IPOH: Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 bagi mengiktiraf peranan pengamal media di Malaysia, membuka tirainya hari ini, kali ini di Ipoh.
Bertemakan "Media Bebas, Tunjang Demokrasi", sambutan yang diadakan hingga 29 Mei itu dimulakan dengan pertandingan mencari harta karun "Media Hunt HAWANA" dari Kuala Lumpur ke Ipoh yang disertai oleh kira-kira 150 peserta.
Hampir 40 kenderaan bergerak dari Ibu Pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di ibu negara yang dilepaskan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Ni Ching kira-kira 8 pagi tadi.
Konvoi itu dijangka tiba di Mydin Mall Meru pada 3 petang ini, tempat berlangsungnya Karnival Mini HAWANA yang turut menawarkan pelbagai acara menarik kepada pengunjung, juga bermula hari ini.
Karnival yang akan bermula pada 10 pagi hingga 6 petang itu dimeriahkan dengan aktiviti seperti slot interaksi bersama personaliti Bernama, sesi pocket talk "sayadigital" serta sesi temu mesra bersama artis dan selebriti tempatan, selain pertandingan mewarna dan cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.
Acara itu turut disertai agensi termasuk Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), RTM, CyberSecurity Malaysia, Persekutuan Persatuan-Persatuan Wartawan Sarawak (Media Sarawak), Jabatan Penerangan (JaPen), Tourism Perak, Tourism Selama dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Pada pukul 1 tengah hari ini, akan berlangsungnya kejohanan boling di Ipoh Bowl, Aeon Kinta City melibatkan dua kategori iaitu berpasukan yang disertai kira-kira 100 pengamal media mewakili 18 pasukan dengan sembilan daripadanya ialah media dari Perak, manakala empat lagi pemain akan berentap dalam kategori pegawai kanan.
Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional dan ia dipilih sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.
Kali pertama HAWANA diadakan adalah pada 11 April 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade Kuala Lumpur, namun terhenti selama dua tahun akibat pandemik COVID-19 sebelum dianjurkan kembali di Melaka tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2023

Teo (dua, kiri) melepaskan peserta 'Media Hunt HAWANA' 2023 di Wisma Bernama, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.

Wartawan bantu jayakan sistem penyampaian perkhidmatan, tangkis berita palsu
Wartawan diseru sama-sama membantu menangkis penyebaran berita palsu.

HAWANA 2024 iktiraf peranan pemain industri media - Teo
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berakhir semalam menjadi platform untuk meraikan sumbangan para pemain industri media.

HAWANA diharap perjuang caruman KWSP, PERKESO wartawan sambilan
Walaupun berstatus wartawan sambilan, mereka juga ialah kelompok penting dalam dunia kewartawanan hari ini.

Tabung Kasih@HAWANA terus santuni pengamal media
Tabung Kasih@HAWANA bertujuan menyantuni pengamal media, bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan bantuan.

Sarawak tuan rumah sambutan HAWANA 2024 - Fahmi
Fahmi berkata sambutan itu akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kasih@HAWANA 2023 santuni bekas editor media tempatan Sarawak
Kebajikan pengamal media di negeri ini terus diberi perhatian apabila bekas editor sukan New Sarawak Tribune Juary Mesa, 69, menerima sumbangan menerusi inisiatif Tabung Kasih@HAWANA, hari ini.

Analisis: Forum HAWANA tidak buahkan penyelesaian kukuh pecahkan monopoli media sosial
HAWANA 2023 gagal menghasilkan satu rangka kerja untuk meraih pendapatan daripada kandungan yang ditawarkan oleh organisasi media.

HAWANA 2023: Surat khabar masih punyai peranan penting - PM Anwar
Surat khabar tetap mempunyai peranan penting dalam menyalurkan maklumat dan berpotensi untuk bertahan jika mengekalkan mutu dan integritinya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia perlukan media yang bebas, berani untuk bersuara - Fahmi
Media bertujuan memastikan bahawa suara semua pihak dapat didengar dengan jelas dan diberi perhatian.