KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di Istana Abdulaziz di sini hari ini.
Anakanda-anakanda Seri Paduka turut berangkat ke majlis itu yang juga dihadiri barisan pentadbiran Pahang, diketuai Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta ketua jabatan dan agensi di negeri ini.
Pada majlis itu, Seri Paduka juga berkenan menyantuni rakyat jelata termasuk 64 'tetamu cilik' dari Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom dan Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah di sini, yang dijemput bagi memeriahkan majlis tersebut.
Majlis di perkarangan istana yang berlangsung selama dua jam bermula pukul 11 pagi itu merupakan kali pertama diadakan semula untuk rakyat jelata selepas 2019 setelah penganjurannya dihentikan sementara ekoran pandemik COVID-19.
Lebih istimewa, ribuan rakyat jelata berbilang kaum turut disajikan pelbagai jenis biskut raya resipi Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang sememangnya dikenali berbakat di dapur.
Selain itu, turut disediakan pelbagai makanan tradisional hari raya antaranya lemang, ketupat dan rendang, masakan tradisional Pahang seperti laksa Pahang dan opor daging serta juadah popular Pantai Timur iaitu nasi dagang.
Sementara itu, penghuni Rumah Kanak-Kanak Sultanah Kalsom yang dikenali sebagai Nisa, 12, mengakui teruja apabila dimaklumkan dia bersama adiknya, Alif, sembilan, akan ke istana bagi menghadiri majlis itu.
"Ini pengalaman kali pertama untuk kami kerana baru setahun berpindah ke asrama (rumah kanak-kanak)... seronok kerana dapat merasai suasana berhari raya bersama rakan-rakan selain makanan juga banyak dan semuanya sedap," katanya yang berasal dari Jitra, Kedah.
Penduduk Kuantan, K. Mohan Kumar, 55, pula berkata menjadi kelaziman keluarganya untuk berkunjung ke sambutan yang diadakan di Istana Abdulaziz, menyebabkan mereka mula beratur di pintu pagar seawal 10 pagi.
"Kami tak mahu melepaskan peluang selepas beberapa tahun tidak dapat hadir. Setiap kali hadir, suasananya memang meriah, ramai orang daripada pelbagai bangsa dan paling istimewa ialah sewaktu Seri Paduka menyantuni rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 24 2023

Pada majlis itu, Seri Paduka juga berkenan menyantuni rakyat jelata. - Gambar/ Bernama
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar
Pelantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan YDPA Sultan Ibrahim, yang kini sedang berada di luar negara untuk menjalani rawatan.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.