KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau nampak remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella baring di lantai bilik dobi di sebuah kondominium di Wangsa Maju tanpa dialas dengan selimut dan tilam selain terdapat kesan lecur pada leher mangsa.
Pegawai Penyelidik Undang-Undang di sebuah firma guaman Suhana Zam, 40, berkata ketika itu, beliau ingin membuang sampah di bahagian bilik dobi tersebut pada kira-kira 4 pagi.
"Pada hari itu, saya telah melakukan kerja-kerja pejabat hingga jam 4 pagi. Semasa hendak membuang sampah, saya tidak membuka lampu.
"Saya tersepak Bella yang sedang baring di lantai bilik dobi dan saya terkejut serta tergamam kerana itu kali pertama saya melihat Bella berada dalam keadaan tersebut," kata saksi pendakwaan kelapan itu berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad pada perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali.
Nor Azizah: Kamu tersepak Bella dan apa tindakan kamu?
Suhana: Bella baring mengiring sebelah kiri, dia mengerekot, saya terlanggar tapi dia tidak terkejut pun. Saya terhenti 10 hingga 15 saat, saya pandang dia, saya tidak percaya (dengan) apa yang saya lihat.
"Lepas itu saya tutup dan kunci pintu, lampu ditutup dan masuk bilik untuk tidur. Saya cuba tidur tetapi tidak boleh sebab terbayangkan keadaan Bella.
"Ketika itu, kakak Haiza tidur sebelah saya dan saya cakap kepadanya 'akak tahu Bella tidur di mana?' namun saya tidak memberitahunya sebab ketika itu, Syahirah ada bersama kami," katanya.
Suhana berkata beliau menyaksikan insiden itu ketika menghadiri majlis sambutan Hari Raya bersama Siti Bainun serta penghuni unit kondominium tersebut dengan kakak angkatnya Haiza pada 21 Mei 2021.
"Saya tiba di sana dalam tengah hari dan merancang untuk duduk selama dua hari. Apabila saya masuk ke tempat itu, saya nampak Bella berdiri di tepi dinding menghadap meja makan dan terdapat kecederaan pada leher Bella iaitu kulitnya melecur serta merah-merah," katanya sambil memaklumkan semasa jamuan Hari Raya itu, Bella berdiri di tepi peti ais dan hanya memakai kemeja T serta seluar.
"Ketika itu, Siti Bainun menyuruh seorang penghuni rumah yang dikenali sebagai Aida menukar pakaian Bella selepas Kak Haiza memanggil Bella untuk menyertai sesi bersalaman di ruang tamu... Saya dengar Bainun cakap betulkan butang baju tu, bagi tinggi sikit nanti orang nampak kata saya dera pula," katanya sambil menambah mangsa kelihatan ceria dan tersenyum apabila dapat turut serta dalam sesi bersalaman itu.
Saksi itu juga berkata beliau ada bertanya kepada Siti Bainun mengenai kecederaan Bella dan tertuduh memaklumkan bahawa mangsa 'main simbah-simbah air panas' dengan adik-beradiknya.
Nor Azizah: Siapakah yang dikatakan adik-beradik Bella?
Suhana: Aida dan Balqis tidak termasuk Yasmin, itu yang saya tahu. Saya cakap pada Siti Bainun takkan kau biar budak-budak bergaduh macam itu dan Siti Bainun menjawab 'Saya tidak boleh nak buat apa sebab Aida kalau dah marah, hilang akal.'
Semasa tidur di kondominium itu pada April 2021, Suhana berkata Bella berdiri di tepi dinding dan kelihatan tidak ceria, bermuka masam serta tidak berani memandang ke arahnya namun beliau tidak berkata apa-apa dan hanya menonton televisyen.
Disoal Nor Azizah berapa lama Bella berdiri di lokasi tersebut dan Suhana menjawab: Saya sampai di kondominium itu lebih kurang 9 malam dan masa saya sampai, Bella sudah berada di situ. Apabila saya nak masuk tidur pada pukul 12 tengah malam, Bella masih di situ. Saya nampak Bella sedih, takut, tidak bercakap dan hanya pandang lantai.
Nor Azizah: Kamu ada bertanya kepada Siti Bainun kenapa Bella begitu?
Suhana: Bella kena denda tetapi saya tidak tanya Siti Bainun, Bella didenda sebab apa.
Nor Azizah: Kamu tidur di kondo itu berapa malam?
Suhana: Saya tidur hanya semalam tapi Siti Bainun ajak saya ke rumah Zurianty kerana ada sambutan hari jadi Jane iaitu seorang daripada kanak-kanak di bawah jagaan Siti Bainun dan Bella tidak ikut serta ditinggalkan seorang diri di kondominium tersebut.
Saksi itu berkata beliau juga pernah melihat Bella berdiri di tempat sama lebih sepuluh jam semasa ke kondominium tersebut untuk berbuka puasa dengan Siti Bainun di sebuah restoran di Chow Kit selain memaklumkan tertuduh telah memberikan kertas dan pensel untuk Bella melukis dari pagi sampai ke malam.
