KUCHING: Berkuat kuasa 1 Okt, kekerapan penerbangan ke Sarawak akan ditingkatkan secara beransur daripada 22 penerbangan seminggu kepada 87 penerbangan seminggu, kata Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin.
Beliau berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak membuat keputusan itu dalam mesyuarat minggu lepas, dan ia melibatkan penerbangan dari Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Baharu, Labuan dan Singapura, ke beberapa destinasi seperti Kuching, Sibu, Bintulu, Miri dan Limbang.
"Keputusan dibuat selepas mengambil kira pembukaan sektor pelancongan negeri secara beransur, tambang penerbangan yang tinggi, permintaan orang ramai untuk kelonggaran sekatan perjalanan, dan pengenalan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang menyaksikan kuarantin dikecualikan kepada penumpang yang lengkap vaksinasi dari dalam negara," katanya.
Beliau berkata kementeriannya akan mengadakan mesyuarat dengan semua syarikat penerbangan dan pihak berkuasa penerbangan, pejabat residen bahagian, dan Kementerian Pengangkutan untuk mengkaji perincian serta pelaksanaan lancar jadual penerbangan baharu.
"Dengan penambahan kekerapan penerbangan ke Sarawak, kita jangka jumlah penumpang dan pergerakan orang ramai dalam Sarawak akan meningkat bermula bulan hadapan. Saya ingin mengingatkan semua penumpang supaya mematuhi dengan rapi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan dan JPBN bagi menyekat penularan COVID-19 dalam negeri ini," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 28 2021

Berkuat kuasa 1 Okt, kekerapan penerbangan ke Sarawak akan ditingkatkan secara beransur daripada 22 penerbangan seminggu kepada 87 penerbangan seminggu. - Gambar fail
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

AirAsia X rekod faktor muatan penumpang 80 peratus pada suku ketiga 2023
AirAsia X Bhd telah mencapai faktor muatan penumpang (PLF) yang kukuh sebanyak 80 peratus.

Kekerapan penerbangan domestik ditambah sempena Aidilfitiri - Anthony Loke
Kekerapan penerbangan domestik sempena perayaan Aidilfitri ditambah termasuk laluan ke Sabah dan Sarawak.

Turkish Airlines tambah penerbangan mingguan Istanbul-KL pada pertengahan Ogos
Turkish Airlines akan meningkatkan kekerapan penerbangan antara Istanbul dan Kuala Lumpur kepada 14 kali seminggu pada pertengahan Ogos, berbanding 10 kali seminggu pada masa ini.

Malaysia-China setuju tingkat kekerapan penerbangan
Kuala Lumpur dan Beijing akan menyediakan ruang yang secukupnya untuk peningkatan penerbangan kelak.

MASwings tambah jumlah penerbangan sempena sambutan Hari Gawai
Syarikat penerbangan MASwings akan menambah satu penerbangan setiap hari melibatkan perjalanan Kuching-Miri dan Kuching-Limbang berkuat kuasa dari 27 Mei hingga 7 Jun depan.

Malaysia Airlines tingkatkan penerbangan tambahan ke Sabah, Sarawak semasa Hari Raya
Dengan kekerapan tambahan lebih 7,000 tempat duduk disediakan, tambang akan diselaraskan secara dinamik ke bawah.

AirAsia tambah penerbangan 319 seminggu ke Sarawak mulai 14 Februari
AirAsia tambah penerbangan 319 seminggu ke Sarawak mulai 14 Februari 2022 | Dagang News

Harga tiket penerbangan Sabah, Sarawak akan kembali ke paras purata - Ka Siong
Perkara itu perlu disokong menerusi peningkatan keyakinan penumpang untuk terbang ketika fasa endemik.

Kekerapan penerbangan ke Sarawak ditingkatkan bermula 1 Okt
Berkuat kuasa 1 Okt, kekerapan penerbangan ke Sarawak akan ditingkatkan secara beransur daripada 22 penerbangan seminggu kepada 87 penerbangan seminggu.