Kerajaan negeri Sarawak telah mengenakan larangan pengimportan babi dan semua produk babi dari negara-negara dijangkiti virus deman babi Afrika (ASF) termasuk produk babi dalam tin dari China sehingga dimaklumkan kelak.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) berkata larangan tersebut susulan virus ASF dikesan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada salah satu daripada 17 sampel 'luncheon' babi dalam tin diimport dari China.
"Virus berkenaan yang dikesan telah disahkan oleh Kesihatan Awam Veternari di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor, semasa ujian makmal menggunakan Real Time Polymerase Chain Reaction (q-PCR) pada Jumaat lalu," kata JPVS dalam kenyataan pada Ahad.
Bagaimanapun, jabatan itu memberi jaminan bahawa setakat ini, tidak ada jangkitan virus ASF dilaporkan ke atas babi di negeri ini dan pengesanan virus itu tidak mengubah status Sarawak sebagai negeri bebas ASF.
"JPVS serta agensi berkaitan akan melakukan pemeriksaan di semua pasar raya dan produk yang dijangkiti ASF akan ditarik balik dari pasaran.
"Produk-produk yang masih dalam penghantaran perlu menjalani mekanisme 'hold-test-release' bagi memastikan produk berkenaan bebas dicemari virus ASF.
" Setakat ini, jabatan telah menahan 220 kilogram produk haiwan yang dibawa oleh pelawat yang datang ke negeri ini melalui semua pintu masuk," menurut kenyataan tersebut.
Menurut JPVS, kompaun telah dikeluarkan terhadap pelanggaran syarat import-eksport dengan pelbagai kesalahan di bawah Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 di pelabuhan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 27 2019
Sarawak mengenakan larangan pengimportan babi dan semua produk babi dari negara-negara dijangkiti virus deman babi Afrika (ASF) termasuk produk babi dalam tin dari China. -Gambar hiasan
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pampasan kepada penternak babi dijangkiti ASF akan dimuktamadkan
Pampasan kepada penternak terjejas akibat penularan African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika akan dimuktamadkan pada peringkat Kementerian kewangan dalam masa terdekat
30 ladang babi di Pulau Pinang dijangkiti ASF
Sebanyak 30 ladang babi komersial di Pulau Pinang dijangkiti penyakit African Swine Fever (ASF) sejak awal Januari lepas.
Demam Babi Afrika merebak ke daerah Barat Daya Pulau Pinang, 62,197 babi dijangkiti
Penyakit African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika kini telah merebak ke daerah Barat Daya Pulau Pinang, menyebabkan tiga lagi ladang ternakan babi ditutup.
23 ladang ternak babi dijangkiti ASF
Ia membabitkan 53,275 ekor babi yang terdapat di ladang tersebut.
ASF: Lapor segera jika jumpa babi mati - JPVNS
Seekor babi hutan jantan dewasa yang mati dan positif ASF ditemukan di Ladang Sengkang, Pasir Panjang, Port Dickson, pada 3 Januari lalu.
ASF: 5 ladang ternakan babi di Perak ditutup
Sebanyak lima ladang ternakan babi yang dijangkiti Demam Babi Afrika (ASF) di Perak ditutup bagi kerja-kerja memusnahkan ternakan untuk mengurangkan risiko penyebaran wabak berkenaan.
Empat kes demam babi Afrika di Perak sejak Disember
Perak melaporkan empat kes penyakit demam babi Afrika (ASF) melibatkan dua daerah dari Disember hingga awal tahun ini.
1,500 ekor babi dimusnahkan bendung penularan ASF
Semua babi yang dimusnahkan itu membabitkan ladang pertama yang dikesan terdapat kes jangkitan ASF.
Kes baharu ASF di sebuah lagi ladang ternakan babi di Valdor
Ia menjadikan dua kes terkumpul positif ASF membabitkan dua ladang ternakan babi di negeri itu, setakat ini.
Penyakit ASF dikesan di ladang di Sungai Bakap
Penyakit demam babi Afrika atau 'African Swine Fever' (ASF) dikesan menjangkiti babi di sebuah ladang babi di Sungai Bakap di Seberang Perai Selatan.