"Saya rasa keadaan itu tidak selesa dan saya lihat Bella sampai nak tertidur. Balqis kemudian menjerit dan beritahu Bella nak tertidur.
"Siti Bainun dari biliknya menjerit kuat gila sambil kata lukis dan Bella kemudian menyambung lukisannya," kata beliau.
Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung 13 Jun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 31 2022
Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi. - Gambar fail/BERNAMA
Rusia hadkan bekalan gas ke Moldova mulai Rabu
Gazprom menuduh pengendali gas Moldova, Moldovagaz gagal memenuhi kewajipan pembayaran secara berulang kali.
Peragut maut rempuh pagar kem PGA Batu Kawa
Selepas meragut beg mangsa, suspek kemudian bertindak melarikan diri dan merempuh pagar besi di Briged PGA Batu Kawa.
Presiden FAM: Tokoh korporat Syaf Ismail sedia jadi calon 'wild card'
Sayf berkata beliau sedia bertanding sebagai pilihan 'wild card' dan menawarkan kepakarannya bagi menerajui badan induk bola sepak negara.
#AWANIRingkas 29 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 29 Disember 2024
1️⃣ Penganalisis jangka kontrak niaga FBM KLCI meningkat
2️⃣ Optimis usaha galak kerjasama serantau dengan China
3️⃣ Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-C
#awaniringkas
1️⃣ Penganalisis jangka kontrak niaga FBM KLCI meningkat
2️⃣ Optimis usaha galak kerjasama serantau dengan China
3️⃣ Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-C
#awaniringkas
AWANI Pagi: Kepentingan undang-undang bencana
Ikuti diskusi bersama Penasihat Undang-Undang Bencana IFRC, Padmini Nayagam mengenai kesiapsiagaan undang-undang bencana, 20 tahun selepas Tsunami terburuk melanda dunia.
28 maut pesawat Jeju Air terhempas
Kemalangan itu berlaku ketika pesawat Jeju Air, yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal dalam penerbangan dari Thailand.
JPS ramal banjir melanda Kuantan, Pekan dan Rompin
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) meramalkan banjir membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin.
FBM KLCI dijangka meningkat
Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI di Bursa Malaysia Derivatives dijangka terus meningkat minggu depan, disokong oleh aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun.
Cuaca 2024: Rekod cuaca ekstrem dan usaha peralihan hijau
Tahun 2024 mencatatkan bencana cuaca ekstrem global, kerugian trilion dolar, dan usaha peralihan hijau dengan China memimpin pembangunan tenaga boleh diperbaharui.
Kanak-kanak di zon konflik: Krisis global yang memburuk
Lebih 473 juta kanak-kanak hidup di kawasan konflik, menghadapi trauma, kekurangan zat makanan, dan kehilangan pendidikan. Gaza menjadi simbol mimpi ngeri kanak-kanak dunia.
Lapan alasan hakim jatuh hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun
Berdasarkan jawapan OKT, jelas membuktikan kecederaan Bella bukan disebabkan insiden kemalangan terkena air panas.
Kes Bella: Siti Bainun ke Penjara Kajang jalani hukuman penjara 12 tahun
Bagi pertuduhan mengabai, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun manakala bagi pertuduhan menganiaya, hukuman penjara 12 tahun.
Siti Bainun didapati bersalah kes abai, aniaya Bella
Pembelaan tertuduh tidak dapat dipercayai atau diterima dan gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Kes Bella: Siti Bainun nafi gaul cili beri makan pada Bella
Kata Siti Bainun, dakwaan saksi Suhana Zam tidak benar kerana dia tidak pernah mengambil peduli mengenai keadaan anak-anak jagaannya.
Kes Bella: Hakim berang tunggu Siti Bainun, peguam
Siti Bainun berada di luar mahkamah jawab panggilan ketika hakim sudah masuk untuk memulakan prosiding.
Kes Bella: Hakim nasihat pendakwaan, pembelaan bekerjasama kongsi maklumat
Pihak pendakwaan dan pembelaan dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda dinasihat berkongsi maklumat berkaitan pengurusan kes termasuk penyelarasan saksi.
Mulut Bella disumbat kain, saksi takut beritahu polis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa mulut remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella, disumbat dengan kain.
Che' Puan Khaleeda santuni Bella, rakan-rakan di Legoland
Dalam perkongsian di laman media sosial, Che' Puan Khaleeda dilihat mesra bersama Bella sambil berkongsi cerita dengannya.
Kes Bella: Selepas TMJ, Bantu-Bantu Malaysia pula cadang tujuh penambaikan elak kes berulang
Antara cadangan adalah penambahan kakitangan terutama di Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan JKM dan tapisan terhadap Taska.
Siti Bainun mula marah, pukul selepas Bella tarik langsir - Saksi
Saksi berkata, sejak kejadian itu, Siti Bainun mula marah-marah dan memukul Bella, namun dia tidak mengetahui motif tertuduh mahu mendera Bella.