Saiz perkhidmatan awam Malaysia masih ideal dan tidak terlalu besar berbanding negara lain, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Md Farid Md Rafik.
Beliau berkata jumlah penjawat awam sebanyak 1.6 juta orang turut melibatkan sektor pendidikan, pasukan keselamatan dan tenaga kerja kesihatan yang lazimnya tidak diambil kira sebagai kakitangan awam di negara-negara lain.
"Sekiranya ketiga-tiga sektor ini tidak diambil kira, ia hanya melibatkan sejumlah 616,718 kakitangan (setakat Mei 2018) ataupun nisbah 1:51 kepada rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ia susulan laporan sebuah portal berita semalam bertajuk 'Askar hanya makan tidur, tak pernah menembak, baik kerja ladang Felda' yang memetik sebuah artikel bertajuk 'My Proposal For The Reduction And Improvement Of Our Civil Service' yang ditulis seorang ahli perniagaan di blognya.
Ahli perniagaan itu menyuarakan pandangan berkaitan saiz penjawat awam yang besar dan mengakibatkan perbelanjaan pengurusan kerajaan meningkat pada setiap tahun dengan membuat perbandingan dengan nisbah penjawat awam di negara seperti Singapura, Indonesia, Korea, China, Jepun, Rusia dan Britain.
Menurut Md Farid, kerajaan mengambil maklum mengenai perbelanjaan pengurusan terutama berkaitan gaji kakitangan awam yang meningkat saban tahun dengan mengambil beberapa inisiatif antaranya mengecilkan saiz perkhidmatan awam secara berperingkat dengan hanya 1.6 juta perjawatan diisi daripada keseluruhan 1.7 juta perjawatan yang wujud.
"Kerajaan juga mengambil pendekatan dasar penswastaan di mana kerajaan akan mengurangkan beban kewangan, meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja, menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembahagian sumber yang lebih cekap," katanya.
Md Farid berkata langkah-langkah diambil dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan emolumen sehingga RM1.9 billion serta penjimatan sebanyak RM490 juta bagi bayaran pencen kakitangan awam.
Mengenai isu ketidakseimbangan kaum dalam pelantikan ke sektor awam, Md Farid berkata harus difahami bahawa pelantikan ke dalam perkhidmatan awam perlu melalui proses permohonan, temu duga dan pelantikan.
Menurutnya, kesemua proses itu dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dan pihak berkuasa melantik lain yang melaksanakan urusan pelantikan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Suruhanjaya Pasukan Polis, Majlis Angkatan Tentera (MAT), badan berkanun persekutuan, pihak berkuasa tempatan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.
"Kesemua proses pelantikan adalah berdasarkan merit dan tidak sama sekali berdasarkan kaum atau bangsa. SPA dan pihak berkuasa melantik yang lain sentiasa membuka peluang kepada semua kaum untuk memohon.
"Cuma berdasarkan kepada jumlah permohonan, sambutan dari kalangan bukan bumiputera agak kurang memberangsangkan berbanding kumpulan bumiputera," katanya, sambil menambah bahawa usaha akan diteruskan bagi menarik minat golongan bukan bumiputera menyertai perkhidmatan awam.
Md Farid berkata peralihan kuasa yang berlaku dengan aman dan teratur selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 adalah hasil profesionalime kakitangan awam dan sebarang tanggapan negatif terhadap perkhidmatan awam harus dinilai semula dengan lebih adil dan bertanggungjawab.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 14 2019
Ada pihak mempertikai jumlah penjawat awam yang ada di negara ini. - Gambar fail
Pakar bedah AS gesa amaran kanser untuk minuman alkohol
Minuman beralkohol disarankan untuk menyertakan amaran tentang risiko kanser pada labelnya.
70 rakyat Palestin syahid di Gaza dalam sehari
Serangan ini berlaku ketika usaha diplomasi sedang giat dilaksanakan untuk mencapai gencatan senjata.
Warga Myanmar hilang dibawa arus deras di Kelantan
Seorang lelaki warga Myanmar berusia 50 tahun dipercayai hilang selepas dibawa arus deras ketika mandi di Sungai Kuala Nal, Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan pada Jumaat.
Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang di rumah rakit, Jalan Kampung Pedah, Kampung Jerantut Feri, Jerantut, pada Sabtu petang.
Pemimpin Israel diekori, didesak bebaskan tebusan
Kejadian itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan dari rumahnya ke sebuah rumah ibadat.
Gaji progresif: Berjaya tingkatkan pendapatan pekerja swasta - Rafizi
Gaji progresif dijalankan secara rintis bermula Jun hingga Disember lalu berjaya meningkatkan gaji pekerja swasta, di negara ini.
Ringgit dijangka rendah, dolar Amerika kekal kukuh
Ringgit diramal lemah minggu depan akibat pengukuhan dolar AS, dipengaruhi data ekonomi Amerika dan faktor geopolitik. Namun, aliran dana asing mungkin membantu.
Bursa Malaysia dijangka berhati-hati, fokus ketegangan global
Pelabur Bursa Malaysia bersiap siaga menghadapi 2025, dipengaruhi ketegangan geopolitik, data ekonomi penting, dan impak dasar perdagangan global.
Fred Kerley ditahan, direnjat taser oleh polis AS
Juara dunia tiga kali acara pecut, Fred Kerley, direnjat dengan senjata taser dan ditahan selepas terlibat dalam konfrontasi dengan pihak polis di Miami Beach.
Pakar bedah A.S gesa amaran kanser untuk minuman alkohol
Minuman beralkohol disarankan untuk menyertakan amaran tentang risiko kanser pada labelnya, kata Pakar Bedah Am Amerika Syarikat, Vivek Murthy, pada Jumaat.
Sarawak diunjur catat pertumbuhan 5-6 peratus pada 2024 - Abang Johari
Sarawak diunjur mencatatkan pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus pada 2024 berikutan permintaan luar yang kukuh, peningkatan aktiviti dalam negeri dan tekanan inflasi yang berkurangan.
1.2 juta penjawat awam telah daftar PADU - Ketua Perangkawan
Sebanyak 1.2 juta penjawat awam di seluruh negara telah mendaftar dengan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat hari ini.
Peningkatan peruntukan PHEKS bantu kesatuan laksana aktiviti - Cuepacs
Geran Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) yang dinaikkan kepada RM5.8 juta tahun ini akan memberikan kesan positif kepada kesatuan sekerja di Malaysia.
Kakitangan awam negeri Kedah terima bantuan khas RM400
Kerajaan negeri Kedah hari ini memutuskan untuk memberi bantuan khas RM400 kepada kakitangan awam negeri itu yang akan dibayar pada 14 Sept ini.
Jangan pandang enteng keamanan dan kestabilan dikecapi negara
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata semangat dan kerjasama sedia ada dalam kalangan rakyat merupakan benteng kukuh yang akan terus memelihara Malaysia daripada sebarang ancaman.
DAP tidak berhasrat untuk mengurangkan kakitangan awam atas dasar kaum - Aziz Bari
DAP menegaskan bahawa parti tidak ada hasrat atau dasar untuk mengurangkan kakitangan awam, apalagi di atas asas dan perkiraan kaum.
Soleh, si kucing dilantik sebagai penjawat awam
Seekor kucing 'dilantik' sebagai penjawat awam (PNS) di Pejabat Perkhidmatan Cukai atau KPP Pratama Serpong di Tangerang Selatan, Indonesia.
Bajet 2023: Laksanakan inisiatif ikut tempoh ditetapkan - Cuepacs
Cuepacs berharap kerajaan dapat menyalurkan segala inisiatif yang diumumkan melalui Bajet 2023 mengikut tempoh masa yang ditetapkan tanpa sebarang kelewatan serta proses birokrasi.
Mekanisme semak imbang, aktiviti audit tutup peluang rasuah
Tindakan tersebut bertujuan memastikan kebajikan rakyat dijaga, terutamanya kakitangan awam.
Kakitangan awam terjejas banjir diberi cuti kecemasan, majikan swasta digalak ikut serta - PM
Kerajaan memahami kesulitan yang dialami kakitangan awam disebabkan bencana alam itu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.