Kerajaan Singapura memberi jaminan kepada seluruh rakyatnya bahawa bekalan makanan negara itu adalah mencukupi, tidak perlu untuk berebut-rebut membeli bekalan seperti beras dan mee segera.
"Rantaian bekalan kita bagi barang-barang penting kekal utuh, tidak ada risiko kekurangan bahan makanan penting atau barang keperluan isi rumah," menurut Menteri Perdagangan dan Industri Singapura Chan Chun Sing di laman Facebook beliau.
"Kita juga ada simpanan barang-barang keperluan nasional," katanya dan menambah kementeriannya juga sentiasa mempunyai berhubung rapat dengan pekilang.
Katanya beliau sedar terdapat banyak laporan mengenai orang ramai yang membeli barang makanan serta barang keperluan isi rumah di pasar raya.
"Ini mengakibatkan wujudnya gambar rak-rak makanan yang kosong di pasar raya kita yang berlegar di media sosial. Saya sedar orang ramai bimbang selepas pengumuman tengah hari tadi bahawa kita telah meningkatkan DORSCON (Keadaan Sistem Respons Wabak Penyakit) ke peringkat oren,"menurutnya.
"Kita buat demikian kerana pawa waktu ini sudah ada beberapa kes tempatan, tiada kaitan dengan kes-kes sebelum ini atau sejarah perjalanan ke China," menurutnya.
".... ini adalah senario yang kita sudah jangka dan kita buat persediaan, dan kita akan laksanakan langkah-langkah tambahan bagi meminimumkan risiko jangkitan seterusnya," katanya.
Singapura pada Jumaat mengesahkan tiga kes tambahan jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di negara itu, menjadikan kes keseluruhannya kini berjumlah 33.
Singapura turut meningkatkan penilaian risikonya dari DORSCON kuning kepada oren, memandangkan ketika ini sudah ada beberapa kes jangkitan tempatan tanpa kaitan dengan kes-kes terdahulu atar sejarah perjalanan ke China.
DORSCON merupakan kerangka kerja ditanda dengan kod warna bagi menunjukkan keadaan semasa penyakit, di samping menetapkan apa yang perlu dilakukan bagi mengelak dan mengurangkan impak jangkitan.
Di antara kes-kes yang sudah disahkan, dua telah dibenarkan keluar hospital, manakala dua lagi dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 07 2020

Singapura turut meningkatkan penilaian risikonya dari DORSCON kuning kepada oren, memandangkan ketika ini sudah ada beberapa kes jangkitan tempatan. - Gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus.

China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.

Malaysia sudah sedia pimpin ASEAN dengan jelas dan yakin - PM Anwar
Anwar berkata kepimpinan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata dan menggesa perniagaan, ahli akademik, usahawan, masyarakat sivil turut berperanan.

China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.

China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.

Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.

China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.

Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.