PASIR PUTEH: Kira-kira 300 keluarga di Mukim Telipot di sini terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan 'suram' dan ala kadar berikutan gangguan bekalan air sejak Selasa lepas iaitu sehari sebelum lebaran.
Penghulu Muhd Zali Mat Daud, 57, berkata rata-rata penduduk tidak dapat menyediakan juadah raya seperti sebelum ini kerana bekalan air yang disimpan hanya mencukupi untuk mandi dan keperluan penting sahaja.
Beliau berkata anak-anak yang pulang dari perantauan untuk berhari raya bersama keluarga turut menanggung keperitan ketiadaan bekalan air.
"Masalah bekalan air di kampung ini memang sering berlaku, namun sehari sebelum hari raya hingga sekarang kami masih berdepan dengan masalah gangguan air.
"Oleh itu, semua persiapan raya banyak tergendala terutama untuk memasak juadah raya, malah tetamu yang hadir dihidangkan kudapan serta biskut raya yang dibeli sahaja dan rumah terbuka juga tidak dapat diadakan," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Muhd Zali berkata Mukim Telipot merupakan kawasan yang agak tinggi menyebabkan kos untuk membina telaga tiub mencecah RM8,000 dengan anggaran kedalaman 25 meter.
Penduduk Kampung Chengal Pulas, Saufi Ariffin, 60, pula berkata beliau menyediakan kira-kira 20 tong hitam dan baldi bagi menyimpan bekalan air untuk kegunaan keluarga sepanjang Ramadan dan Syawal.
Beliau berkata semasa bulan puasa bekalan air diperolehi antara pukul 2 pagi hingga 6 pagi sahaja.
"Masalah air ini sangat membebankan kami, bukan hanya terpaksa sediakan bekas simpanan tetapi terpaksa berjaga malam mendapatkan bekalan air untuk kegunaan keluarga," katanya.
Sementara itu, Shahrul Hisyam Mahadi, 33, dari Kampung Wakaf Tukup berkata akibat bekalan air daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) selalu mengalami gangguan, kebanyakan penduduk terpaksa mandi dan membasuh pakaian di Sungai Tengah terutama mereka yang tidak mempunyai telaga di rumah.
"Walaupun sungai semakin cetek kerana cuaca panas dan bimbang tahap kebersihannya tetapi itu sahaja alternatif yang kami ada setakat ini dan kami harap masalah bekalan air ini dapat ditangani dengan segera," katanya.
Sebelum ini, AKSB dalam kenyataan memaklumkan beberapa pelan tindakan kesiapsiagaan bagi menjamin kelangsungan bekalan air di negeri itu agar tidak terjejas pada musim perayaan Aidilfitri.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 12 2024
Salah seorang penduduk terjejas, Saufi Ariffin, mengagihkan air untuk kegunaan keluarganya. - Bernama
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
Polis mengaku tidak bersalah curi barang kemas wanita meninggal dunia
Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan mencuri barang kemas milik seorang wanita yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
MOTAC lantik 11 individu anggotai MAKEN sesi 2025/2027
Sebanyak 11 individu daripada pelbagai latar belakang telah dilantik menganggotai Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN) bagi sesi 2025/2027.
Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), kesemua individu berkenaan adalah daripada kalangan ilmuwan, budayawan, penggiat dan pentadbir seni budaya yang berpengalaman luas serta telah menunjukkan ketokohan besar dalam menerajui bidang seni, budaya dan warisan negara.
Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), kesemua individu berkenaan adalah daripada kalangan ilmuwan, budayawan, penggiat dan pentadbir seni budaya yang berpengalaman luas serta telah menunjukkan ketokohan besar dalam menerajui bidang seni, budaya dan warisan negara.
Selangor kenal pasti kawasan baharu bangunkan litar lumba - Exco
Kerajaan Negeri Selangor sedang mengenal pasti kawasan baharu bagi pembangunan kompleks litar lumba, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
Projek TAPS dijangka siap Mei 2025
Projek pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Jernih Melaka bernilai RM234 juta yang mengalami kelewatan akibat masalah teknikal dijangka siap pada Mei 2025.
Protokol kawalan cuaca langkah awal hadapi musim kemarau - PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) melaksanakan protokol kawalan cuaca kering sebagai persediaan kemungkinan bermulanya musim kemarau awal tahun hadapan.
Belanjawan Sabah 2025: Bantuan RM300 sebulan untuk golongan miskin dan miskin tegar
Kerajaan Sabah memberi bantuan RM300 sebulan untuk tempoh setahun kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini menerusi Belanjawan Sabah 2025.
Belanjawan 2025: Terengganu tumpu naik taraf kemudahan pelancongan utama
Kerajaan Terengganu memberi tumpuan khusus kepada usaha menaik taraf kemudahan di destinasi pelancongan utama termasuk pulau-pulau peranginan.
AIR 2040 mampu pacu Malaysia sebagai hab utama sektor air - Fadillah
Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040) berpotensi memacu Malaysia sebagai hab utama sektor air bagi negara-negara serantau.
Perosak aset bekalan air wajar dikenakan denda setimpal - Julaihi
Ordinan Air Sarawak perlu disemak semula bagi memasukkan peruntukan denda yang setimpal terhadap mana-mana pihak yang menyebabkan kerosakan aset bekalan air di negeri itu.
Kerja ganti paip siap 90 peratus, pengguna dapat bekalan air malam ini - PBAPP
Projek penggantian paip baharu berdiameter 1.2 meter berhampiran kampus Politeknik Seberang Perai di Permatang Pauh, siap 90 peratus.
SPAN serbu sebuah premis disyaki curi air di Pantai Remis
SPAN menyerbu sebuah premis selepas didapati melakukan penyambungan bekalan air secara haram dalam operasi khas dilaksanakan sekitar Pantai Remis dekat Lumut sejak 23 Sept hingga hari ini.
Menteri Besar Kedah wajar utamakan rakyat hadapi ujian banjir - Dr Taufiq
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sewajarnya meletakkan keutamaan lebih tinggi untuk bersama-sama rakyat negeri itu yang sedang menghadapi ujian banjir.