KUCHING: Sarawak menyediakan peruntukan RM30 juta bagi membantu pelajar dalam kalangan anak Sarawak yang berhadapan masalah untuk membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menjadikan ia satu-satunya negeri yang mengambil inisiatif sedemikian bagi membantu secara terus pelajarnya membayar pinjaman itu.
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kesulitan pelajar-pelajar ini didengar beliau sendiri sewaktu satu dialog bersama pelajar-pelajar Sarawak di Semenanjung Malaysia dalam Program Lan Berambeh Anak Sarawak di Kuala Lumpur pada Oktober 2019.
"Hasil dialog itu, saya memberi peruntukan dalam bajet yang lepas sebanyak RM30 juta untuk membantu mereka membayar hutang kepada PTPTN," katanya ketika berucap di Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Yayasan Sarawak dan PTPTN di pejabatnya di sini hari ini.
Di bawah memorandum itu, Yayasan Sarawak akan memanfaatkan peruntukan kerajaan negeri bagi menyediakan insentif kepada pelajar-pelajar Sarawak yang telah membayar balik sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pinjaman PTPTN, untuk menyelesaikan 30 peratus daripada baki pinjaman mereka itu.
Abang Johari berkata Yayasan Sarawak mempunyai mekanismenya sendiri dalam menguruskan pembayaran balik pinjaman oleh pelajar-pelajar ini yang diharap beliau akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi pelajar-pelajar berkenaan.
Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid semasa berucap di majlis sama berkata inisiatif itu merupakan satu usaha proaktif, yang memperuntukkan amaun cukup besar bagi membantu pelajar melunaskan pinjaman pendidikan mereka.
"Sewajarnya inisiatif kerajaan negeri Sarawak ini dipuji dan menjadi ikutan serta contoh kepada kerajaan negeri lain dalam membantu rakyatnya membayar baki hutang pinjaman PTPTN," katanya.
Katanya sehingga 31 Dis lepas, PTPTN telah menyalurkan pinjaman berjumlah RM4.7 bilion kepada 195,350 pelajar di seluruh negara dan seramai 3,429 peminjam dikecualikan daripada membuat bayaran balik berjumlah RM88.7 juta kerana memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.
Sementara itu, Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang dalam ucapan beliau pada majlis yang sama berkata inisiatif ini adalah untuk membantu peminjam PTPTN dalam kalangan anak-anak Sarawak untuk membayar balik pinjaman mereka.
Katanya 9,000 orang pelajar Sarawak layak untuk mendapat manfaat daripada insentif itu setelah melalui tapisan oleh PTPTN.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 05 2021

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyaksikan penyerahan replika cek bernilai RM30 juta kepada Ketua Eksekutif Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Ahmad Dasuki Abdul Majid. - Foto BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

60 tahun memerintah sendiri, Resolusi Kapit dan hak istimewa Sarawak
Detik ini menandakan berakhirnya pemerintahan penjajah dan lahirnya Sarawak sebagai sebuah negara yang memerintah sendiri.

Sarawak tidak akan pertimbang semula tukar gelaran KM kepada 'Premier'
Tegasnya, pindaan Perlembagaan Negeri Sarawak itu telah diluluskan dua pertiga Ahli Dewan Undangan Negeri.

Istilah Premier di Sarawak: Perubahan besar atau hanya 'kosmetik'? - Jeniri
RUU Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 diluluskan melibatkan Perkara 6 (3) bagi menggantikan perkataan Ketua Menteri kepada Premier.

Persatuan Genealogi Malaysia cadang istilah 'Bendahara' digunakan untuk Ketua Kerajaan Sarawak
Persatuan Genealogi Malaysia mencadangkan agar istilah 'bendahara' digunakan bagi merujuk kepada jawatan Ketua Kerajaan Sarawak.

Pertukaran terma ketua menteri kepada premier hanya nama, tidak libatkan bidang kuasa
Pertukaran terma ketua menteri kepada premier adalah selaras pindaan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan pada 2021.

Mengenang Tok Nan: Selepas lima tahun, aura Allahyarham masih hangat
Hari ini, genap lima tahun Tok Nan atau Pehin Sri Tan Sri Adenan Satem pergi meninggalkan kita. Pun begitu, aura Tok Nan masih terasa hangat.

Abang Jo, barisan Kabinet baharu mampu buat Sarawak terus cemerlang - PM
Perdana Menteri melahirkan keyakinan bahawa kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang dibantu barisan Kabinet baharu akan membuat Sarawak terus cemerlang.

Internet luar bandar, Abang Johari terima panggilan video dari rumah panjang Belaga
Jaringan internet kini dinikmati penduduk di kawasan rumah panjang.

Sidang media khas Ketua Menteri Sarawak bakal disiarkan di Astro AWANI
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bakal mengadakan sidang media khas pada jam 9.00 pagi nanti (Jumaat).

PRN Sarawak: SPR bakal adakan mesyuarat khas bincang pelaksanaan PRN
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas untuk menentukan tarikh bagi pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.