asia Barat, kata Palang Merah
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pada Ahad menyatakan bahawa terdapat "beban kesakitan yang tidak tertanggung" hampir setahun selepas konflik di Gaza.
MCM sasar kutipan RM1 juta kempen susu, air untuk Gaza
Zulkifli berkata, fokus bantuan pada kali ini ialah air bersih dan susu formula untuk bayi.
Keputusan tangguh perlawanan Perak FC-JDT berdasarkan manual liga - MFL
Giorgio Pompili Rossi memaklumkan keputusan penangguhan perlawanan di Stadium Perak, Ipoh itu berdasarkan Manual Liga Malaysia 2024-2025.
Sayap belia PBB boleh jadi calon pilihan raya jika tepati syarat - Abang Johari
Syaratnya, calon itu hendaklah mempunyai kebolehan dan diterima oleh semua pihak terutama sekali pengundi.
EPL: Man United kempunan lagi, seri berdepan Aston Villa
Skuad kendalian Unai Emery kerap melancarkan serangan berbahaya, namun ketangkasan penjaga gol, Andre Onana, menepis segala percubaan.
Santuni MADANI: Kampung Pertanian dipilih kampung angkat Dr Zaliha
Dr Zaliha pernah membuka klinik di kawasan Bandar Putra Kulai dengan kebanyakan pesakit adalah penduduk dari Kampung Pertanian.
7 maut dalam kebakaran di barat daya India
Semua mangsa yang maut adalah daripada keluarga yang sama.
Sidang Kemuncak ASEAN: Lebih 2,000 delegasi, media antarabangsa siap sedia untuk perbincangan penting di Laos
Persiapan sedang giat dilakukan ketika pihak berkuasa dari pelbagai sektor berusaha memastikan sambutan lancar bagi pemimpin dan delegasi dari 10 negara anggota ASEAN.
Pengundian bermula dalam Pilihan Raya Presiden Tunisia
Pengundian bermula pada pukul 8 pagi dan ditutup pada pukul 6 petang waktu di 5,013 pusat pengundian dan 9,669 stesen pengundian.
Pengasas Telegram, Pavel Durov tidak dibenar tinggalkan Perancis
Durov mesti kekal di Perancis dengan ikat jamin sebanyak AS$5.6 juta dan dikehendaki melaporkan diri ke balai polis Perancis dua kali seminggu.
Jenayah turun mendadak di Paris semasa Sukan Olimpik - Darmanin
Darmanin berkata kesan kehadiran pasukan keselamatan yang meningkat, terdapat penurunan besar dalam jumlah kesalahan jenayah minggu lepas.
Polis tahan dua lelaki disyaki pukul wanita, pandu secara berbahaya
Kedua-dua lelaki berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan sekitar Kajang pada 4 pagi tadi dan direman enam hari bagi membantu siasatan.
Langkah wajibkan pengendali media sosial mohon lesen tepat pada masanya - Pakar
Ia mampu memberikan timbal balik dalam pelaksanaan ekosistem penggunaan media sosial khususnya berkaitan isu membabitkan jenayah sivil.
Hukuman tegas perlu bendung serangan siber - Penganalisis
Penganalisis jenayah berpendapat perkara itu perlu diberi perhatian memandangkan jenayah siber di negara ini amat serius dan semakin rumit.
Kerajaan akan pastikan Internet, media sosial selamat untuk semua - Fahmi
Beliau berkata, aliran terkini menunjukkan jenayah tradisional telah mula berpindah ke alam maya termasuk media sosial.
Dalang penipuan jenayah talian boleh dikenakan tindakan di bawah RUU Kanun Keseksaan
RUU itu akan memastikan dalang yang terlibat dalam aktiviti penipuan dalam talian dikenakan tindakan di bawah peruntukan yang disediakan.
90,000 kamera CCTV dipasang di Kabul, Afghanistan
Kira-kira 90,000 kamera CCTV telah dipasang di kawasan sensitif, tempat sesak, dataran dan persimpangan jalan di Kabul.
Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.
Indonesia tahan buruan Thailand paling dikehendaki di Bali
Chaowalit mempunyai rekod jenayah termasuk sabitan atas cubaan membunuh dan pemilikan senjata api secara haram.