SHAH ALAM : Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke ibu kota mengalami kesesakan teruk berikutan pertambahan jumlah kenderaan susulan warga kota mula pulang ke rumah masing-masing selepas bercuti di kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri.
Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat pukul 10 malam tadi, di bahagian utara, trafik menghala ke Kuala Lumpur di Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dilaporkan sesak di Alor Setar sehingga Sungai Petani Selatan, Kedah, dan di Perak kesesakan berlaku di Bukit Merah menuju ke Changkat Jering, Bukit Berapit menuju ke Terowong Menora, Ipoh ke Gopeng dan Tapah ke Sungkai.
"Di selatan pula trafik di lebuh raya PLUS dilaporkan sesak di Johor dari Pagoh ke Jasin, Melaka dan Simpang Ampat ke Seremban, Negeri Sembilan, bagi trafik dari arah pantai timur menghala ke ibu kota trafik sesak di laluan Karak menuju ke Bentong sehingga ke Lentang, trafik juga sesak di Plaza Tol Gombak menuju ke Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi Bernama.
Bagi arah ke utara, trafik di lebuh raya PLUS dari Tapah ke Ipoh, Terowong Menora ke Bukit Berapit dan Bandar Baharu ke Jawi mengalami kesesakan sementara arah ke selatan kesesakan berlaku dari Pagoh ke Yong Peng dan Simpang Renggam ke Kulai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 04 2022

Keadaan aliran trafik di Kilometer 279 PLUS sesak berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti Aidilfitri di Ipoh, malam ini. - Gambar/ Bernama

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Kakak Bella jadi 'ibu' gembirakan Eusuf dan Mariam di Aidilfitri
Ketiadaan Mira Sharmilah Samsusah atau Bella pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini sememangnya memberikan kesan kepada kedua-dua anaknya, Eusuf Abdul Fatah, 5, dan Mariam, 3.

Penggusti Malaysia korban sambutan Syawal demi impian di Australia
Emman Azman berkata, ia merupakan sesuatu perkara perlu dibiasakan sejak berkelana di negara tersebut empat tahun lalu.

Agong berkenan berangkat ke majlis raya Pemangku Raja Pahang
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pemangku Raja Pahang.

Isteri banduan tidak sangka dapat beraya bersama suami
Seorang isteri banduan tidak menyangka berpeluang menyambut Aidilfitri bersama suaminya selepas dilepaskan secara bersyarat menerusi Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) di sini hari ini.

Anak yatim piatu peluk batu nisan lepas rindu ahli keluarga maut nahas
Seorang anak yatim piatu hanya mampu memeluk batu nisan sambil memanggil-manggil adiknya di tanah perkuburan bagi melepaskan kerinduan terhadap tiga ahli keluarga yang terkorban dalam kemalangan.

Murid Tahun 4 sempat hadir sambutan Aidilfitri di sekolah sebelum maut digilis lori
Seorang murid perempuan Tahun Empat maut digilis lori selepas motosikal diboncengnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Baru, Alma, Bukit Mertajam pada Khamis.

Sambutan Aidilfitri: Aliran trafik mulai tinggi di lebuh raya utama
Aliran trafik di hampir semua lebuh raya utama mulai tinggi susulan orang ramai meraikan sambutan Aidilfitri dan pulang ke ibu kota.

Pelajar Malaysia di Jepun sambut Aidilfitri secara sederhana
Pelajar Malaysia di Jepun menyambut satu Syawal di perantauan secara sederhana, berikutan sibuk dengan urusan kuliah masing-masing.

Raya 'mengejut', tetapi masih disambut meriah
Pengumuman sambutan Aidilfitri pada Isnin, ternyata mengejutkan banyak pihak disebabkan ramai tidak menjangkakan situasi tersebut.

COVID-19: Dua kluster baharu berkaitan sambutan Aidilfitri dikesan di Sabah
Empat kluster baharu COVID-19 dikesan di Sabah hari ini dengan dua daripadanya berkaitan sambutan Aidilfitri baru-baru ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.