KLANG : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan cuti kecemasan kepada semua kakitangan awam yang terkesan akibat bencana banjir.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan memahami kesulitan yang dialami kakitangan awam disebabkan bencana alam itu.
“Esok hari Isnin, bermula hari kerja, mereka perlu kerja walaupun mereka pindah... oleh kerana kita (kerajaan) faham kesusahan mereka jadi kerajaan bersetuju memberi cuti kecemasan akibat bencana ini kepada kakitangan-kakitangan awam yang terkesan.
"Bila mereka masuk kerja, mereka boleh berbincang dengan ketua jabatan masing-masing untuk menentukan. Saya harap dah balik rumah, selesaikan urusan cuci rumah dan sebagainya, bolehlah bekerja semula.
"Setakat hari ini, kita beri cuti kepada semua kakitangan kerajaan," katanya dalam sidang media di Pejabat Tanah Klang, di sini pada Ahad.
[LAPOR LANGSUNG] Bencana Banjir 2021: Segerakan usaha menyelamat
Terdahulu beliau mengadakan lawatan ke Pusat Pindaan Sementara (PPS), Sekolah Kebangsaan Johan Setia dan Sekolah Kebangsaan Teluk Gong di Shah Alam, pada Ahad.
Dalam masa sama, Ismail Sabri menyarankan, syarikat swasta supaya memberikan cuti berbayar dengan tidak menolak cuti tahun kepada pekerja mereka yang terjejas akibat banjir.
"Kalau mereka (majikan) setuju memberitahu, dua perkara yang kita syaratkan, mereka tidak boleh tolak cuti tahunan dan paid leave.
"Dari segi perundangan tidak ada undang-undang yang boleh memaksa, tapi dari segi kemanusian mereka perlu diberi cuti. Saya minta kepada majikan swasta bagi cuti tanpa pemotongan gaji atau cuti tahunan," kata Perdana Menteri.
Sehubungan itu Ismail Sabri berkata,akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sumber Manusia supaya isu ini turut dipanjangkan dengan majikan swasta.
Umavathi Ramayah
Sun Dec 19 2021
Kerajaan memahami kesulitan yang dialami kakitangan awam disebabkan bencana alam itu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Gambar BERNAMA
Pulau Pinang selesai bayaran ex-gratia SIMP lebih RM11 juta kepada nelayan
Farizan berkata, pembayaran itu disalurkan kepada 791 nelayan yang mempunyai lesen dan masih aktif.
Melaka hasrat gubal undang-undang kecil PBT berhubung pemasangan QR pada ternakan
Kerajaan Melaka berhasrat mewujudkan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menghendaki pemilik ternakan memasang kod respons pantas (QR) pada haiwan ternakan seperti lembu.
Sarawak siap sedia jadi tuan rumah Piala Kriket Wanita T20 bawah 19
Sarawak bersedia menjadi tuan rumah Piala Dunia Kriket T20 Wanita Bawah 19 Tahun ICC yang berlangsung dari 18 hingga 28 Jan.
Kemalangan jalan raya ragut 436 nyawa ketika musim perayaan tahun baharu di Thailand
Punca utama kemalangan adalah memandu laju dan memotong kenderaan di hadapan, manakala motosikal terlibat dalam kebanyakan insiden.
Nahas pesawat di Kazakhstan boleh dielak dengan 'penyelarasan betul' - Azerbaijan
Penyelarasan yang lebih baik antara perkhidmatan tentera dan awam Rusia boleh mengelakkan nahas pesawat Azerbaijan Airlines berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan akhir bulan lalu.
MCMC, Kerajaan Melaka jalin kerjasama Inisiatif Kampung Digital
Inisiatif itu adalah langkah strategik untuk memastikan setiap premis di negeri itu dilengkapi dengan alamat yang lengkap dan sistematik.
[TERKINI] PM Kanada, Justin Trudeau letak jawatan sebagai Ketua Parti Liberal
Jelas pemimpin berusia 53 tahun itu, keputusan meletak jawatan dibuat selepas berbual panjang dengan keluarganya.
Korea Utara lancar peluru berpandu balistik ke Laut Timur
Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu balistik yang tidak dikenali ke arah Laut Timur, menurut Ketua Turus Bersama (JCS) Korea Selatan.
Tumpuan Selasa – 7 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (6 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
226 penduduk dipindahkan akibat banjir di Male, Maldives
Banjir itu telah menyebabkan kerosakan pada harta benda kediaman dan komersial serta kenderaan di jalan raya.
PPS terakhir ditutup, banjir di Johor pulih sepenuhnya
Seramai 27 mangsa daripada lima keluarga yang ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Perpat sejak dibuka Selasa lepas dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini.
Banjir: Penduduk mengeluh ‘benteng puaka’ jadi perangkap air
Benteng yang dibina untuk menjadi penebat banjir itu, kini menghalang air daripada mengalir keluar ke kawasan sekitar.
Banjir: Tak menang tangan, JKM Kelantan rayu kerajaan tambah kakitangan
Azizan berkata, sewaktu gelombang pertama melanda November lalu, setiap seorang anggotanya perlu mengendalikan 1,000 orang mangsa di PPS.
63 mangsa banjir di Kelantan, Johor masih berada di dua PPS
Seramai 36 mangsa banjir di Pasir Mas masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh, Rantau Panjang, kekal seperti semalam.
Universiti sebagai pemangkin pemulihan pascabanjir
Universiti di negara ini berupaya untuk memanfaatkan kepakaran mereka bagi membantu masyarakat yang terkesan akibat bencana banjir sekali gus tampil sebagai pemangkin pemulihan pascabanjir.
SPM: 133 pusat peperiksaan alternatif di enam negeri berisiko banjir
Langkah tersebut antara mekanisme dan pelan integrasi bagi memastikan kesemua calon SPM di negeri berisiko banjir dapat menduduki peperiksaan.
Jumlah mangsa banjir di Perak, Kelantan, Johor kekal pagi ini
Sungai Perak di Pasang Api, Bagan Datuk berada pada paras bahaya dengan merekodkan bacaan 3.11 meter (m) berbanding paras normal.
Jemu ‘terkepung’ air, mangsa banjir bina ‘jambatan DIY’
Rosdi Abdullah mengambil inisiatif sendiri untuk membina 'jambatan' dari pintu hadapan rumahnya, sehingga ke jalan raya.
Banjir di Kelantan dan Johor beransur pulih, mangsa di Perak meningkat
Di Kelantan, hanya satu PPS masih aktif di Rantau Panjang setakat 8.30 pagi ini menempatkan 31 mangsa daripada sembilan keluarga.