Berkuat kuasa hari ini, sesiapa yang tiba dari Singapura ke Sarawak akan dikehendaki menjalani kuarantin sendiri selama 14 hari, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Beliau berkata keputusan tersebut dibuat berdasarkan perkembangan di Singapura yang menyaksikan Kedudukan Sistem Tindak Balas Perebakan Penyakit (DORSCON) republik itu telah mengeluarkan amaran tahap Jingga berhubung penularan jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).
"Menurut DORSCON, tahap itu (Jingga) adalah adalah amaran kedua tertinggi, yang menunjukkan bahawa penyakit tersebut adalah teruk dan mudah merebak daripada orang-ke-orang namun ia tidak merebak secara meluas di Singapura dan sedang dibendung," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu hari ini.
Uggah, yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata kejadian kluster 2019-nCoV di Singapura yang berlaku di sebuah gereja, kedai produk kesihatan dan hotel selepas satu persidangan antarabangsa, amat merisaukan Sarawak.
"Mangsa meliputi mereka yang pergi ke gereja hinggalah pemandu teksi, pemandu kereta sewa persendirian, pemandu pelancong dan seorang guru. Mereka tidak pergi ke China namun terjejas di semua lokasi ini," katanya.
BACA: Koronavirus: 22 kontak rapat dikesan babitkan kes ke-18
Uggah berkata jawatankuasa itu akan melibatkan pelbagai badan yang mewakili gereja, kuil, masjid, Unit Agama-Agama lain, persatuan teksi, persatuan pengusaha hotel, persatuan bas jarak jauh dan lain-lain untuk mendapatkan sokongan mereka dalam usaha memerangi jangkitan itu, terutama dalam mencegah penularannya.
Mengulas perkembangan terkini penyakit itu di Sarawak, beliau berkata antara 10 Jan hingga semalam, terdapat sejumlah 60 kes Pesakit Dalam Siasatan (PUI).
"Kami mempunyai 43 kes negatif dan 17 lagi sedang menunggu ujian makmal manakala 15 daripada 43 kes ini membabitkan rakyat Malaysia yang dicatat di Hospital Umum Sarawak, lapan di Hospital Sibu, tujuh di Miri dan empat di Bintulu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 10 2020

Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kejadian kluster 2019-nCoV di Singapura yang berlaku di sebuah gereja, kedai produk kesihatan dan hotel selepas satu persidangan antarabangsa, amat merisaukan Sarawak. - Gambar fail/BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

COVID-19: Singapura turunkan tahap DORSCON kepada Kuning mulai 26 April
Singapura akan menukar tahap Sistem Tindak Balas Wabak Penyakit (DORSCON) daripada Jingga kepada Kuning mulai 26 April.

COVID-19: Sembilan kes baharu di Singapura, dua dikaitkan perhimpunan masjid di Malaysia
Kedua-dua lelaki warga Singapura itu disahkan dijangkiti COVID-19 pagi Khamis dan ditempatkan di bilik isolasi Pusat Kebangsaan Penyakit Berjangkit di sini.

COVID-19: Lee beri jaminan Singapura tidak akan naikkan amaran DORSCON ke tahap Merah
Republik itu telah menaikkan tahap amaran DORSCON kepada "Jingga" daripada "Kuning" pada 7 Feb.

Sarawak kuat kuasa kuarantin 14 hari untuk pelancong dari Singapura
Berkuat kuasa hari ini, sesiapa yang tiba dari Singapura ke Sarawak akan dikehendaki menjalani kuarantin sendiri selama 14 hari.

Singapura siap siaga, DORSCON tanda warna, koronavirus jingga
Tak ubah menghadapi perang, Singapura bersiap siaga ukur tahap persediaan menghadapi penularan koronavirus dianggap musuh semasa.

Singapura beri jaminan kepada rakyatnya, bekalan makanan cukup
Singapura pada Jumaat mengesahkan tiga kes tambahan jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di negara itu, menjadikan kes keseluruhannya kini berjumlah 33.