Sarawak yakin untuk mencapai sasaran 50 peratus amalan penyusuan susu ibu dalam kalangan ibu yang baru melahirkan anak berikutan usaha komprehensif kerajaan dan kerjasama kumpulan sokongan penyusuan susu ibu.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah berkata, setakat ini sasaran 30 peratus sudahpun berjaya dicapai, iaitu para ibu menyusukan bayi mereka untuk tempoh antara enam hingga 17 bulan.
Menurutnya, kesemua hospital kerajaan di negeri ini dan beberapa hospital swasta telah melaksanakan dasar rakan bayi yang membimbing serta memberi galakan kepada golongan ibu yang baharu bersalin.
"Pada masa kini terdapat 11 klinik rakan bayi di luar bandar dan 60 kumpulan sokongan wanita memain peranan masing-masing untuk membantu mencapai sasaran 50 peratus.
"Oleh itu dengan adanya dasar-dasar diperkenalkan kerajaan bagi menggalakkan penyusuan susu ibu kepada bayi, saya yakin sasaran itu bagi Sarawak akan tercapai," katanya ketika melancarkan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2016 di sebuah kompleks membeli-belah di sini pada Sabtu.
Selain itu katanya, Sarawak kini juga dalam usaha membiasakan amalan penyusuan susu di tempat-tempat awam yang sebelum ini menjadi stigma kepada masyarakat sebagai amalan kurang sopan.
"Masih ramai golongan ibu yang masih segan untuk menyusukan bayi mereka semasa berada di tempat awam dan terpaksa menunggu sehingga kembali ke rumah untuk menyusukan bayi," kata beliau.
Menurut beliau, kini sudah terdapat banyak peralatan sokongan seperti selimut dijual di pasaran yang boleh digunakan untuk para ibu menyusukan bayi mereka di tempat awam.
Beliau juga menasihati masyarakat supaya tidak menganggap amalan menyusukan bayi di tempat awam sebagai kurang sopan. - BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2016
Setakat ini sasaran 30 peratus sudahpun berjaya dicapai yang mana para ibu menyusukan bayi mereka untuk tempoh antara enam hingga 17 bulan. -Gambar fail
Kerajaan naik taraf fasiliti dengan kos RM4.3 juta
Kementerian Komunikasi berjaya menaik taraf fasiliti program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Pegawai ditahan tiada kaitan dengan Sarawak Media Group atau TVS
Sarawak Media Group/TVS dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan akan memberikan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, jika diperlukan.
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup dalam serbuan berasingan Op Tapis di pusat bandar ini dan di Tangkak, Johor, pada Jumaat.
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
[TERKINI] Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu
Tumpuan Ahad – 12 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
Pendedahan awal kepada bahasa isyarat pupuk empati dalam kanak-kanak - Fatimah
Ini adalah penting untuk memupuk empati, rasa hormat dan keterangkuman dalam kalangan kanak-kanak.
Para SUKMA: Jadikan kekurangan sebagai pemangkin raih kejayaan
Setiap atlet perlu diberikan dorongan serta semangat agar dapat memberikan persembahan terbaik.
Ibu Nabil Zamanhuri sahkan anak meninggal akibat serangan jantung
Ibu penyanyi Allahyarham Nabil Zafril Zamanhuri, Fatimah Abdullah mengesahkan kematian anaknya pada pagi tadi disebabkan serangan jantung, berdasarkan hasil siasatan post mortem hospital.
Sarawak terima 1,403 permohonan kewarganegaraan individu bawah 21 tahun
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak menerima 1,403 permohonan kewarganegaraan melibatkan kanak-kanak dan individu berusia 21 tahun ke bawah bagi tempoh 2018 hingga 2023.
Pemimpin Sarawak berduka atas kehilangan Tun Abdul Taib Mahmud
Sarawak telah kehilangan seorang lagi figura hebat dalam arena politik.
Miri venue Olimpik Khas Sarawak November depan
Fatimah berkata penubuhan Olimpik Khas Cabang Samarahan dan Bintulu dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Olimpik Khas Sarawak.
TTG atasi isu gelandangan di Bintulu siap tahun depan
TTG Bintulu itu satu daripada pusat bagi membantu gelandangan yang diwujudkan di bandar-bandar utama di Sarawak.
Pendekatan Sarawak perangi dadah raih anugerah, diiktiraf di peringkat antarabangsa
Usaha Sarawak dalam memerangi penyalahgunaan dadah telah mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Pengawasan Pengurangan Permintaan Dadah daripada ISSUP Global.
Sarawak aktifkan pangkalan hadapan hadapi musim kemarau
Sebelum ini, pangkalan hadapan di Sarawak hanya melibatkan bantuan bekalan makanan kering sewaktu musim banjir.
Sarawak setuju keluarkan dokumen sementara kepada individu tanpa kewarganegaraan
Kerajaan Sarawak bersetuju untuk mengeluarkan dokumen sementara kepada individu atau kanak-kanak tanpa kewarganegaraan berumur 21 tahun ke bawah yang lahir di negeri itu.