KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak tidak akan mempertimbangkan semula keputusan untuk menukar gelaran Ketua Menteri kepada 'Premier' seperti yang diusulkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan, pindaan Perlembagaan Negeri Sarawak itu telah diluluskan dua pertiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Tambahnya keputusan itu juga telah dibuat berpandukan kuasa badan perundangan tertinggi negara di peringkat Parlimen dan DUN Sarawak.
“Rang Undang-Undang (RUU) yang dipinda baru-baru ini adalah keputusan badan penggubal undang-undang di Sarawak. Kalau dibandingkan dengan DBP, iaitu sebuah jabatan, siapa yang lebih tinggi?
"Kita bersandarkan kepada pihak Parlimen dan DUN Sarawak.
“Perkara itu adalah pandangan DBP sahaja, dan sebelum ini pakar perlembagaan Prof Datuk Shamrahayu Ab Aziz juga mengatakan tidak ada yang salah terhadap RUU tersebut dan ia nyata adalah hak kepada Sarawak,” katanya pada sidang media di Muzium Budaya Borneo di sini semalam.
Tegas Abdul Karim, semua pihak perlu menghormati keputusan badan tertinggi perundangan itu.
“Walaupun DBP berhak memberi pandangan dalam perkara itu namun tidak semestinya ahli DBP atau pakar bahasa yang lain akan bersetuju dengan pandangan itu,” katanya.
Pada Selasa, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof Datuk Awang Sariyan berharap Sarawak akan mempertimbangkan semula keputusannya untuk menukar gelaran Ketua Menteri kepada 'Premier'.
Berkongsi pandangan kepada berita tempatan, keputusan itu katanya akan memberikan implikasi jangka panjang, antaranya menimbulkan persepsi bahawa terdapat Perdana Menteri di peringkat negeri.
Nuzuluddin Abdul Razak
Tue Feb 22 2022

Abdul Karim berkata, keputusan itu dibuat berpandukan kuasa badan perundangan tertinggi negara di peringkat Parlimen dan DUN Sarawak. - Gambar fail BERNAMA
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Pekadin cadang jawatan Ketua Menteri Sabah guna gelaran 'Premier'
Presiden Pekadin menyarankan supaya kerajaan Sabah membawa perkara itu ke Persidangan DUN Sabah pada Mac ini untuk dibincang secara teliti.

'Tunggu diwarta, baru boleh guna Premier ganti Ketua Menteri Sarawak' - Abdul Karim
Menteri Pelancongan, Seni Kreatif, dan Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tarikh spesifik pewartaan berkenaan akan diumumkan oleh kerajaan negeri.

Pertukaran KM kepada 'Premier', tanda status Sarawak tidak sama negeri lain - Abdul Karim
Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 akan dibentangkan esok melibatkan Perkara 6 (3) bagi menggantikan perkataan 'Ketua Menteri' kepada 'Premier'.

Pertukaran terma ketua menteri kepada premier hanya nama, tidak libatkan bidang kuasa
Pertukaran terma ketua menteri kepada premier adalah selaras pindaan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan pada 2021.