Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini menggariskan beberapa prosedur operasi standard (SOP) baharu melibatkan golongan berisiko dalam mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.
Kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat itu menyebut, kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak digalakkan memasuki kawasan pasar malam.
SOP baharu itu juga menetapkan pelanggan berusia 12 tahun ke bawah dan 60 tahun ke atas tidak digalakkan memasuki dewan tayangan khusus bagi sektor industri kreatif.
Antara lain menerusi kenyataan sama, Sarawak hari ini tidak merekodkan pertambahan kes positif baharu menjadikan jumlah kes positif kekal 699 kes setakat ini.
“Dimaklumkan terdapat lima kes dilaporkan pulih dan discaj melibatkan empat kes di Hospital Bintulu dan satu kes di Hospital Umum Sarawak (HUS).
“Ini menjadikan jumlah kes pulih dan discaj di negeri ini meningkat kepada 668 kes atau 95.57 peratus,” ujar kenyataan sama.
Setakat ini juga, 12 kes dilaporkan masih menerima rawatan di wad isolasi dengan tujuh kes di Hospital Bintulu, HUS (empat) dan Hospital Miri (satu).
Tujuh kes baharu individu dalam siasatan (PUI) turut dilaporkan dan tiada kes dilaporkan masih menunggu keputusan ujian makmal.
Sementara itu, Kluster Alam masih merupakan satu-satunya kluster COVID-19 yang aktif di negeri itu melibatkan lapan kes setakat ini.
Syafik Shukri Jalil
Fri Sep 04 2020
SOP baharu itu juga menetapkan pelanggan berusia 12 tahun ke bawah dan 60 tahun ke atas tidak digalakkan memasuki dewan tayangan khusus bagi sektor industri kreatif. Gambar/ Bernama
Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama
Presiden Jokowi dijadual bertemu rakan sejawatannya dari UAE pada 17 Julai.
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan
Kesemua mereka dakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook
Datuk Ramli Mohd Nor mendapati hantaran pemilik akaun itu sangat tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.
AWANI Ringkas: Pan-Gon letak jawatan | Ini pandangan peribadi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
Wanita warga asing, kanak-kanak OKU maut dalam kebakaran
Seorang wanita warga Filipina dan seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) maut dalam kebakaran melibatkan dua rumah teres di Fortune Park, Bintulu.
Polis berkas 15 individu curi kabel TM di Bintulu
Modus operandi kumpulan ini ialah dengan memotong kabel yang terdedah di tepi jalan, kemudian memasuki terowong tempat penyambungan kabel.
Jambatan Bintulu-Jepak lancarkan pergerakan ke pusat bandar
Penduduk Kampung Jepak berkata kesesakan lalu lintas amat ketara terutama pada waktu pagi dan petang.
Rumah Raymond Plen punya sejarah tersendiri, Al-Sultan Abdullah Agong pertama berangkat
Rumah Raymond Plen yang terletak di Sebauh memiliki sejarah tersendiri apabila rumah panjang kaum Iban itu pernah dikunjungi oleh dua Perdana Menteri sebelum ini.
Sebuah lagi Muzium Budaya Borneo akan dibina di Bintulu - Abang Johari
Abang Johari berkata bahagian Bintulu mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang perlu dikongsikan kepada umum.
Bintulu terima pelaburan lebih RM44 bilion menjelang 2023 - Awang Tengah
Sarawak Shell Bhd dan PTTEP HK Ltd Thailand dijangka menyuntik pelaburan berjumlah AS$10.0 bilion (RM44.1 bilion) untuk mengkomersialkan gas masam di kawasan luar pesisir Sarawak.
Orang ramai selamatkan dua lelaki dari rentung
Dua jentera diatur gerak ke lokasi, dengan kekuatan 21 pegawai dan anggota dari Balai Bintulu dan Balai Kidurong.
Petronas umum penemuan gas di perairan Bintulu, Sarawak
Telaga cari gali Cengkih-1 di Blok SK 320 terletak di Wilayah Luconia Tengah, kira-kira 220 kilometer dari perairan Bintulu.
Shell, Petronas Carigali bangun projek gas di luar pantai Bintulu
Kawasan Rosmari-Marjoram akan dikuasakan oleh tenaga boleh diperbaharui, menggunakan tenaga solar untuk platform luar pesisir.
Guru 'hilang' selepas dipercayai rogol dua pelajar
Usaha mengesan seorang guru berusia 33 tahun masih giat dijalankan bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dua pelajar sekolah menengah Sebauh, Tatau di Bintulu.