KUCHING: Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak bersetuju untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi memastikan kelancaran proses pengambilalihan MASWings.
Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin berkata perkara ini dipersetujui semasa pertemuan beliau dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke di Putrajaya pada Jumaat.
Lee berkata tujuan utama pertemuan itu adalah untuk membincangkan mengenai penubuhan Sarawak Airline menerusi pengambilalihan MASWings.
"Delegasi Sarawak, yang terdiri daripada para pegawai mewakili kerajaan negeri Sarawak akan menyertai secara aktif dalam pasukan petugas khas itu.
"Juga diputuskan bahawa satu memorandum persefahaman (MoU) akan dimeterai untuk memulakan perbincangan seterusnya serta memudahkan pengambilalihan tersebut," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Pada 15 Jun lepas, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak bersetuju secara prinsipnya untuk mengambil alih MASWings, anak syarikat milik penuh Malaysia Airlines Bhd (MAB), yang akan dijenamakan semula sebagai sebuah syarikat penerbangan butik (perkhidmatan penerbangan unik dan berkualiti tinggi) oleh kerajaan negeri.
Abang Johari berkata MASWings, yang ketika ini hanya beroperasi di kawasan pedalaman Borneo, akan diberi nafas baru dengan penambahan destinasi penerbangan.
Pada 17 April, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju secara prinsipnya dengan cadangan kerajaan negeri Sarawak untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan butik.
Anwar berharap dengan penubuhan syarikat penerbangan itu akan dapat menurunkan harga tambang terutamanya antara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 01 2023

Pada 15 Jun lepas, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak bersetuju secara prinsipnya untuk mengambil alih MASWings, anak syarikat milik penuh Malaysia Airlines Bhd (MAB). - Gambar fail/BERNAMA
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Kerajaan Sarawak jalankan proses penilaian wajar terhadap MASWings
Kerajaan negeri Sarawak kini sedang menjalankan proses penilaian wajar terhadap MASWings Sdn Bhd sebagai persediaan untuk pengambilalihan.

Kerajaan pastikan visi Sarawak tubuhkan syarikat penerbangan sendiri direalisasi segera - Loke
Kerajaan Persekutuan akan memastikan proses pengambilalihan MASWings berjalan lancar agar visi Sarawak untuk menubuhkan syarikat penerbangan sendiri dapat direalisasikan segera.

Pasukan petugas khas akan ditubuh pastikan pengambilalihan lancar MASWings
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak bersetuju untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi memastikan kelancaran proses pengambilalihan MASWings.

MASWings tawar promosi tambang 'Jom Balik Undi' bagi pengundi Sabah, Sarawak
MASwings menawarkan promosi tambang menerusi kempen 'Jom Balik Undi' sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terutama bagi pengundi Sabah dan Sarawak.

Asap dalam kabin paksa pesawat MASWings patah balik ke Miri
Pesawat ATR milik MASwings membawa 25 penumpang dan empat kru petang ini terpaksa berpatah balik setelah asap keluar dari kabin pesawat.

AirAsia ambil alih laluan KK-Sibu dan KK-Bintulu mulai Januari 2019
Syarikat Penerbangan Tambang Rendah, AirAsia akan mengambil alih laluan Kota Kinabalu (KK)-Sibu dan KK-Bintulu dari MASwings Sdn Bhd bermula Januari 2019.

Sabah minta MASWings kaji semula keputusan henti penerbangan
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata keputusan itu merupakan satu perkara perlu dilihat secara serius disebabkan pengangkutan udara penting kepada sektor pelancongan di negeri ini.

Kontrak MASWings diperbaharui 7 tahun
Kerajaan akan memperbaharui kontrak MASWings untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan udara ke kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak untuk tujuh tahun lagi dari 2017.

Jerebu: Dua penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Tawau
Dua penerbangan keluar dan masuk di Lapangan Terbang Tawau dibatalkan akibat jarak ketampakan yang terhad berikutan jerebu pagi ini.