KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd telah mencapai faktor muatan penumpang (PLF) yang kukuh sebanyak 80 peratus, meningkat tujuh mata peratusan dari tahun ke tahun walaupun kapasitinya telah melonjak lebih sembilan kali dari tahun ke tahun kepada 1.01 juta tempat duduk pada suku ketiga 2023.
AirAsia X berkata, prestasi tersebut telah didorong oleh peningkatan 10 kali ganda dari tahun ke tahun dalam bilangan penumpang selepas ia membawa lebih 807,000 penumpang pada suku ketiga 2023 berbanding hampir 80,500 penumpang yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
"Tempat duduk yang tersedia bagi setiap kilometer (ASK) menokok hampir 12 kali lebih tinggi dari tahun ke tahun pada 4.4 bilion, disokong oleh kenaikan dalam kapasiti tempat duduk dan pemulihan berterusan rangkaian penerbangan syarikat.
"Kapasiti tempat duduk AirAsia X meningkat sebanyak 24 peratus dari suku ke suku manakala kapasiti ASK naik 26 peratus apabila bilangan pesawat yang boleh diservis bertambah sebanyak tiga pesawat dari suku ke suku pada suku ketiga 2023," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Syarikat penerbangan itu berkata semasa suku ketiga 2023, AirAsia X Malaysia melancarkan laluan kedua ke India dengan penerbangan ke Amritsar (empat kali seminggu) dan laluan keempat di China dengan penerbangan ke Chengdu (tiga kali seminggu), seterusnya, mengukuhkan komitmen syarikat berkenaan untuk kembali ke pasaran teras yang pernah menerima perkhidmatannya sebelum pandemik.
"Kekerapan penerbangan melonjak kepada 114 penerbangan seminggu menjelang akhir suku ketiga 2023 berbanding 23 penerbangan pada akhir tempoh yang sama tahun lalu. Kekerapan penerbangan menokok 19 peratus dari suku ke suku, dengan kekerapan penerbangan ke Shanghai dan Perth mula meningkat kepada penerbangan harian," katanya.
Sementara itu, syarikat penerbangan sekutunya, AirAsia X Thailand, membawa sejumlah 342,078 penumpang, dengan PLF yang sihat sebanyak 82 peratus bagi suku dalam tinjauan.
Pada suku ketiga 2023, kapasiti ASK AirAsia X Thailand melonjak enam kali lebih tinggi dari tahun ke tahun pada 1.8 bilion manakala kapasiti tempat duduk bertambah lima kali lebih tinggi dari tahun ke tahun pada 416,053 tempat duduk, katanya.
Selain itu, dari segi rangkaian, kekerapan penerbangan keseluruhan AirAsia X Thailand naik sebanyak 15 peratus dari suku ke suku, dengan kekerapan di laluan Shanghai menokok kepada enam kali seminggu semasa suku tersebut.
Saiz keseluruhan armada AirAsia X kekal pada 17 pesawat model A330 menjelang akhir September 2023, dengan 14 pesawat kini diaktifkan serta beroperasi, manakala jumlah saiz armada AirAsia X Thailand ialah lapan model A330, dengan enam pesawat diaktifkan dan beroperasi. - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2023

AirAsia X berkata prestasi tersebut telah didorong oleh peningkatan 10 kali ganda dari tahun ke tahun dalam bilangan penumpang selepas ia membawa lebih 807,000 penumpang pada suku ketiga 2023. - Gambar fail/Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.

AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.