KUCHING: Kerajaan Sarawak bersedia memperuntukkan sejumlah dana dalam projek penanaman padi bagi memastikan pengeluaran beras dan keselamatan makanan di Malaysia terjamin.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata jumlah sebenar dana itu bagaimanapun masih belum dapat ditentukan memandangkan masih dalam proses perbincangan antara kementerian yang berkaitan.
"Saya berpeluang bertemu dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu semasa lawatan beliau ke Kuching, saya kemukakan mengenai pelan untuk pengeluaran beras dan padi dengan membandingkan kawasan Stumbin, Lingga dan Tanjung Bijat di Sri Aman dengan Kedah.
"Keluasan kawasan itu hampir sama dengan pelaburan melebihi RM1 bilion termasuk untuk pengairan dan saliran oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kedah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Serantau kali kedua mengenai Pemuliharaan Agrobiodiversiti dan Penggunaan Lestari (RAC2) 2024 di sini hari ini.
Beliau juga telah mencadangkan supaya pelaburan serupa dapat dilaksana di kawasan penanaman padi Sri Aman.
Abang Johari berkata perbincangan lanjut masih diteruskan antara Mohamad dan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berhubung cadangan berkenaan.
Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata Sarawak tidak menghadapi krisis bekalan beras apabila kawasan tanaman padi hibrid seluas 10,000 hektar dijangka mengeluarkan hasil dalam tempoh tiga tahun lagi.
Berdasarkan hasil kajian Universiti Putra Malaysia (UPM), kawasan penanaman padi di Gedong, Simunjan, Lundu, Banting dan Lingga mampu mengeluarkan beras sekali ganda lebih banyak berbanding jumlah yang diimport ketika ini.
Persidangan yang berlangsung selama tiga hari hingga Khamis itu melibatkan 185 peserta, membincangkan topik-topik berhubung pengurusan agrobiodiversiti dalam perubahan iklim; kawalan biologi dan kejuruteraan ekologi; penggunaan sumber agrobiodiverisiti dan alternatif; dan tanaman berpotensi untuk keselamatan makanan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2024

Abang Johari berkata jumlah sebenar dana itu bagaimanapun masih belum dapat ditentukan memandangkan masih dalam proses perbincangan antara kementerian yang berkaitan. - Gambar fail/Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

ASEAN perlu utama kepentingan serantau di sebalik perubahan geopolitik global - Tengku Zafrul
ASEAN perlu mengutamakan kepentingan kolektif blok itu berbanding hubungan mana-mana anggotanya dengan kuasa besar atau kumpulan alternatif lain.

Malaysia seru perpaduan ASEAN yang lebih utuh di sebalik peralihan dinamik kuasa global
ASEAN perlu terus memikirkan dinamik kuasa besar baharu di bawah "Trump 2.0" sambil kekal lantang dan berprinsip dalam isu geopolitik serta ekonomi.

Malaysia komited perkukuh kerjsama antarabangsa demi kesejahteraan bersama
Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa dalam merealisasikan pembangunan yang lebih adil, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan bersama.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Ketua Menteri Pulau Pinang ketuai misi penggalakan pelaburan ke Jepun
Chow Kon Yeow mengetuai misi penggalakan pelaburan Pulau Pinang ke Jepun dari 16-22 Feb untuk memperbaharui dan mengeratkan hubungan dengan ibu pejabat korporat pelabur Jepun di negeri itu.

Meta dilapor merancang pembangunan robot
Terkini, Meta dilaporkan sedang merancang untuk memasuki kategori baharu, iaitu pembangunan robot berbentuk manusia.

MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata KDNK Malaysia pada 2024 mengatasi sasaran, didorong oleh pelaburan dan eksport.

Malaysia, Mesir senada tolak usaha 'halau' rakyat Palestin dari bumi Gaza
Malaysia dan Mesir senada dalam pendirian menolak usaha "menghalau" rakyat Palestin keluar dari bumi Gaza.

Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus berbanding dolar US pada 2024 - BNM
Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus dolar US pada 2024, merupakan satu daripada beberapa mata wang di Asia yang meningkat berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS).