KOTA KINABALU: Empat kluster baharu COVID-19 dikesan di Sabah pada Isnin dengan dua daripadanya berkaitan sambutan Aidilfitri baru-baru ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
Beliau berkata Kluster Kampung Bolong Baru di Tuaran dan Kota Belud yang mencatat 33 kes setakat ini, dicetuskan oleh kes indeks seorang suri rumah berusia 28 tahun yang mendapat jangkitan susulan aktiviti kunjung-mengunjung semasa Aidilfitri.
"Kes indeks dari Kampung Bolong Baru (Tuaran) disahkan positif pada 27 Mei. Saringan yang antaranya dilakukan di tempat kerja mendapati 26 kes positif di Tuaran dan tujuh kes di Kota Belud," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Masidi berkata satu lagi kluster yang tercetus akibat kunjung-mengunjung semasa Aidilfitri ialah Kluster Taman Wawasan di Beaufort, Papar dan Kota Kinabalu yang sehingga hari ini melibatkan 30 kes jangkitan daripada kes indeks seorang lelaki berusia 66 tahun.
"Kes indeks disahkan positif pada 18 Mei dan saringan kontak rapat mendapati dua kes positif, dengan kontak rapat ini terlibat aktiviti kunjung-mengunjung semasa hari raya di Kampung Tarap, Bongawan.
"Jumlah terbesar kes kluster ini dikesan di Taman Wawasan, Beaufort dengan 20 kes," katanya.
Sementara itu, Masidi berkata Kluster Hamparan di Kinabatangan membabitkan 27 kes di tempat kerja iaitu daripada kluster indeks seorang wanita berusia 26 tahun yang didapati positif pada 29 Mei, sebelum saringan tempat kerja di kilang sawit mengesan 17 kes dan sembilan kes jangkitan kepada tanggungan.
Katanya Kluster Jalan Budi di Tawau pula melibatkan seorang wanita berusia 37 tahun dan merupakan pekerja salon kecantikan di Johor, yang disahkan positif ketika saringan di Pintu Masuk Antarabangsa, Rabu lepas, sebelum saringan kontak rapat kemudian menemukan sembilan kes positif dalam kalangan rakan serumah.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri menetapkan premis menjual makanan, peruncitan dan pengedaran antaranya restoran, pasar raya, farmasi, kedai serbaneka dan kedai perkakasan beroperasi dari 7 pagi hingga 7 malam, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.
"Pasar awam dan pasar harian pula dibenar beroperasi 6 pagi hingga 3 petang manakala stesen minyak serta kedai serbaneka di stesen itu dari 6 pagi hingga 8 malam," katanya.
Masidi berkata institusi kewangan dan perbankan dibenar beroperasi 8.30 pagi hingga 5.30 petang manakala pejabat firma profesional seperti akauntan, peguam dan jurutera dibenar beroperasi dari 9 pagi hingga 5 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 07 2021
![COVID-19: Dua kluster baharu berkaitan sambutan Aidilfitri dikesan di Sabah COVID-19: Dua kluster baharu berkaitan sambutan Aidilfitri dikesan di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623083329_MasidiManjun.jpg)
Masidi berkata, kluster membabitkan sambutan Aidilfitri itu ialah Kluster Kampung Bolong Baru dan Kluster Taman Wawasan. - Gambar fail
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![COVID-19: Sabah isytihar tiga kluster institusi pendidikan, kes harian naik kepada 342 COVID-19: Sabah isytihar tiga kluster institusi pendidikan, kes harian naik kepada 342](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81627644731_MasidiManjun.jpg)
COVID-19: Sabah isytihar tiga kluster institusi pendidikan, kes harian naik kepada 342
Kluster-kluster berkenaan dilaporkan di Tuaran, Keningau dan Lahad Datu
![73 warga SMK Sandakan positif COVID-19, cetus kluster baharu di Sabah 73 warga SMK Sandakan positif COVID-19, cetus kluster baharu di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642580319_TBsmksandakan.jpg)
73 warga SMK Sandakan positif COVID-19, cetus kluster baharu di Sabah
Sabah merekodkan satu kluster baharu melibatkan kluster institusi pendidikan di Sandakan iaitu Kluster Jalan Pertukangan, kata Datuk Seri Masidi Manjun.
![28 kluster baharu dikesan, 17 daripadanya kluster tempat kerja - KP Kesihatan 28 kluster baharu dikesan, 17 daripadanya kluster tempat kerja - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631013442_SaringanCovid.jpg)
28 kluster baharu dikesan, 17 daripadanya kluster tempat kerja - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 28 kluster baharu COVID-19 di negara ini pada Sabtu.
![42 lagi kluster baharu dikesan, 23 libatkan kluster Tempat Kerja 42 lagi kluster baharu dikesan, 23 libatkan kluster Tempat Kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626171504_noorhisham.jpg)
42 lagi kluster baharu dikesan, 23 libatkan kluster Tempat Kerja
Sebanyak 42 lagi kluster baharu dikesan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kluster setakat ini adalah 1,979.
![COVID: 836 kes positif baharu di Sarawak daripada Kategori 1 dan 2 COVID: 836 kes positif baharu di Sarawak daripada Kategori 1 dan 2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625222478_swabtest.jpg)
COVID: 836 kes positif baharu di Sarawak daripada Kategori 1 dan 2
Sarawak merekodkan 836 kes positif baharu COVID-19 pada Selasa, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
![COVID-19: Kluster pusat tahanan antara 24 kluster baharu yang dilaporkan COVID-19: Kluster pusat tahanan antara 24 kluster baharu yang dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623235329_AnggotaRela.jpg)
COVID-19: Kluster pusat tahanan antara 24 kluster baharu yang dilaporkan
Sebanyak 24 kluster baharu dikenal pasti antaranya terdiri daripada kluster tempat kerja, pusat tahanan, dan komuniti.
![Vaksin COVID-19: Majikan di Sarawak perlu serah senarai nama pekerja kepada pejabat residen Vaksin COVID-19: Majikan di Sarawak perlu serah senarai nama pekerja kepada pejabat residen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51614427198_COVID.jpg)
Vaksin COVID-19: Majikan di Sarawak perlu serah senarai nama pekerja kepada pejabat residen
Senarai nama pekerja perlu diserah kepada pejabat residen bahagian berdekatan sebelum 12 April 2021 untuk tujuan vaksinasi.
![Spa, refleksologi, pusat urutan kaki dan pusat karaoke dibenar beroperasi di Sarawak Spa, refleksologi, pusat urutan kaki dan pusat karaoke dibenar beroperasi di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/71592209541_OKUURUT.jpg)
Spa, refleksologi, pusat urutan kaki dan pusat karaoke dibenar beroperasi di Sarawak
JPBN Sarawak juga turut melaporkan penambahan satu kluster baharu dikenali Kluster Chupak di Siburan.
![COVID-19: Tiga kluster baharu, lima lagi ditamat COVID-19: Tiga kluster baharu, lima lagi ditamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611058090_TBNoorHisham.jpg)
COVID-19: Tiga kluster baharu, lima lagi ditamat
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan kluster aktif ketika ini sebanyak 424 kluster.
![PKPB Sarawak dilanjut ke 29 Mac ini PKPB Sarawak dilanjut ke 29 Mac ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/81437803097_Sarawak.jpg)
PKPB Sarawak dilanjut ke 29 Mac ini
Tarikh PKP Bersyarat negeri itu sepatutnya tamat pada 16 Mac 2021 bagaimanapun dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi.