Hampir separuh kakitangan dari sebuah agensi kerajaan di sini dilaporkan berhutang dengan Ah Long menyebabkan ramai di kalangan mereka dihimpit kesusahan lebih-lebih lagi kad pengeluaran wang automatik (ATM) turut dipegang oleh ceti haram.
Perkara mengejutkan itu didedahkan oleh Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur, Samsudin Mohamad Fauzi yang datang ke sini hari ini dalam usaha untuk membantu sebilangan kecil mereka yang terlibat.
Beliau mendakwa, hasil maklumat awal yang diperoleh oleh pihaknya mendapati hampir separuh daripada 3,000 kakitangan agensi kerajaan terbabit terlibat dengan masalah hutang.
"Kita telah datang ke Kuantan setelah menerima maklumat daripada kakitangan agensi kerajaan terbabit yang meminta pertolongan untuk mengatasi masalah itu dan dalam masa yang sama pihak majikan turut menghubungi kita berhubung soal yang itu," katanya di sini hari ini.
Tanpa mendedahkan butiran jabatan kerajaan yang terlibat, Samsudin berkata Ah Long terbabit juga bertindak berani dengan datang ke jabatan berkenaan bagi mengutip hutang.
Menurutnya, perkara itu juga telah dibawa ke pengetahuan pihak berkuasa bagi membolehkan pihak yang berkenaan mengambil tindakan segera terhadap peminjam wang haram itu.
Beliau juga mendakwa kegiatan peminjaman wang oleh Ah Long di Kuantan semakin serius dengan kebanyakan peminjam wang yang terlibat berselindung di atas nama syarikat peminjam wang berlesen.
"Siasatan kami mendapati Ah Long ini mempunyai lesen untuk menjalankan kegiatan meminjamkan wang ini di Johor Baharu dan Kuala Lumpur, namun mereka turut menjalankan kegiatan yang sama di sini dan ia melanggar syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan," katanya.
Dalam masa yang sama, beliau mendakwa sepasang suami isteri di Banting, Selangor mahu menjual bayi mereka yang baru dilahirkan gara-gara terdesak hendak membayar hutang Ah Long.
"Maklumat berhubung kes tersebut baru kita perolehi hari ini, dan difahamkan pasangan itu kini sedang mencari pembeli untuk menjual bayi mereka. Kita akan ke rumah mereka dalam tempoh terdekat untuk membantu menyelamatkan bayi berkenaan," katanya.
Sehubungan itu juga beliau menggesa pihak berkuasa memandang serius perkara ini terutama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Beliau meminta kementerian itu supaya mengambil tindakan drastik dengan menyerahkan kuasa di bawah Seksyen 29 B Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 kepada pihak polis kerana kementerian itu tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk menguatkuasakan akta itu di seluruh negara.
Di bawah seksyen itu mana-mana pemberi pinjam wang berlesen secara sendiri atau melantik orang ketiga mengekori mangsa mengugut atau menganggu boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,00 atau hukuman penjara dan sebatan bagi kesalahan berulang.
Bernama
Thu May 22 2014
![Sanggup jual bayi untuk langsai hutang Ah Long dedah persatuan pengguna Sanggup jual bayi untuk langsai hutang Ah Long dedah persatuan pengguna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/61400767622_295x200.jpg)
Ketua operasi dan perunding kewangan PKPKL Nazri Mohd Daud menunjukkan gambar bayi yang akan dijual oleh sebuah keluarga bagi mendapatkan duit untuk membayar hutang "ah long" - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Simbah cat, empat along dihadap ke mahkamah Simbah cat, empat along dihadap ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Simbah cat, empat along dihadap ke mahkamah
Empat individu didakwa di mahkamah atas pertuduhan melakukan khianat dan bersubahat dengan menyimbah cat terhadap harta milik peminjam wang, bulan lepas.
![Sindiket along: Tujuh mengaku bersalah tawar pinjaman wang tanpa lesen Sindiket along: Tujuh mengaku bersalah tawar pinjaman wang tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719903194_kumpulanalong.jpg)
Sindiket along: Tujuh mengaku bersalah tawar pinjaman wang tanpa lesen
Tujuh termasuk seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas pertuduhan menawarkan pinjaman tanpa lesen.
![Polis Melaka patahkan sindiket 'along', tujuh ditahan Polis Melaka patahkan sindiket 'along', tujuh ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670573104_ZainolSamah.jpg)
Polis Melaka patahkan sindiket 'along', tujuh ditahan
Sindiket itu menawarkan pinjaman wang antara RM500 hingga RM5,000 dengan kadar faedah sehingga 20 peratus seminggu.
![Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713952276_along.jpg)
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
![Along letupkan kereta jurulatih renang depan rumah Along letupkan kereta jurulatih renang depan rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707031226_tbalong.jpg)
Along letupkan kereta jurulatih renang depan rumah
Mangsa mahupun ahli keluarga menafikan memiliki musuh atau berhutang sepanjang tinggal di kawasan perumahan itu.
![Dua along terbabit kes simbah cat merah ditahan Dua along terbabit kes simbah cat merah ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705748437_TBALONGCATMERAH.jpg)
Dua along terbabit kes simbah cat merah ditahan
Polis menahan dua lelaki tempatan disyaki along bagi membantu siasatan kejadian simbahan cat merah di sebuah rumah, Khamis lepas.
![Polis tahan lelaki dipercayai orang suruhan along terlibat kes khianat Polis tahan lelaki dipercayai orang suruhan along terlibat kes khianat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701426754_PDRM.jpg)
Polis tahan lelaki dipercayai orang suruhan along terlibat kes khianat
Lelaki berumur 30-an yang ditahan di Sentul, Kuala Lumpur itu menerima upah hingga RM1,000 bagi setiap tugas yang diarahkan.
![Polis bongkar aktiviti along Semenanjung guna geng di Sibu tagih hutang Polis bongkar aktiviti along Semenanjung guna geng di Sibu tagih hutang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690645334_LogoPDRM.jpg)
Polis bongkar aktiviti along Semenanjung guna geng di Sibu tagih hutang
Modus operandi pemberi pinjaman itu terbongkar berikutan penangkapan empat lelaki yang dipercayai anggota Geng Rosli.
![Pinjam daripada yang berlesen, namun sengsara seolah berhutang along Pinjam daripada yang berlesen, namun sengsara seolah berhutang along](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633783504_Stress.jpg)
Pinjam daripada yang berlesen, namun sengsara seolah berhutang along
Syarat ketat yang dikenakan KPKT ke atas syarikat PPW bersandarkan Akta 400 ternyata bukan penghalang bagi mereka menangguk di air keruh.
![Lelaki jadi keldai akaun kepada along ditahan Lelaki jadi keldai akaun kepada along ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688358452_handcuff.jpg)
Lelaki jadi keldai akaun kepada along ditahan
Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya bagi membantu siasatan kes berkenaan.