BUKIT MERTAJAM: Seorang murid perempuan Tahun Empat maut digilis lori selepas motosikal diboncengnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Baru, Alma, di sini, pada Khamis.
Mangsa berusia 10 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan dalam kejadian jam 1.45 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal iaitu ibu kanak-kanak berkenaan hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan raya.
"Wanita itu sempat menyelamatkan diri, namun anaknya yang membonceng digilis lori yang datang dari arah sama dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Bukit Mertajam bagi urusan bedah siasat, manakala penunggang cedera ringan dan dirawat di hospital sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, tular di media sosial saksi mendakwa kanak-kanak itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolahnya di Bukit Mertajam.
Mangsa dikatakan sempat menyertai majlis sambutan Hari Raya di sekolahnya sebelum terbabit nahas.
Menurut saksi, mangsa kelihatan ceria dan sentiasa tersenyum sepanjang majlis tersebut.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu May 19 2022

Mangsa berusia 10 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan. - Gambar/ Ihsan pembaca

Usahawan Digital TM perkasa lebih 2,000 usahawan B40
Purata RM5,000 bagi setiap usahawan disampaikan dalam bentuk peranti, penyelesaian digital dan sumber latihan.

Unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia naik kepada 4.5 peratus pada 2025, 4.0 peratus pada 2026 - IMF
Menurut IMF, unjuran pada 2025 adalah 0.4 mata peratusan lebih tinggi berbanding unjuran rujukan dalam WEO April 2025.
Naskhah terjemahan mampu tampung karya agung dunia
Sejarawan dan penterjemah Rusia, Dr. Victor Pogadaev melihat usaha menerbitkan naskhah terjemahan dalam sebarang bahasa sastera, tanpa terkecuali bahasa Melayu mampu menjadikan bahasa berkenaan menampung karya agung dunia.
Lebih ramai warga Rusia minat Bahasa Melayu
Ratusan warga Rusia yang berada di Kuala Lumpur, Malaysia semakin meminati Bahasa Melayu didorong kejayaan beberapa acara yang dianjurkan oleh Rumah Rusia di Jalan Ampang.
Isu tribunal hak asasi, TMM 2026 dan tenaga nuklear tumpuan Dewan Rakyat
Sidang Dewan Rakyat hari ini fokus kepada status tribunal hak asasi, promosi Tahun Melawat Malaysia 2026, dan kesiapsiagaan negara meneroka tenaga nuklear.
IMF naikkan unjuran pertumbuhan global & AS bagi 2025, 2026
IMF jangka pertumbuhan ekonomi global lebih tinggi hingga 2026, dipacu rangsangan fiskal dan tarif lebih rendah. AS diramal terus berkembang meski tekanan inflasi kekal.

19 terbunuh dalam serangan udara Rusia ke atas penjara, hospital di Ukraine
Serangan turut mengorbankan seorang wanita hamil berusia 23 tahun dan dua individu lain.
Guru Besar maut, warga emas dihempap pokok di Bera
Dua kematian dilaporkan di Bera — seorang guru besar maut dalam kemalangan jalan raya, manakala warga emas dihempap pokok ketika menunggang motosikal.
KPDN peruntuk RM3.3 juta di Pos Brooke & Kuala Betis untuk penyelarasan harga
Masalah harga barangan keperluan asas yang tinggi di kawasan perkampungan orang asli diberi perhatian apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperuntukkan lebih RM3.3 juta bagi program pengedaran barang perlu di dua kawasan masyarakat orang asli di Pos Brooke dan Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan
Korban genosid Gaza cecah 60,000, serangan Israel berterusan
Lebih 60,000 rakyat Palestin terkorban sejak serangan Israel bermula Oktober 2023. Angka korban terus meningkat meskipun usaha bantuan dan gencatan senjata gagal dilaksana.

Tiga maut, tiga cedera nahas dua kenderaan di Tapah
Tiga warga emas maut manakala tiga lagi cedera dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 328.9 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan.

Tragedi Sungai Korok imbau kisah duka kehilangan abang
Kehilangan insan tersayang secara tiba-tiba sememangnya ujian berat dan bagi Ramsuriani Ramli, tragedi di Sungai Korok, Jitra yang meragut nyawa enam sekeluarga semalam mengimbau kembali kisah dukanya

7 maut, 6 cedera kereta api langgar bas mini
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala enam lagi cedera selepas sebuah kereta api melanggar sebuah kenderaan di Daerah Mpika, utara Zambia pada Sabtu, kata polis pada Sabtu, lapor Xinhua.

Anggota trafik maut kemalangan ketika operasi banteras samseng jalanan
Seorang anggota polis trafik maut dalam satu kemalangan semasa menjalankan penugasan Op Samseng Jalanan di sekitar ibu negara awal pagi Sabtu.

Lelaki maut kereta dinaiki bersama isteri, dua anak terlibat kemalangan
Seorang lelaki maut selepas kereta dinaiki bersama isteri dan dua anak terlibat kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 127.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat sini, pagi tadi.

Penunggang motosikal maut kemalangan babitkan lori
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah lori di jalan perkampungan Felda Serting Hilir 6, Jempol, semalam.

Remaja sebabkan 5 kematian didenda RM1,500, dihantar ke Sekolah Henry Gurney
Seorang remaja lelaki diperintah menjalani pemulihan di Sekolah Henry Gurney kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan lima kematian.

Laporan teknikal nahas FRU boleh diakses pada Khamis
Dalam kejadian 13 Mei, sembilan anggota maut manakala sembilan lagi cedera selepas trak FRU dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan batu.

Kemalangan bas UPSI: Pemandu bas ada 18 saman, 13 daripadanya kesalahan pandu laju - Polis
PDRM akan menubuhkan pasukan petugas khas bersama agensi berkaitan untuk menyiasat kemalangan secara menyeluruh, termasuk latar belakang dan rekod pemandu.

"Itu jalan pertama dan terakhir" - Abang reda pemergian adik sekeluarga
Muhammad Ridzuan Ishak meluahkan kesedihan atas kehilangan adiknya, Muhammad Ikmal, yang maut bersama isteri dan tiga adik ipar dalam kemalangan tragis di Jalan Jerantut-Maran, Pahang.