KUCHING: Kerajaan Persekutuan akan memastikan proses pengambilalihan MASWings berjalan lancar agar visi Sarawak untuk menubuhkan syarikat penerbangan sendiri dapat direalisasikan segera, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata perbincangan antara kerajaan negeri Sarawak dengan Khazanah Nasional Bhd berhubung pengambilalihan itu turut berlangsung dengan baik.
"Dengan adanya syarikat penerbangan itu nanti (di bawah kerajaan Sarawak), ia bukan sahaja akan tertumpu kepada perkhidmatan di luar bandar, tetapi syarikat itu boleh dikembangkan sebagai syarikat penerbangan serantau.
"Saya yakin syarikat penerbangan ini mampu berkembang maju kerana Sarawak mempunyai kewangan yang kukuh. Syarikat penerbangan memerlukan sumber kewangan untuk beroperasi dan Sarawak mempunyai modal yang besar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis memeterai memorandum persefahaman pengambilalihan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) antara kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan di sini hari ini.
RAS adalah perkhidmatan udara tidak ekonomik bagi memenuhi keperluan sosial penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial Kerajaan Persekutuan kepada penduduk luar bandar di kedua-dua negeri.
Kos penyediaan perkhidmatan RAS oleh syarikat operasi ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan dalam bentuk subsidi dan bayaran sewa pajakan pesawat.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Loke berkata RAS masih diuruskan oleh MASWings dan kementerian itu komited untuk meneruskan subsidi walaupun selepas Sarawak mengambil alih syarikat penerbangan itu.
"Subsidi yang diberikan kepada MASWings akan diteruskan. Subsidi itu berjumlah kira-kira RM210 juta setahun untuk Sabah dan Sarawak, dan akan diteruskan.
"Kami akan memeterai perjanjian baharu sebaik sahaja Sarawak mengambil alih MASWings. Perjanjian baharu akan dirundingkan dan kami akan meneruskan dengan perjanjian baharu untuk 2025 dan selanjutnya berikutan perjanjian semasa adalah sehingga akhir 2024," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023
![Kerajaan pastikan visi Sarawak tubuhkan syarikat penerbangan sendiri direalisasi segera - Loke Kerajaan pastikan visi Sarawak tubuhkan syarikat penerbangan sendiri direalisasi segera - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689867177_AnthonyLoke.jpg)
Loke berkata RAS masih diuruskan oleh MASWings dan kementerian itu komited untuk meneruskan subsidi walaupun selepas Sarawak mengambil alih syarikat penerbangan itu. - Gambar Bernama
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720347992_TBMaalHijrah.jpg)
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
![Kerajaan Sarawak jalankan proses penilaian wajar terhadap MASWings Kerajaan Sarawak jalankan proses penilaian wajar terhadap MASWings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700722379_MASwings.jpg)
Kerajaan Sarawak jalankan proses penilaian wajar terhadap MASWings
Kerajaan negeri Sarawak kini sedang menjalankan proses penilaian wajar terhadap MASWings Sdn Bhd sebagai persediaan untuk pengambilalihan.
![Kerajaan pastikan visi Sarawak tubuhkan syarikat penerbangan sendiri direalisasi segera - Loke Kerajaan pastikan visi Sarawak tubuhkan syarikat penerbangan sendiri direalisasi segera - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689867177_AnthonyLoke.jpg)
Kerajaan pastikan visi Sarawak tubuhkan syarikat penerbangan sendiri direalisasi segera - Loke
Kerajaan Persekutuan akan memastikan proses pengambilalihan MASWings berjalan lancar agar visi Sarawak untuk menubuhkan syarikat penerbangan sendiri dapat direalisasikan segera.
![Pasukan petugas khas akan ditubuh pastikan pengambilalihan lancar MASWings Pasukan petugas khas akan ditubuh pastikan pengambilalihan lancar MASWings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667306843_MASWINGS.jpg)
Pasukan petugas khas akan ditubuh pastikan pengambilalihan lancar MASWings
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak bersetuju untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi memastikan kelancaran proses pengambilalihan MASWings.
![MASWings tawar promosi tambang 'Jom Balik Undi' bagi pengundi Sabah, Sarawak MASWings tawar promosi tambang 'Jom Balik Undi' bagi pengundi Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667306843_MASWINGS.jpg)
MASWings tawar promosi tambang 'Jom Balik Undi' bagi pengundi Sabah, Sarawak
MASwings menawarkan promosi tambang menerusi kempen 'Jom Balik Undi' sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terutama bagi pengundi Sabah dan Sarawak.
![Asap dalam kabin paksa pesawat MASWings patah balik ke Miri Asap dalam kabin paksa pesawat MASWings patah balik ke Miri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51590932288_pesawatATRMASwing.jpg)
Asap dalam kabin paksa pesawat MASWings patah balik ke Miri
Pesawat ATR milik MASwings membawa 25 penumpang dan empat kru petang ini terpaksa berpatah balik setelah asap keluar dari kabin pesawat.
![AirAsia ambil alih laluan KK-Sibu dan KK-Bintulu mulai Januari 2019 AirAsia ambil alih laluan KK-Sibu dan KK-Bintulu mulai Januari 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61542797812_AIRASIA.jpg)
AirAsia ambil alih laluan KK-Sibu dan KK-Bintulu mulai Januari 2019
Syarikat Penerbangan Tambang Rendah, AirAsia akan mengambil alih laluan Kota Kinabalu (KK)-Sibu dan KK-Bintulu dari MASwings Sdn Bhd bermula Januari 2019.
![Sabah minta MASWings kaji semula keputusan henti penerbangan Sabah minta MASWings kaji semula keputusan henti penerbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61445741971_maswing.jpg)
Sabah minta MASWings kaji semula keputusan henti penerbangan
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata keputusan itu merupakan satu perkara perlu dilihat secara serius disebabkan pengangkutan udara penting kepada sektor pelancongan di negeri ini.
![Kontrak MASWings diperbaharui 7 tahun Kontrak MASWings diperbaharui 7 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61445741971_maswing.jpg)
Kontrak MASWings diperbaharui 7 tahun
Kerajaan akan memperbaharui kontrak MASWings untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan udara ke kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak untuk tujuh tahun lagi dari 2017.
![Jerebu: Dua penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Tawau Jerebu: Dua penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Tawau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81445160807_KliaJerebu.jpg)
Jerebu: Dua penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Tawau
Dua penerbangan keluar dan masuk di Lapangan Terbang Tawau dibatalkan akibat jarak ketampakan yang terhad berikutan jerebu pagi ini.