SHAH ALAM: Mekanisme semak imbang serta aktiviti audit yang kerap dan berkesan perlu diwujudkan di semua peringkat organisasi bagi mengurangkan peluang terlibat dengan gejala rasuah.
Timbalan Pengerusi, Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim, Dr Muhamad Azrin Omar @ Nawi berkata, tindakan tersebut bertujuan memastikan kebajikan rakyat dijaga, terutamanya kakitangan awam dan agensi yang terlibat di dalam bidang penguatkuasaan.
“Sistem politik kepartian juga perlukan reformasi, contohnya pembiayaan pilihan raya perlu diubah supaya parti politik tidak terperangkap dan menjadi seolah-olah terhutang budi dengan pihak yang memberikan biaya, yang ‘hutang’ itu perlu dibayar apabila ahli politik tersebut mendapat kuasa.
“Tindakan siasatan dan hukuman ke atas mereka yang terlibat dengan rasuah juga tidak boleh dilihat berat sebelah atau memilih bulu.
“Pendek kata, perubahan yang menyeluruh diperlukan bagi mengubah sistem nilai, persepsi dan sensitiviti masyarakat terhadap rasuah, meliputi pemimpin, pihak berkuasa dan rakyat kebanyakan,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Muhamad Azrin berpandangan bahawa konsep ‘fraud triangle’ merumuskan dengan baik mengapa berlakunya rasuah dalam sesebuah negara.
Menurutnya, walaupun ia biasa digunakan untuk menjelaskan penyelewengan individu melibatkan kewangan, tetapi ia juga merupakan faktor sama dalam menjelaskan punca rasuah.
Jelasnya, rasuah berlaku apabila adanya tekanan, peluang, dan rasionalisasi.
“Tekanan merujuk kepada kedudukan kewangan, emosi dan sebagainya yang menjadi desakan kepada individu tersebut untuk melakukan kesalahan rasuah bagi mendapat kewangan atau sesuatu kelebihan dengan jalan singkat dan salah.
“Peluang pula merujuk pada situasi yang membolehkan pelaku buat kesalahan rasuah tersebut tanpa ada kerisauan untuk tertangkap, ataupun hukuman yang dirasakan tidak cukup berat.
“Rasionalisasi apabila pelaku merasakan dia dapat menjustifikasi tindakan yang dibuat, contohnya dengan mengatakan ‘orang lain pun buat, takkan aku tak buat’,” tambahnya.
Katanya, sebaik mana sekalipun sistem yang ada di dalam negara ini, ia gagal apabila rasuah berleluasa.
“Undang-undang tidak dihormati, penguatkuasaan tidak berkesan, dan nilai murni dalam masyarakat sekadar menjadi perhiasan yang tidak dihayati.
“Apabila ini terjadi, imej negara akan turut tercalar teruk. Amalan rasuah menjadi norma kebiasaan,” katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sun Feb 20 2022

Sebaik mana sekalipun sistem yang ada di dalam negara ini, ia gagal apabila rasuah berleluasa. - Gambar hiasan
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Mekanisme semak imbang, aktiviti audit tutup peluang rasuah
Tindakan tersebut bertujuan memastikan kebajikan rakyat dijaga, terutamanya kakitangan awam.