KUALA LUMPUR: Banyak inisiatif pembangunan yang dijanjikan oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) menerusi manifesto yang dikeluarkan pada Rabu adalah sesuatu yang dapat disaksikan sendiri kemajuannya.
Malah, menurut Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Jeniri Amir, ada beberapa pembangunan seperti pembinaan lebuh raya dan jambatan telah pun ditunaikan sebelum ini.
“Sebelum GPS kemukakan tekad dan janji-janjinya, saya perhatikan GPS telah mengemukakan rekodnya. ataupun seperti kad laporan sekolah.
“Jadi berdasarkan apa yang telah dikemukakan itu, janji-janji yang telah dikemukakan sejak lima tahun lalu sebenarnya telah ditunaikan ataupun dalam proses untuk ditunaikan.
“Sebagai contoh jambatan dan jalan raya, tidak mungkin ia dapat dibina atau siap dalam tempoh satu atau dua tahun.
"Melihat kepada pembinaan jambatan yang mereka telah janjikan itu, sebenarnya dalam proses atau dalam proses kemajuan,” ujarnya ketika ditemu bual Astro AWANI semalam.
BACA: PRN Sarawak: 34 Manifesto GPS perjuang hak Sarawak. Ini yang perlu anda tahu
BACA: PRN Sarawak: Terus sokong GPS, 34 manifesto demi rakyat dan negeri - Abang Jo
Katanya, jika ingin dibandingkan dengan manifesto parti-parti lain, ia lebih kepada janji kosong dan tiada kemajuan dalam mencapai perjanjian.
“Berbanding dengan manifesto Pakatan Harapan, semua rakyat Malaysia sudah tahu bahawa untuk Sarawak terdapat lebih 30 janji, antarannya janji untuk menaikkan royalti minyak kepada 20 peratus.
“Dan janji untuk kembalikan hasil cukai kepada 50 peratus. Tetapi semua janji itu tidak ditunaikan, malah apa yang saya perhatikan, 22 bulan mereka perintah banyak projek yang telah dijanjikan telah dibatalkan,” tambah Jeniri lagi.
Terdahulu, parti GPS melancarkan 33 manifesto gabungan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) kali ini.
Dengan tekad memajukan Sarawak Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan terus melaksanakan lebih banyak inisiatif bagi meningkatkan kemajuan, kemakmuran, kesejahteraan dan kegemilangan demi rakyat negeri ini.
Astro Awani
Wed Dec 08 2021
Jeniri berkata, manifesto parti-parti lain lebih kepada janji kosong dan tiada kemajuan dalam mencapai perjanjian. - Gambar fail
Jabatan Imigresen perkenal pas khas digital eSP mulai Januari 2025
Jabatan Imigresen akan memperkenalkan pas khas dalam talian (eSP) bermula Januari 2025.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir takziah kepada keluarga Ahmad Nawab
Sultan Pahang Al-Sultan dan Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda muzik negara, Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.
Tiga pengawal keselamatan dihadap ke mahkamah kes curi RM200,000
Tiga pengawal sebuah syarikat kawalan keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar atas tuduhan mencuri wang tunai RM200,000.
AWANI Ringkas: SPM 2024 bermula 2 Disember hingga 6 Februari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini - FAM
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 bermula hari ini.
KDN hormati keputusan mahkamah kembalikan 172 jam tangan 'Pride Collection'
KDN menghormati keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan 172 jam tangan 'Pride Collection' yang dirampas tahun lepas, dikembalikan semula.
Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa esok
Seorang lelaki yang dipercayai memukul ibu kandungnya hingga maut sebelum menyumbat mayat mangsa ke dalam peti sejuk beku akan didakwa di mahkamah esok.
Tiga sekeluarga maut kemalangan babit dua kenderaan
Tiga beranak maut seorang lagi parah apabila kereta dinaiki mereka terlibat dengan kemalangan sebuah kereta pacuan empat roda di Bandar Permaisuri.
Kenyataan Menteri MOTAC bakar isu 3R di dalam dan luar negara - Mas Ermieyati
Jelas Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, dia terkejut kenyataan Menteri Pelancongan yang mendakwa tindakan DBKL terhadap golongan peniaga pamer papan tanda bahasa kebangsan akan mempengaruhi keputusan pelancong melawat Malaysia. #SisiTVParlimen
PRN: PN Pulau Pinang umum manifesto dengan 33 tawaran
Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang melancarkan manifesto dengan lapan teras dan 33 tawaran untuk rakyat negeri itu.
PN Kelantan perkenal 18 manifesto
Ahmad berkata, manifesto berkenaan akan dikenali sebagai program kerana dianggap sesuai dengan perubahan masa.
PRU15: Bersih puji manifesto pro-demokrasi empat gabungan politik
Manifesto itu melibatkan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA).
PRU15: Tawaran manifesto perlu masuk dalam Perlembagaan, elak janji kosong
Ini bagi memastikan manifesto yang ditawarkan untuk meraih sokongan rakyat tidak hanya tinggal sebagai janji kosong semata-mata.
PRU15: Perancangan Amal dan Usaha (PADU) manifesto BN
PADU mempunyai 99 amal dan usaha BN yang akan menjadi panduan dalam mengemudi tanah air menjadi negara berkemajuan.
PRU15: BN tawar skim bantuan khas dalam manifesto - Zahid Hamidi
Kerajaan akan mengkreditkan bantuan secara automatik kepada semua isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,208.
PRU15: Manifesto BN Perak dilancar esok
Manifesto itu dirangka selepas mengambil kira semua faktor, khususnya berhubung dengan masa depan rakyat.
PRU15: Pengundi muda, manifesto seimbang main peranan - Penganalisis
Corak pengundian anak muda akan berdasarkan dua faktor iaitu keinginan keluar mengundi dan faktor sosiologi.
41 peratus golongan belia belum bersedia tentukan parti mana untuk diundi pada PRU15 - Kaji selidik
Tinjauan Manifesto Aspirasi Belia mendapati terdapat saingan sengit empat penjuru antara parti BN, PN, MUDA dan Pakatan Harapan pada PRU15.
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.