KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali hari ini menafikan di Mahkamah Sesyen di sini bahawa dia menggaul cili untuk diberi makan kepada seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella.
Siti Bainun, 31, berkata, dakwaan saksi pendakwaan kelapan (SP8), Suhana Zam yang melihat kejadian tersebut adalah tidak benar kerana rakan baiknya itu tidak pernah mengambil peduli mengenai keadaan anak-anak jagaannya.
Tertuduh berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad pada perbicaraan bela diri wanita itu, yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun terbabit.
Nor Azizah: Saya katakan Suhana nampak kamu gaul cili dalam pinggan dan bagi Bella makan.
Siti Bainun: Tidak setuju.
Siti Bainun berkata, walaupun Suhana kerap datang ke kondominiumnya di Wangsa Maju di sini, namun, rakannya itu tidak menyukai kanak-kanak.
Nor Azizah: Tadi kamu kata, Suhana ini kawan baik kamu. Kamu bantu Suhana dan Suhana bantu kamu, jadi apa keperluan Suhana untuk mereka-reka cerita mengenai kamu jika kejadian ini tidak berlaku? Dia kawan baik kamu ni, bukan orang luar.
Siti Bainun: Saya tidak tahu.
Suhana dalam keterangannya sebelum ini memberitahu mahkamah, beliau nampak Siti Bainun memegang dagu Bella dan memaksa remaja itu makan nasi goreng dicampur cili yang banyak semasa beliau (Suhana) berada di kondominium Siti Bainun pada Mei 2021.
Siti Bainun tidak bersetuju bahawa Suhana tidak mereka-reka cerita dan tidak terpengaruh dengan cerita daripada saksi pendakwaan pertama, Zurianty Sudin atau media sosial.
Nor Azizah: Saya katakan cerita Suhana ini adalah cerita yang benar berlaku dan beliau tiada agenda lain dan Siti Bainun berkata tidak setuju.
Dalam prosiding itu, Nor Azizah turut membangkitkan persoalan mengenai kewujudan seorang individu bernama 'Farah' selepas tidak dapat mengesan individu tersebut dalam mana-mana gambar yang diserahkan sebagai bahan bukti.
Siti Bainun dalam keterangannya berkata Farah adalah individu yang selalu membantunya untuk menjaga anak-anaknya ketika dia tiada di rumah kerana rakannya itu tinggal berdekatan dengan rumah tertuduh.
Nor Azizah: Siapa 'Farah'?
Siti Bainun: Farah, kawan saya. Dia selalu selalu jaga anak-anak saya dan tidur di rumah saya, jika perlu.
Bagaimanapun, tertuduh tidak bersetuju dengan Nor Azizah bahawa individu bernama 'Farah' tidak pernah disebut oleh saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood dan Suhana ketika mereka memberi keterangan di mahkamah serta tidak bersetuju dengan pendakwaan 'Farah' tidak wujud.
Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi, di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.
Mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 jika sabit kesalahan itu ia membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung 27 Feb ini. - BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2023
Siti Bainun Ahd Razali menafikan dia menggaul cili untuk diberi makan kepada seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella. - Gambar BERNAMA
Google Circle to Search kini boleh kenal pasti nombor telefon, URL dan alamat emel
Circle to Search boleh melancarkan aplikasi panggilan telefon, pelayar web, dan emel mengikut konteks secara automatik.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun
Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
Faktor keletihan perlahankan rentak permainan TFC
Badrul Afzan mengakui faktor keletihan menyebabkan pasukannya tampil dengan aksi perlahan ketika menentang PSM Makassar FC.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
Lapan alasan hakim jatuh hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun
Berdasarkan jawapan OKT, jelas membuktikan kecederaan Bella bukan disebabkan insiden kemalangan terkena air panas.
Kes Bella: Siti Bainun ke Penjara Kajang jalani hukuman penjara 12 tahun
Bagi pertuduhan mengabai, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun manakala bagi pertuduhan menganiaya, hukuman penjara 12 tahun.
Siti Bainun didapati bersalah kes abai, aniaya Bella
Pembelaan tertuduh tidak dapat dipercayai atau diterima dan gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Kes Bella: Siti Bainun nafi gaul cili beri makan pada Bella
Kata Siti Bainun, dakwaan saksi Suhana Zam tidak benar kerana dia tidak pernah mengambil peduli mengenai keadaan anak-anak jagaannya.
Kes Bella: Hakim berang tunggu Siti Bainun, peguam
Siti Bainun berada di luar mahkamah jawab panggilan ketika hakim sudah masuk untuk memulakan prosiding.
Kes Bella: Hakim nasihat pendakwaan, pembelaan bekerjasama kongsi maklumat
Pihak pendakwaan dan pembelaan dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda dinasihat berkongsi maklumat berkaitan pengurusan kes termasuk penyelarasan saksi.
Mulut Bella disumbat kain, saksi takut beritahu polis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa mulut remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella, disumbat dengan kain.
Che' Puan Khaleeda santuni Bella, rakan-rakan di Legoland
Dalam perkongsian di laman media sosial, Che' Puan Khaleeda dilihat mesra bersama Bella sambil berkongsi cerita dengannya.
Kes Bella: Selepas TMJ, Bantu-Bantu Malaysia pula cadang tujuh penambaikan elak kes berulang
Antara cadangan adalah penambahan kakitangan terutama di Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan JKM dan tapisan terhadap Taska.
Siti Bainun mula marah, pukul selepas Bella tarik langsir - Saksi
Saksi berkata, sejak kejadian itu, Siti Bainun mula marah-marah dan memukul Bella, namun dia tidak mengetahui motif tertuduh mahu mendera Bella.