SERIAN: Kerajaan Sarawak akan berbincang dengan Indonesia bagi memulakan penerbangan terus dari Kuching ke Pontianak.
Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin berkata pihaknya akan memulakan perbincangan tersebut dengan pihak Konsulat Jeneral Indonesia di Kuching tidak lama lagi.
"Saya juga difahamkan bahawa syarikat penerbangan AirAsia sudah memohon untuk memulakan penerbangan bagi Kuching ke Pontianak.
"Jadi kita harap perkara ini dapat direalisasikan segera agar sektor pengangkutan kita dapat kembali seperti sebelum pandemik COVID-19," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan semula operasi bas ekspres antara Kuching dan Pontianak di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini pada Khamis.
Sementara itu, Lee mengingatkan pemandu bas ekspres bagi perjalanan Kuching-Pontianak-Kuching supaya tidak mengambil penumpang di pertengahan jalan bagi mengelak kemasukan pendatang tanpa izin dan aktiviti penyeludupan dadah.
"Pegawai penguat kuasa juga telah diingatkan melakukan pemeriksaan yang kerap agar tiada pengambilan penumpang secara tiba-tiba, secara haram dan tiada aktiviti berkaitan dadah," katanya.
Lee berkata sebagai permulaan, kekerapan perkhidmatan bas ekspres Kuching-Pontianak dan Pontianak Kuching adalah lima kali seminggu.
"Tempoh percubaan ini adalah selama sebulan yang bermula hari ini hingga 30 Sept, jika mendapat sambutan kita (kementerian) akan menambah perkhidmatan bas memandangkan ada syarikat lain turut membuat permohonan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 01 2022

Lee Kim Shin (foto) berkata pihaknya akan memulakan perbincangan tersebut dengan pihak Konsulat Jeneral Indonesia di Kuching tidak lama lagi. - Foto fail/BERNAMA
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Pelan Induk Pengangkutan Sarawak mampu penuhi keperluan negeri
Pelan Induk Pengangkutan Bersepadu Sarawak 2025-2040 akan menjadi inisiatif untuk mewujudkan rangka kerja komprehensif.

Sarawak rancang adakan kempen peraturan penggunaan dron - Lee
Ia akan melibatkan kerjasama dengan PBT, pemimpin masyarakat dan saluran media untuk menyebarkan maklumat mengenai peraturan penggunaan dron.

Pemancing udang jumpa mayat terapung di sungai
BBP Lutong menerima panggilan daripada Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin yang memaklumkan tentang penemuan mayat itu.

AirAsia belum jawab cadangan balas Kementerian Pengangkutan Sarawak - Lee
Ia berhubung keputusannya untuk menggantung operasi laluan Singapura-Miri dan Singapura-Sibu berkuat kuasa 21 Feb tahun depan.

Pasukan petugas khas akan ditubuh pastikan pengambilalihan lancar MASWings
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak bersetuju untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi memastikan kelancaran proses pengambilalihan MASWings.

Sarawak bincang penerbangan terus Kuching-Pontianak dengan Indonesia
Lee Kim Shin berkata pihaknya akan memulakan perbincangan tersebut dengan pihak Konsulat Jeneral Indonesia di Kuching tidak lama lagi.

Tahun Baharu Cina: Syarikat penerbangan perlu mohon penerbangan tambahan ke Sarawak
Permohonan boleh dibuat kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri untuk pertimbangan.

Kekerapan penerbangan ke Sarawak ditingkatkan bermula 1 Okt
Berkuat kuasa 1 Okt, kekerapan penerbangan ke Sarawak akan ditingkatkan secara beransur daripada 22 penerbangan seminggu kepada 87 penerbangan seminggu.

COVID-19: Jangan bawa anak kecil ke pusat beli belah - Kim Shin
Ibu bapa tidak digalakkan membawa kanak-kanak ke pusat beli belah demi memastikan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 sentiasa dipatuhi.

Program Vaksinasi COVID-19 di Miri bermula hari ini
Program melibatkan enam Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu Hospital Miri, Hospital Marudi, Dewan Eastwood, Dewan Dato Permaisuri, Dewan Masyarakat Bekenu, dan Dewan Suarah Marudi.