Kewujudan perkhidmatan seperti Uber dan Grab tidak harus dijadikan alasan bagi pemandu teksi di bawah syarikat lain untuk memulangkan teksi dan berhenti kerja.
Penasihat Big Blue Capital (M) Sdn Bhd Datuk Shamsubahrin Ismail berkata pemandu teksi sebaliknya harus mempunyai semangat keusahawanan yang kental dalam menjana pendapatan.
"Pemandu teksi yang berdisiplin dan melakukan kerja secara beretika akan terus survive. Jangan jadikan Uber dan GrabCar ini sebagai alasan," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.
Shamsubahrin menegaskan kalangan pemandu teksi perlu sentiasa memperbaiki mutu perkhidmatan dalam menghadapi persaingan memandangkan ia merupakan antara faktor utama menyebabkan pengguna beralih pilihan.
Sebuah akhbar semalam melaporkan kira-kira 10,000 pemandu teksi biasa di Lembah Klang mungkin telah menyerahkan semula teksi kepada syarikat masing-masing akibat persaingan daripada entiti seperti Uber dan Grab.
Presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan dan Selangor (Perpekli) Datuk Aslah Abdullah berkata pemandu teksi perlu menerima fenomena ini sebagai jatuh bangun sesebuah industri.
"Memandu teksi bukan macam makan gaji, biasalah pendapatan ada pasang surutnya dan saya yakin pemandu teksi yang tulen tidak akan mudah putus asa dalam mencari rezeki," katanya ketika dihubungi Bernama.
Aslah tidak menafikan tekanan dan persaingan hebat yang dihadapi pemandu teksi susulan kewujudan khidmat seperti Uber dan Grab.
"Zaman dulu pun ada persaingan daripada kereta sapu dan sebagainya, namun masih boleh cari rezeki kalau kerja dengan ikhlas dan cara yang betul," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 11 2016

Pemandu teksi sebaliknya harus mempunyai semangat keusahawanan yang kental dalam menjana pendapatan. -Gambar hiasan

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

Hina Gojek: Shamsubahrin adakan sidang media hari ini
Difahamkan sidang media tersebut akan berlangsung pada jam 12 tengah hari di Jalan Ampang.

Gojek didakwa bakal beri banyak kesan negatif
Katanya, kerajaan tidak mempunyai asas yang kukuh untuk memperkenalkan pengangkutan terbaharu itu kerana kadar kesesakan jalan raya di Malaysia masih lagi terkawal.

Big Blue perkenalkan teksi elektrik Mei ini
Dalam membuat perubahan dalam industri teksi dan kereta sewa, Big Blue Capital Sdn Bhd bakal melancarkan kenderaan e-hailing elektrik yang pertama di dunia.

'Duit BR1M bukan untuk beli kereta' - Shamsubahrin
Penggunaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai wang pendahuluan bagi pembelian Proton Iriz dilihat hanya menambah hutang bagi pemandu perkongsian kenderaan.

Saingan Grab, Uber tidak harus jadi alasan pulangkan teksi
Pemandu teksi sebaliknya harus mempunyai semangat keusahawanan yang kental dalam menjana pendapatan.

SPAD terburu-buru cadang mansuh PSV - Shamsubahrin
Sistem baharu itu bagi memastikan perkhidmatan teksi, Uber dan Grabcar dapat bersaing secara sihat dan memberi perkhidmatan paling efisien kepada penumpang.

Pengendali teksi KLCC mohon injunksi halang operasi Uber, GrabCar
Shamsubahrin berkata tidak menjadi masalah jika Uber dan GrabCar memenuhi syarat yang ditetapkan SPAD bagi membolehkan mereka beroperasi secara sah.