SIBU: Sarawak memerlukan lebih ramai jururawat untuk penjagaan akut, penjagaan khusus dan untuk penempatan di klinik-klinik kawasan pedalaman.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata pada masa ini nisbah perkhidmatan jururawat adalah 3.16 bagi setiap 1,000 penduduk berdasarkan populasi Sarawak seramai 2,907,500 orang pada 2020.
Katanya nisbah itu adalah jauh lebih kecil berbanding kebanyakan negara membangun iaitu lapan orang jururawat bagi 1,000 penduduk.
"Pada masa ini, 93.86 peratus atau 6,146 jawatan jururawat terlatih daripada 6,548 jawatan yang ditawarkan di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah diisi," katanya semasa perasmian Persidangan Kejururawatan Sarawak (SNC) 2023 di sini hari ini.
Melalui teks ucapan beliau yang dibacakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng, Dr Sim berkata hanya 1,874 jawatan jururawat masyarakat (JM) telah diisi daripada 2,875 kekosongan yang ada.
Dr Sim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak berkata jururawat di Sarawak juga menghadapi isu kekurangan jawatan kenaikan pangkat bagi jururawat kanan, dan apabila mendapat kenaikan pangkat mereka terpaksa berpisah dengan keluarga kerana perlu berpindah ke Semenanjung.
Sehubungan itu beliau berharap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbangkan jawatan yang lebih senior diwujudkan di Sarawak supaya jururawat-jururawat itu dapat tinggal di kampung halaman dan berkhidmat di negeri berkenaan.
Isu penting yang lain ialah kekurangan jururawat di kawasan luar bandar berikutan pengambilan dan latihan JM dihentikan sejak 2015 serta penangguhan penaiktarafan jawatan JM kepada jururawat terlatih.
"JM yang telah mengikuti latihan menjadi jururawat terlatih lebih dua tahun yang lalu belum dilantik ke jawatan tersebut," katanya.
Persidangan yang bertemakan "Memupuk Paradigma Penjagaan Holistik" anjuran Sarawak Nursing Professional Association (SNPA) Cawangan Sibu dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu telah disertai seramai 432 peserta.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 10 2023

Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata pada masa ini nisbah perkhidmatan jururawat adalah 3.16 bagi setiap 1,000 penduduk berdasarkan populasi Sarawak seramai 2,907,500 orang pada 2020. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![[KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan [KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739890036_borneo.jpg)
[KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan
Belanjawan 2025 yang diumumkan pada Oktober tahun lalu membawa berita yang amat signifikan, terutamanya buat dua negeri di Kepulauan Borneo, Sabah dan Sarawak.

Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi.

Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak
Dua lelaki ditahan bersama 18.97 kilogram dadah dalam dua tangkapan berasingan di KLIA Terminal 2.

Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus catat trend penurunan
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus menunjukkan trend penurunan, dengan 2,039 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi berbanding 2,483 mangsa petang tadi.

TUDM hantar 4.3 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar kira-kira 4.3 tan bekalan makanan daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk mangsa banjir di Sarawak.

Jumlah mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terus mencatatkan pengurangan manakala mangsa di Sabah kekal setakat petang ini.

Sarawak beri lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun kepada Zecon
Kerajaan Sarawak telah meluluskan permohonan lesen kepada Zecon Bhd untuk menjana tenaga solar di bawah Ordinan Elektrik Sarawak bagi membekalkan elektrik ke Taman Teknologi Hijau Kota Petra (KPGTP).