Telefon pintar yang begitu dinanti-nantikan, Samsung Galaxy S7, akan berada dalam pasaran hari ini bagi memenuhi permintaan mereka yang gemar mengikuti trend terkini telefon mudah alih.
Telefon itu, yang boleh didapati di kedai-kedai Samsung Experience dan kedai Maxis terpilih, berharga RM2,699 dan tampil dengan warna hitam onyx, emas platinum dan perak titanium, kata Samsung Malaysia Electronics dalam satu kenyataan pada Khamis.
Naib Presiden Unit Mudah Alih dan Perniagaan IT Lee Jui Siang berkata syarikat itu menerima banyak pertanyaan tentang Galaxy S7 susulan pelancaran Galaxy S7 Edge pada bulan lepas.
"Ada yang berhajat untuk membelinya, justeru, kami memutuskan sudah sampai masanya untuk melancarkan Galaxy S7," katanya.
Selain paparan Quad HD Super AMOLED 5.1 inci, Galaxy S7 sarat dengan ciri-ciri menarik sama seperti Galaxy S7 Edge dengan paparan 5.5 inci.
Ia juga berkongsi ciri-ciri kaca 3D sepenuhnya dan bingkai logam sama seperti Galaxy S7 Edge.
Bernama
Thu Apr 28 2016
Selain paparan Quad HD Super AMOLED 5.1 inci, Galaxy S7 sarat dengan ciri-ciri menarik sama seperti Galaxy S7 Edge (gambar) dengan paparan 5.5 inci. -Foto EPA/Ritchie B.Tongo
Gangguan kualiti air di Pasir Puteh bersifat sementara - AKSB
AKSB Pasir Puteh akan melakukan aktiviti flushing di kawasan terlibat dan sekitar Selising agar bekalan kualiti air pulih untuk jangka masa segera.
Suspek kes keropok beracun dibebaskan dengan jaminan polis
Suspek yang juga pekebun itu akan dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.
ADB semak semula unjuran pertumbuhan 2024 bagi negara membangun Asia kepada 5 peratus
ADB berkata permintaan domestik berdaya tahan, dengan eksport dan pembuatan yang meningkat, akan menyokong pertumbuhan tahun ini.
Bank buku diwujudkan di perpustakaan awam negeri - Saraswathy
Setiap bahan bacaan itu akan ditapis terlebih dahulu bagi memastikan kandungannya bersesuaian untuk pelajar.
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
Wanita racun lima orang kemudian bunuh diri
Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu.
Samsung S7 berada dalam pasaran hari ini
Telefon pintar yang begitu dinanti-nantikan, Samsung Galaxy S7 akan berada dalam pasaran hari ini bagi memenuhi permintaan mereka yang gemar mengikuti trend terkini telefon mudah alih.