ASAJAYA (Sarawak): Kebajikan pengamal media di negeri ini terus diberi perhatian apabila bekas editor sukan New Sarawak Tribune Juary Mesa, 69, menerima sumbangan menerusi inisiatif Tabung Kasih@HAWANA, hari ini.
Bapa tunggal yang menghidap strok sejak 2021 itu berkata inisiatif berkenaan amat bermakna buatnya, yang kini hanya bergantung harap kepada bantuan RM200 sebulan dari Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).
"Saya tidak dapat bekerja selepas terkena strok, namun buat masa ini masih boleh bergerak sendiri secara perlahan-lahan... pada masa yang sama saya perlu menyara anak Orang Kurang Upaya (OKU) saya berusia 32 tahun.
"Inisiatif ini menunjukkan semangat 'kebersamaan' dalam kalangan warga media... saya hargai apa jua jenis sumbangan walaupun ia berbentuk sekali beri atau bernilai RM1, saya masih bersyukur," katanya kepada Bernama selepas menerima sumbangan oleh Sekretariat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023, di kediamannya di Kampung Moyan Lidang di sini, hari ini.
Juary berkata ihsan penduduk kampung yang tidak lokek menghulurkan bantuan seperti makanan dan barangan keperluan asas lain, menjadikannya sentiasa berasa 'cukup'.
"Wang simpanan saya juga sudah habis digunakan sejak 2021 lagi. Jika diberi peluang untuk kembali sihat, saya masih mahu meneruskan kerja menyunting berita di pejabat New Sarawak Tribune," katanya yang mempunyai empat orang anak berusia dari 44 hingga 30 tahun.
Juary memulakan karier dalam dunia kewartawanan pada 1992 sebagai editor di The Borneo Post, sebelum memulakan perkhidmatan sebagai editor sukan di New Sarawak Tribune dari 1999 hingga 2021.
Tabung Kasih@HAWANA merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) yang dilaksana menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), sebagai usaha berterusan membantu komuniti media yang berdepan kesukaran dan cabaran hidup.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 14 2023
Juary berkata ihsan penduduk kampung yang tidak lokek menghulurkan bantuan seperti makanan dan barangan keperluan asas lain, menjadikannya sentiasa berasa 'cukup'. - Gambar Bernama
Polis tahan lelaki rosak cermin kereta guna rantai besi
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai melakukan khianat dengan mengayun rantai besi ke cermin hadapan sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Penang pada Rabu.
[TERKINI] Kenaikan tarif elektrik tidak bebankan rakyat
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan, kenaikan tarif elektrik tahun depan tidak akan membebankan rakyat majoriti, sebaliknya ia hanya melibatkan golongan atasan.
Sebatan di khalayak: Hukuman 6 sebatan selesai dalam tempoh 2 minit
Pesalah khalwat berulang selasai menjalani hukuman enam sebatan di khalayak ramai yang dilaksanakan di Masjid Masjid Al-Muktafi Billah Shah, pada Jumaat.
[TERKINI] PM Anwar bertemu Thaksin, bincang pelbagai isu kritikal serantau
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dan membincangkan pelbagai isu kritikal serantau.
Kerja pembersihan tumpahan minyak sawit di Lebuhraya Karak selesai - LUAS
Kerja pembersihan tumpahan minyak susulan insiden kemalangan lori di Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur selesai dilaksanakan malam tadi.
Saham TNB: Melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
Perdana Menteri Singapura Wong bentang Belanjawan 2025 pada 18 Feb
Belanjawan itu akan disiarkan secara langsung di televisyen dan radio.
JPJ sita lori tercabut tayar, dipercayai punca kemalangan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyita lori yang mengalami tayar tercabut dan dipercayai mengakibatkan kemalangan lima kenderaan di Kilometer 204.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Penyedia media sosial diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata tarikh akhir mengemukakan permohonan adalah sebelum atau pada 31 Dis.
AWANI Ringkas: Nahas Ayer Keroh: JPJ sita lori terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kasih@HAWANA 2023 santuni bekas editor media tempatan Sarawak
Kebajikan pengamal media di negeri ini terus diberi perhatian apabila bekas editor sukan New Sarawak Tribune Juary Mesa, 69, menerima sumbangan menerusi inisiatif Tabung Kasih@HAWANA, hari ini.
COVID-19: Pusat kuarantin MAEPS direka khas seperti suasana rumah
Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Risiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) direka khas bagi menimbulkan suasana seperti berada di rumah dan bebas daripada tekanan.
Isu dera anak, isteri Aliff Syukri sahkan polis, JKM lakukan siasatan
Isteri kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida mengesahkan pihak polis dan JKM telah melakukan siasatan di rumahnya berhubung video dimuat naik suaminya di IG.