JOHOR BAHRU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memohon bantuan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS), Indonesia untuk mengesan tiga kru kapal MT Pablo yang masih hilang selepas kapal itu terbakar pada Isnin lepas.
Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata ia berikutan ada kemungkinan ketiga-tiga mangsa hanyut memasuki perairan Tanjung Pinang, Indonesia berdasarkan simulasi daripada Sistem Perancangan Optimal Mencari dan Menyelamat (SAROPS).
"Pihak Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru telah memaklumkan kepada pihak Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat (MRCC) Putrajaya untuk memohon bantuan daripada pihak BASARNAS," katanya menerusi kenyataan malam ini.
Beliau berkata setakat ini pencarian dalam kapal tangki itu belum dimulakan berikutan penilaian masih menunjukkan keadaan kapal tidak selamat untuk Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memulakan operasi pencarian.
Bagaimanapun beliau berkata kapal KD Pendekar milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selaku Penyelaras di Tempat Kejadian (OSC) dan kapal MV Polaris dari Jabatan Laut Malaysia telah melakukan usaha semburan air di bahagian badan kapal tangki terbabit.
Nurul Hizam berkata pada masa sama usaha pencarian di laut turut dibantu sebuah bot ronda Pasukan Polis Marin dan dua bot ronda milik APMM dengan keluasan sektor pencarian adalah 393 batu nautika persegi.
Ketiga-tiga kru kapal terbabit dikenal pasti sebagai warganegara India iaitu Satyam Tripathi, 26, dan Dinesh Kumar Chauhan, 34, manakala seorang lagi warga Ukraine iaitu Sabit Shenderovskyi, 37.
Kapal tangki MT Pablo berdaftar di Gabon, Afrika terbakar kira-kira 50 peratus pada kedudukan 37.5 batu nautika timur laut Tanjung Sedili di Kota Tinggi pada 1 Mei lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 04 2023
Nurul Hizam berkata, usaha pencarian di laut turut dibantu sebuah bot ronda Pasukan Polis Marin dan dua bot ronda milik APMM dengan keluasan sektor pencarian adalah 393 batu nautika persegi. - Gambar fail/Bernama
Penganggur didakwa tipu pembelian saham lebih RM17 juta
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu sebuah syarikat pembekal elektrik berhubung pembelian saham lebih RM17 juta.
Kes Faisal Halim: Polis nafi tangkap suspek ketiga
Polis menafikan dakwaan ada tangkapan suspek ketiga membabitkan kes simbah asid terhadap tonggak pasukan bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.
PM Anwar, MB Terengganu adakan perjumpaan tertutup
Perdana Menteri hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Hasil sektor perkhidmatan naik 6.1 peratus kepada RM594.5 bilion pada suku pertama 2024 - Perangkaan
Sektor perkhidmatan Malaysia mencatatkan pertumbuhan 6.1 peratus tahun ke tahun bagi suku pertama 2024 kepada RM594.5 bilion.
Kerajaan Negeri Sembilan tidak pinggir DUN diwakili pembangkang - MB
Kerajaan Negeri Sembilan tidak meminggirkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili pembangkang di negeri ini.
Persatuan Bola Sepak Singapura doakan Faisal Halim segera sembuh
FAS bersolidariti dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan mengecam sebarang bentuk keganasan terhadap pemain dan pegawai
Kira-kira 80,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah berikutan serangan Israel
UNRWA berkata penduduk Gaza menghadapi satu lagi pengusiran secara paksa di Semenanjung Gaza.
VGM rancang jadikan Malaysia sebagai hab eksport jenama Volkswagen - Tengku Zafrul
Menerusi hantaran di laman X pada Khamis, Tengku Zafrul memaklumkan bahawa dalam pertemuan bersama pihak VGM, mereka telah berkongsi perancangan berkenaan
Jualan borong, runcit catat rekod RM145.7 bilion pada Mac
Perdagangan borong dan runcit Malaysia merekodkan nilai jualan bulanan tertinggi berjumlah RM145.7 bilion pada Mac dengan suku tahun pertama 2024 mencatatkan RM429.2 bilion.
Gabungan Dewan Perniagaan mahu GST diperkenal semula
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) menyarankan supaya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan semula sebagai langkah terbaik meningkatkan hasil kerajaan.
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Pembelian empat helikopter AW189 APMM lancar, kelengkapan pesawat dimuktamad
Sesi ini membabitkan tinjauan pihak pengurusan kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke fasiliti pembuatan pesawat tersebut di Leonardo Helicopters Division, Vergiante Plant, Milan, Itali.
Pendaratan cemas elak keadaan lebih mudarat - Pakar penerbangan
Lazimnya ia berlaku apabila kemungkinan situasi itu tidak dapat diatasi dalam masa terdekat dan perlu dilakukan.
Insiden Pulau Angsa: Helikopter terbang rendah, berpusing-pusing sebelum jatuh dalam laut - Saksi
Saksi terkejut apabila melihat sebuah helikopter terbang rendah dan berpusing-pusing sebelum jatuh ke laut.
Insiden Pulau Angsa: Bangkai helikopter APMM dijangka dibawa keluar petang ini
Sehingga itu, polis melakukan pengawasan bagi memastikan keselamatan di sekitar lokasi kejadian.
Insiden helikopter terhempas di Pulau Angsa: Empat termasuk juruterbang selamat - CAAM
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah helikopter yang dikendali oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terhempas di perairan Pulau Angsa, Klang, Selangor.
Helikopter APMM lakukan pendaratan cemas di Pulau Angsa
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.55 pagi Selasa ketika melakukan latihan menyelamat.
Kapal APMM OPV1 dinamakan KM Tun Fatimah
Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dinamakan sebagai Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah.
Operasi kesan lelaki dikhuatiri lemas diperluas - APMM Terengganu
Operasi semalam yang membabitkan kawasan seluas 50.4 batu nautika, ditamatkan pada 7 petang kerana keadaan gelap dan ombak bergelora.
Maritim Malaysia rekod nilai rampasan RM101.9 juta tahun lepas
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merekodkan RM101.9 juta nilai rampasan dan 1,200 tangkapan atas pelbagai kesalahan tahun lepas.