KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perpaduan Saraswathy Kandasami berkata pewujudan bank buku di setiap perpustakaan awam di negeri terpilih bertujuan mengumpulkan bahan bacaan sumbangan orang ramai untuk diedarkan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara.
Beliau berkata bank buku yang dibuka mulai Rabu akan menerima bahan bacaan dalam pelbagai bahasa dan berharap semua pihak menyumbang buku-buku yang masih boleh digunakan serta sesuai untuk bacaan pelajar SJKT.
"Bank buku ini akan dibuka hingga 31 Ogos 2024 di beberapa negeri terpilih seperti Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Melaka, Johor termasuk Kuala Lumpur untuk memudahkan orang ramai menyerahkan sumbangan di lokasi berkenaan," katanya di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sumbangan buku kepada Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Pelancaran Bank Buku Program 'Dariku Untukmu' yang turut dihadiri Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Salasiah Abdul Wahab.
Program 'Dariku Untukmu' anjuran PNM, Kementerian Perpaduan dengan kerjasama Persatuan Guru Besar Sekolah Tamil Malaysia itu hasil inisiatif Persatuan Tamil Iyal Malaysia.
Setiap bahan bacaan itu akan ditapis terlebih dahulu bagi memastikan kandungannya bersesuaian untuk pelajar.
Beliau berkata sebagai permulaan bank buku berkenaan sudah menerima 100 naskah buku daripada PNM dan 14 lagi sumbangan Persatuan Tamil Iyal Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 17 2024

Saraswathy berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Buku dan Pelancaran Bank Buku anjuran Perpustakaan Negara hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Bank buku diwujudkan di perpustakaan awam negeri - Saraswathy
Setiap bahan bacaan itu akan ditapis terlebih dahulu bagi memastikan kandungannya bersesuaian untuk pelajar.